Sering membaca perkongsian di group tentang perkhemahan di campsite membuatkan Ku Norsiah Ku Saidin teruja untuk membuat aktiviti sebegini.
Persiapan yang dibuat juga tak lama, tiga hari membeli kelengkapan secara online, meskipun ada yang masih tidak cukup, niat untuk camping diteruskan juga.
Memilih tapak perkhemahan di Pantai Merdeka, wanita ini cukup teruja, apa lagi minat yang baru itu turut mendapat sokongan daripada suami tercinta. menurutnya juga dia memilih tapak tersebut kerana lokasi dan fasiliti yang ada di situ lengkap dan terjamin keselamatan kerana berada di kawasan resort.
Daripada pembacaan dan pemerhatian di Family Camping Malaysia (FCM) wanita ini juga membuat cooler boxnya sendiri untuk menyimpan makanan bekalan sepanjang perkhemahan mereka selain rak yang dibuat sendiri oleh suaminya.
Seronok membaca apa yang dikongsikan, lebih-lebih lagi melihat gambar masakan yang dikongsikan sepanjang camping mereka.
Ads
First Time Camping, Pilih Pantai Merdeka. Seronok Nak Camping Lagi!
Salam perkenalan semua, first time kak Nor nak kongsi cerita kat group FCM…sebelum-sebelum ni dok jd CCTV saja
Tah mimpi apa dok tak dok tetiba mai semangat nak pi bercamping…ajak En. Heri dia pun onzz….apalagi dalam masa 3 hari pulun order kelengkapan berkhemah kat shopee…ada yang 2 hari order dah sampai dan ada jugak hat tak sampai-sampai lagi…makanya kami pi jugak walaupun tak cukup kelengkapan
Pertama Kali set up auto tent…fuhhh mudah sungguh no…sat saja siap
Ads
Walaupun jenis hat biasa-biasa saja tapi puas hati..tak berani nak beli hat kayangan lagi, nanti dah betoi-betoi serius baru upgred len…kerusi order 4 biji masa tu tak sampai lagi, so bawak tikaq getah ja dulu..pun ok pasai boleh dok bersila time makan. Rak gantung kuali tu En. Heri buat sendiri ….cooler box macam biasa kak Nor ambik idea dalam group ni ,diy sendiri jugak…jimatttt
Untuk pengalaman pertama ni kami pilih berkhemah di Pantai Merdeka sebab tau kat situ tempat lapang, bersih dan yang penting ada kelengkapan tandas, surau dan lain-lain…keselamatan pun terjamin sebab berkhemah dalam kawasan resort…Sewa tapak semalam depa ambik RM 30.(tak pasti harga ikut size khemah atau macam mana sebab kami sampai sana pun dah pukul 11+ malam. Kawasan pun cerah elok…ada lampu semua, pihak resort pun baguih, siap pesan apa-apa call depa pasai malam tu kami ja yang pi berkhemah
Ads
Ok…tak nak tulis karangan panjang-panjang nanti hampa cemuih….pendek cerita syok pacak khemah kat sini…view lawa, suasana tenang dengan alunan ombak di tepian pantai….hat paling seronok En. Heri la…siang malam lepaih gian memancing,
Kompom lepaih ni dok tunggu hari cuti ja nak pi pacak khemah
Khas buat pencinta orkid, anda patut singgah World of Phalaenopsis Batang kali, memang cantik tempatnya dihiasi dengan koleksi bunga.
Bayangkan dekat sana ada pelbagai jenis orkid yang segar berbunga elok. Ada antaranya juga yang berbau sangat wangi.
Jadi kenapa tak nak pergi kalau anda betul-betul minat bunga, bukan? Boleh sambung deko bunga it ke rumah.
World of Phalaenopsis Ada Banyak Koleksi Bunga
Di sana juga boleh beli mana-mana orkid yang anda berminat. Boleh lah tambah decor letak di ruang tamu atau dining table untuk raya nanti.
Owh ya, ada tempat bersantai untuk makan-makan di sini, menarik! Menu pun cukup menggoda dengan suasana selesa dihiasi pokok bunga.
Selain orkid tempat ini juga ada menjual tumbuhan lain yang kebanyakan indoor plants. Jom lah hadir untuk dapatkan inspirasi deko dari kebun bunga ke rumah.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Perkhidmatan kereta api funikular Bukit Bendera sudah kembali beroperasi seperti biasa untuk kegunaan orang ramai selaras dengan kelonggaran yang diberikan kepada sektor pelancongan domestik di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Perjalanan pertama dari 'Stesen Bawah' akan bermula pada pukul 6.30 pagi, manakala perjalanan terakhir dari 'tesen Atas' adalah pada pukul 11 malam. Pelancong atau pengunjung domestik dinasihatkan supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa bagi mengelak penularan COVID-19.
Setiap pelawat dinasihatkan membawa dan memakai pelitup muka masing-masing, masuk menerusi laluan PGCare, menjalani saringan suhu badan, menggunakan pensanitasi tangan, mengamalkan jarakan sosial, dan mematuhi arahan petugas.
Bukit Bendera terletak di seberang pulau dan boleh dikunjungi dengan menggunakan keretapi Bukit Bendera. Dari puncak Bukit Bendera, anda akan dapat melihat seluruh negeri ini serta bangunan tertinggi di Pulau Pinang iaitu Komtar. Astaka juga telah kembali dibuka untuk orang ramai bersiar-siar di kawasan tersebut, sila ikuti Facebook rasmi Penang Hill untuk maklumat terkini.
Selain menaiki keretapi kabel untuk tiba di puncak terdapat beberapa cara lain yang boleh digunakan untuk anda sampai ke sini. Antaranya dengan menaiki kereta atau pun kenderaan pacuan empat roda. Selain itu anda juga boleh memilih mendaki ke puncak jika ingin merasai kelainan. Terdapat beberapa trek yang boleh dilalui, antaranya laluan ‘Moon Gate’, laluan dari taman Belia Perbandaran, laluan dari dalam Taman Botanical, dan dari sebelah Air Itam. Paling menarik terdapat satu laluan terpanjang dikenali sebagai ‘Laksamana Trail’ untuk sampai ke puncak bermula dari Teluk Bahang.
Ada hidden gems di Beranang, mungkin ramai lagi tak tahu tempat yang dikelilingi pokok ini. Teduh itu memang sudah tentu lah, ya!
Hidden Gems Di Beranang
Lokasi ini sangat sesuai untuk mereka yang cintakan kehijauan alam dan mendambakan ketenangan jiwa.
Tempat yang dinamakan sebagai Naurah Homestay ini menawarkan tempat penginapan dengan konsep ala-ala Bali dan tradisional Jepun.
Secara keseluruhan, Homestay ini mempunyai 5 bilik penginapan, sebuah bilik di sebelah ruang tamu, 4 bilik air, sebuah dapur dan satu kolam renang.
Pengalaman tidur malam di sini begitu tenang, aman dan damai sambil ditemani bunyi air pancut yang mengelilingi bilik penginapan. ‘Deep sleep’ yang begitu berkualiti.
Homestay ini mampu menempatkan seramai 10-15 orang pada satu masa. Sangat sesuai untuk aktiviti keluarga besar.
Oh, ada juga aktiviti membakar pizza pada waktu petang dimana Tuan Rumah akan memberi tunjuk ajar bagaimana cara untuk menghasilkan pizza menggunakan ketuhar bata. Menarik, bukan?
Haaa… kalu nak tetang-tenang dengan ahli keluarga tersayang, boleh lah booking sini. Enjoy dengan kawan-kawan pun best!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...