Langkawi kala ini sedang diserbu beramai-ramai selepas Perintah Kawalan Pergerakan dilonggarkan. Ia turut memberi nafas kepada industri pelancongan yang agak tenat sepanjang PKP diperketatkan.
Jika tak tahu destinasi mana nak dikunjungi, apa kata buat pilihan ke Pulau Payar yang termasuk di dalam senarai 99 buah pulau yang bertaburan di sekitar Pulau Langkawi. Kedudukan pulau yang diwartakan sebagai Taman Laut Negara ini hanyalah 30 kilometer dari Pulau Langkawi.
Ads
Kerana ia telah diwartakan sebagai Taman Laut Negara, maka pulau ini tidak didiami oleh sesiapa kecuali kakitangan Jabatan Laut yang bertugas mengawasi aktiviti-aktiviti yang dilarang dibuat di pulau ini khususnya menangkap ikan. Dikenali sebagai antara pulau tercantik dengan air laut membiru serta dipenuhi ikan-ikan sesuai untuk aktiviti snorkling, ia destinasi pelancongan sangat menarik dan berjaya menarik ribuan pelancong luar sebelum PKP dilaksanakan di negara ini.
Jika sebelum ini ramai yang naik dari Langkawi untuk ke pulau ini tapi kini korang boleh naik dari Jeti Kuala Jerlun yang terletak 15 minit dari Alor Setar. Ia atas insiatif Persatuan Nelayan Kawasan Kuala Kedah yang menawarkan perkhidmatan ini bagi yang ingin snorkling mahu pun hiking serta memancing di kawasan tuas atau uncang yang disediakan khusus untuk pemancing.
Ads
Dengan masa tak sampai 30 minit perjalanan, kaki travel akan ada lebih banyak masa untuk lakukan aktiviti dinyatakan di atas. Lebih best dalam perjalanan balik, korang akan dapat melihat dari kejauhan Gunung Kriang, Gunung Jerai dan Menara Alor Setar.Jika kena waktunya, akan nampak feri dari Jeti Kuala Kedah bawa penumpang ke Pulau Langkawi.
Ads
Apa pun kalau nak ke sana melalui Persatuan Nelayan Kawasan Kuala Kedah ini, kena buat tempah bot kepada Liza (016-4919498) dan perlu book awai kerana bot mereka Cuma ada lima buah saja selain beberapa buah lagi digunakan untuk bawa pemancing.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Langkawi yang terdiri daripada 99 buah pulau tropika merupakan permata negeri Kedah yang sangat berharga. Pulau Langkawi sarat dengan kekayaan pusaka merangkumi seribu lagenda diangkat sebagai salah sebuah pulau yang tercantik di Malaysia.
Namun begitu, tidak ramai yang mengetahui kewujudan sebuah pulau dikenali sebagai Pulau Tuba yang tidak kurang menariknya yang mesti dikunjungi jika berada di Langkawi.
Berlandskap indah, berpasir putih dan pulau disimbah cahaya mentari, Pulau Tuba sememangnya menjanjikan ketenangan sebagai destinasi percutian idaman. Di samping terkenal dengan pulau yang masih dara, di sini bermulanya kedamaian buat pengunjung yang sukakan percutian privasi jauh dari gangguan. Pulau Tuba merupakan pulau kedua paling ramai didiami oleh penduduk yang majoriti berbangsa Melayu selepas tanah besar Pulau Langkawi dan diikuti Pulau Dayang Bunting.
Pulau Tuba hanya boleh diakses menerusi jalan laut terletak kira-kira 5km dari Jeti Kuah, pengunjung yang ingin ke Pulau Tuba perlu menaiki bot yang mengambil masa perjalan sekitar 15 hingga 20 minit bergantung kepada cuaca. Biarpun sedikit terpencil, Pulau Tuba mempunyai kemudahan asas yang mencukupi seperti bekalan elektrik, telefon, mesin ATM, air dari sumber semula jadi, kedai runcit, dewan orang ramai, masjid, sekolah, balai polis dan resort penginapan. Kedamaian sudah pasti menjadi satu kelebihan di sini.
Aktiviti Di Pulau Tuba, Langkawi
Istimewa Pulau Tuba!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TEROWONG BIJIH LAMA SEDALAM 700M & SEPANJANG 322KM KESELURUHAN! TAK PERCAYA? Terowong terdalam adalah dilombong Myahterletak 700 meter ke bawah dasar perut bumi dan sedalam 23 tingkat, manakala lombong Taibeto pula mencecah 500 meter ke dasar bumi. Jarak diantara setiap tingkat adalah lebih kurang 30 meter dan jarak keseluruhan hampir 322 kilometer apabila dijumlahkan pada setiap tingkat kedalaman. Perkara ini disahkan oleh petugas Muzium Sg.Lembing. Harus diingat, lombong ini telah pun diusahakan selama 98 tahun jadi tiada yang mustahil!
Sungai Lembing
Sungai Lembing terletak kira-kira 40 km dari Kuantan, Pahang Darul Makmur. Sungai ini merupakan cawangan kepada Sungai Pahang yang lebih besar. Kampung Kenau popular di sini dan terletak di tepi Sungai Kenau. Kawasan ini dikelilingi kawasan berbukit-bukit dengan Gunung Tapis (1512 m) di Utara dan Gunung Serudom (1055 m) di Selatannya. Dahulu dikenali sebagai El dorado of the east.
Lombong Sungai Lembing
Sungai Lembing pada 1920 – 1950 dahulu adalah bandar terkaya dengan pengeluaran Bijih Timah di Pahang. Ini adalah kerana Sungai Lembing merupakankawasan galian Bijih Timah yang terbesar di dunia pada tahun tersebut. Ia juga mempunyai kolong-kolong yang terpanjang dan terdalam sehingga 1,400 ke 2,300 kaki (700meter) sehingga dikatakan terdalam jika dibandingkan dengan lombong-lombong Bijih Timah lain di Asia Tenggara.
Kawasan Sungai Lembing diterokai oleh pihak British pada Februari 1888 sebaik sahaja Almarhum Sultan Ahmad Muadzam Shah 1 bersetuju dengan cadangan sebuah syarikat bijih di London menubuhkan Pahang Corporation Limited. Kawasan seluas 2,500 ekar persegi itu dipajakkan bagi tempoh 100 tahundengan bayaran satu sen setahun.
Sungai Lembing merupakan bandar yang pertama di Semenanjung Tanah Melayu yang diletakkan di bawah pentadbiran sebuah syarikat bijih British iaitu Pahang Corporation Limited di Pahang. Kemudian pada tahun 1915 ia bertukar kepada Syarikat Pahang Consilolidated Company Limited (PCCL) dan pada tahun1984 ditukarkan kepada panggilan Pahang Investment Public Limited Company (PIPLC). Pekerjanya terdiri daripada Inggeris , Melayu dan Cina dan mereka bekerja mengikut syif.
Dalam tempoh seratus tahun lombong ini telah mengeluarkan lebih kurang 13 juta tan metrik bijih timah kasar yang boleh menghasilkan 150,000 tan metrik konsentrat timah dengan nilai sebanyak hampir USD2,000 juta. Aktiviti perlombongan ini telah memberi sumbangan yang besar kepada penduduk di kawasan Sungai Lembing khususnya dan kepada ekonomi amnya.
Salah satu pintu masuk terowong terus ke dalam 60m bawah tanah. Keadaan lembap dan sejuk di dalam.
Foto: blog-pahang.blogspot.my
Sejarah Lombong Sungai Lembing Terowong bawah tanah atau lebih dikenali sebagai ‘pangkang’ dikorek secara manual atau menggunakan bahan letupan. Sebelum kerja-kerja melombong dijalankan, ahli-ahli kajibumi terlebih dahulu mengkaji kedudukan longgokan bijih timah. Kajian dilakukan secara berterusan bagi memastikan aktiviti-aktiviti perlombongan akan terus beroperasi.
Terowong bawah tanah di Sungai Lembing tidak selamat dilawati memandangkan keadaannya yang telah lama ditinggalkan dan ditenggelami air. Waktu dahulu, pam air sentiasa dihidupkan bagi mengepam air keluar dari lubang terowong.
Ketika harga timah jatuh teruk pada 1985 dan lombong ini ditutup pada 1986,pada 1987 seramai 20 pelombong haram, melombong pada waktu malam dan memperoleh sekitar RM2000-RM3000 semalam. Hal ini mengakibatkan penggalian terowong baru yang tidak mengikut saiz ditetapkan dan berbahaya.
Dipercayai, sejumlah RM1 juta timah diperolehi. Sempena itu, satu terowong dinamakan “Lubang Sejuta @ Million Dollar Chamber”.RM1 juta pada 1986 adalah sangat besar, mungkin sekitar RM30 juta +- pada waktu sekarang.
Yang pasti, fakta² mengenai lombong bawah tanah ini memang hebat dan sukar dipercayai!
Mengambil kesempatan bercuti di Selangor ketika PKPB ini dengan meninjau beberapa lokasi menarik yang terdapat di kawasan sekitar.
Antara yang boleh dicadangkan adalah Kampung Pelangi, Kuala Selangor.
Menyediakan cabin camp dengan hiasan dekorasi cukup menarik. Mula dibuka sejak 5 Mac lalu dan bayaran yang dikenakan juga tidak semahal di tempat lain.
Dengan hiasan dan pemandangan menarik serta warna-warni ini, sangat berbaloi untuk dikunjungi terutama bagi yang gemar bergambar.
Selain itu juga terdapat beberapa kemudahan lain disediakan buat pengunjung. Jadi bagi yang tidak tahu ke mana hujung minggu ini, boleh layan Kampung Pelangi Kuala Selangor/Kuala Selangor Cabin Camp bersama keluarga sambil menyaksikan pemandangan indah.
Juga turut disediakan penginapan bagi yang berminat untuk bermalam di sini dengan bayaran berpatutan.
– Kuala Selangor Cabin Camp (KSCC) yang kini berwajah baharu. Lot 4021, Jalan Rizab Zazuli, Kampung Bukit Hijau, 45800 Jeram, Selangor. Tak terlalu jauh dari Klang dan Sungai Buloh.
– Buka jam 8 pagi-5pm Kampung Pelangi merupakan produk pelancongan Selangor terbaharu iaitu baru sahaja dibuka pada 5hb Mac 2021 pasca PKP 2.0
– Bayaran dikenakan RM15 (dewasa): Agak berbaloi sebab banyak kemudahan disediakan dan banyak spot2 untuk bergambar.
Antara kemudahan yang ada: – Petting Zoo – Kemudahan penginapan seperti Hobbit stay serendah RM70, Tubestay, Cabinstay, Arabianstay, Capsulestay, Container, dan lain-lain. Bayaran masuk adalah percuma bagi sesiapa yang menginap di sini. – Archery dan Yoyo Kart adalah percuma bagi semua pengunjung (ada bayaran untuk main ekstra). – Obstacle games
– Restoran – Indoor games – Mini Zoo (Rusa, kucing, kuda, arnab, ayam, burung, kambing, angsa, dan lain-lain) – Tandas – Surau – Lain- lain
Bayangkan berada di sebuah bandar kecil yang dikelilingi gunung bersalji, suhu dingin mencengkam dan langit gelap hampir sepanjang hari. Inilah keunikan Longyearbyen, Norway, sebuah...