Bagi pergi travel, ada pelbagai pendapat diutarakan. Ada yang suka menginap di hotel mewah kerana memikirkan keselamatan ahli keluarga. Tak terkecuali suka yang sempoi saja bilik penginapannya kerana kata mereka untuk tidur saja. Ini kerana masa banyak di luar meneroka alam semulajadi.
Tak kisahlah apa pendapat masing-masing kerana paling utama adalah budget dan kemampuan diri ketika mengembara kerana ia bukan kali pertama dan terakhir kita lakukan. Sebabnya syoknya bercuti ini, hanya mereka yang melaluinya tahu apa yang dilakukan.
Hokay, kalau korang ada cadangan nak ke Langkawi, nak meneroka pulau lagenda yang banyak tempat menarik ini, bolehlah cuba-cuba menginap di Senari Bay Resort Langkawi.
Menariknya di sini, chalet ini terletak di pantai pensendirian dan paling best boleh saksikan kapal terbang turun naik dari lokasi resort yang terletak di Kuala Cenang (mengadap jeti Kuala Cenang ini).
Paling best, harga penginapannya bermula dari RM60 semalam saja. Bilik Besar, katil Queen 2, tilam dan bantal empuk gila dan budget melancongnya biasa-biasa saja selain ada banyak kemudahan di sini. Boleh akses ke pantainya dengan mudah untuk mandi manda.
Senari Bay Resort ini merupakan resort dimiliki oleh Koperasi Sahabat AIM. Jadi kalau ke Langkawi, boleh la usha lokasi ini. Untuk wang lain, korang boleh pergi ke makan-makan dan masuk tempat menarik di Langkawi.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Peluang menjelajah ke seluruh dunia atas sebab berkerja atau bercuti menjadi satu medium untuk pengembara berkongsi keistimewaan setiap tempat yang dikunjungi. Berkesempatan berkunjung ke lebih 70 negara, kali ini Ayu Hasman menjejakkan kaki ke bandar Belgium yang ternyata membuatkan dirinya jatuh cinta pandang pertama.
Jika sebelum ini hanya melalui sahaja kota ini tanpa menyinggah, kali ini dia bertekad untuk bermalam di Belgium selama 3 hari 2 malam. Tidak terlalu padat, tenang dan cantik, wanita ini merasakan kunjungannya ke Belgium selama 3 hari itu tidak cukup.
Nak tahu apa yang menarik ada di Belgium, jom ikuti perkongsian Ayu Hasman!
Negara ke-71, Belgium
Kalau sebelum ni hanya pass by sahaja di Belgium. Namun kali ini dah nekad untuk singgah dan stay selama 3 hari 2 malam.
Sangat tak sangka rupa-rupanya banyak benda yang menarik di Belgium ni selain daripada the finest belgian chocolate
3 Perkara ini yang membuatkan saya jatuh cinta pandang pertama di Belgium:
2. Penggunaan basikal & scooter elektrik agak meluas. Turut disediakan, lane khas untuk basikal dan scooter elektrik. Agak-agak kalau rasa malas nak jalan, korang boleh sewa basikal dan kayuh ke lokasi yang korang nak pergi tu. Bila dah sampai, boleh drop di parking area dan tinggalkan sahaja disitu. Tak perlu return di tempat yang sama. Cuma, korang kena la download apps basikal tu. Semalam saya turut berpeluang mengayuh basikal di sekitar canals di Ghent. Besttttt
3. Tenang, tak crowded dengan tourist. Nak tangkap gambar pun syok!
Kesimpulannya, menyesal pulak underestimate Belgium. 3 hari memang tak cukup. Patut tambah lagi hari untuk explore Bruges & Antwerp
InsyaAllah petang nanti saya akan fly ke Casablanca untuk meneruskan pengembaraan di Morocco. Doa-doakan cuaca tak terlalu panas ye. Ghisauuu
Sekali dah pacak khemah, aktiviti tersebut seakan menjadi rutin buat camper seperti Sheila Marzuki dan keluarga. Merupakan kali keenam aktiviti tersebut dijalankan, kali ini Sheila memilih Campers Unite, Cherating sebagai lokasi tapak perkhemahan mereka.
Lokasi kali ini memang cantik dan terbaik selain turut mempunyai kemudahan asas untuk kegunaan camper. Cuaca juga baik sepanjang perkhemahan mereka malah waktu malam juga sejuk dan selesa. Paling best pemandangan laut yang cukup mendamaikan.
Sempat memasak pelbagai hidangan sepanjang camping di sini, susun atur dan juga deko khemah mereka memang sangat cantik. Pendek kata kalau pergi camping pun korang boleh berkarya seperti Shiela dengan menghias cantik khemah korang sendiri.
Jom tengok sendiri apa yang dikongsikan oleh Sheila Marzuki ini:
Assalammualaikum
This is our 6th camping and last b4 school and puasa
Lokasi: Campers Unite, Cherating
Date: 16-18 Mac 2023
Rate: RM 80/night
Tent: Family Village L 2.0 by Payung.camp and Shelter Arpenaz Base by Decathlon Malaysia
Alhamdulilah, cuaca selama 3 hari kami disini sangat cantik. Siang sangatlah berangin (boleh buat gaduh especially time nak naikkan tent). Sebab tau angin laut kuat, kita tak extend awning. Kita guna shelter terus. Malam pun sedikit windy, and surprisingly at night, cuaca sangat dingin and sejuk ya. Last camping tepi laut, malam dia panas. But not here. Sumpah sedap tido
Overall kami sekeluarga sangat puas hati InshaAllah, will be back again soon and CO super peramah ok. Terbaik Campers Unite
Tahu tak negara kita mempunyai pemandangan langit menarik bagi merakam pemandangan angkasa, bintang-bintang atau bima sakti (Milky Way) pada sebelah malam?
Lebih menarik jika aktiviti sebegini dilakukan bersama keluarga. Jika di luar negar, bersantai di kawasan lapang sambil menyaksikan langit indah merupakan perkara biasa yang sering dilakukan, cuma di negara kita masih kurang pendedahan.
Tip untuk mencari kawasan langit yang cantik, anda haruslah mencari lokasi gelap dan terhindar daripada pencemaran cahaya iaitu merujuk kepada situasi pencahayaan global yang semakin meningkat atau masalah pencahayaan bukan semula jadi berlebihan atau terlalu terang pada sebelah malam.
Destinasi seperti Kuala Kubu Bharu, Selangor atau ke Tasik di Lembah Krau Bentong, Pahang merupakan port biasa untuk merakam imej angkasa. Kuala Kubu Bharu ialah tempat terhampir dengan Kuala Lumpur bagi merakam imej bima sakti.
Ramai peminat seni fotografi angkasa sanggup meredah semak dan menahan gigitan nyamuk demi kepuasan diri mendapatkan gambar terbaik. Lokasinya berhampiran Darul Quran, Kuala Kubu Bharu. Kawasan ini mempunyai keindahan tasik yang mempesonakan dan dikelilingi oleh bukit bukau.
Kebersihan alam semulajadi masih terpelihara tanpa pencemaran. Langitnya yang begitu bersih dengan kebersihan alam semulajadi memungkinkan anda untuk menikmati bintang-bintang dan Milky Way.
Bagi peminat astrofotografi di selatan tanah air, lokasi kegemaran untuk aktiviti ini pula ialah di Tanjung Kesang, Mersing, Johor. Kalau rajin anda boleh memandu hingga ke Tanjung Kesang. Lokasi ini juga sebelum ini menjadi tumpuan peminat astronomi dari negara jiran, Singapura selain pelancong Eropah.
Ini kerana ada penginapan di kawasan tinjauan untuk merakam imej angkasa. Dikatakan dari bilik rumah penginapan sudah boleh lihat dengan jelas bintang atau entiti angkasa dengan jelas.
Selain itu Sabah dan Sarawak juga antara destinasi kegemaran merakam buruj, bima sakti atau gerhana matahari. Gunung Kinabalu antara lokasi terbaik untuk mendapatkan rakaman fenomena menarik di langit. Umpama anda begitu hampir dengan bintang-bintang untuk dipetik. Ditambah dengan foreground yang menarik. Jika bertuah, tahi bintang juga boleh anda saksikan di sini.
Anda juga boleh membuat cerapan ‘Deep Space Object’ di Kampung Sungai Padang, Papar, Sabah. Lokasi seperti Kundasang dan Mesilau juga menjadi pilihan penggemar langit indah selain Kuala Penyu, Kota Belud, Kota Marudu, Pitas, Jalan Pintasan Kota Belud-Ranau, Melangkap, Tegudon, Tambatuon dan juga Tamparul.
Kuala Penyu merupakan salah satu kawasan yang terletak di pedalaman Sabah. Ianya terletak berhampiran dengan Taman Negara Pulau Tiga. Pantai Tempurung adalah kawasan pantai yang popular di sini. Di Sabah, ia merupakan salah satu lokasi popular menyaksikan keajaiban langitnya. Jika ada peluang sila la ke sini ya!
Lokasi lain seperti di:
Pulau Perhentian di Terengganu tidak perlu diperkenalkan lagi. Bukan sahaja pulaunya yang indah dan membiru yang memberikan ketenangan sewaktu bercuti, keadaan langit malamnya juga indah mempesonakan bagi yang tahu menikmatinya.
Langitnya yang bersih tanpa pencemaran memberikan anda peluang menyaksikan keindahan langit. Jika nasib anda baik, anda berpeluang menyaksikan taburan bintang-bintang begitu mengasyikkan.
Taman Negara Penang juga lokasi ideal untuk merakam atau menyaksikan Milky Way dengan jelas. Anda boleh berkhemah di mana-mana yang sesuai untuk mendapatkan fotografi terbaik bintang-bintang yang menghiasi langit.
Ramai yang suka datang ke Broga Hill untuk menikmati keindahan matahari terbit dan terbenam. Sekali sekala apa kata cuba mendaki ke puncak bukit ini pada malam hari untuk menikmati keindahan bintang-bintang di dada langit yang sangat indah. Paling penting jangan naik seorang diri, berteman lebih baik dan enjoy.
Fraser Hill bukan sahaja menjadi lokasi pelancongan yang bersuhu sejuk dan nyaman, keindahan alam semulajadinya juga memberikan ketenangan kepada sesiapa sahaja yang datang bercuti. Jika cuaca baik dan langit cukup cerah, pada malamnya anda patut keluar menikmati keindahan bintang-bintang yang menghiasi langit Bukit Fraser.
Cameron Highland memang lokasi pelancongan tanah tinggi pilihan utama rakyat Malaysia dan pelancong asing yang datang ke Malaysia. Pada malam hari, keluar sebentar dari kamar penginapan anda dan menuju terus ke kawasan ladang teh. Anda pasti teruja melihat Milky Ways ‘kepunyaan’ Cameron Highlands yang sangat menarik.
Cantik betul kan? Jom la cari port tengok langit indah
Terletak di Pulau Shodoshima, Wilayah Kagawa, Shodoshima Olive Park terkenal dengan ladang zaitun, pemandangan Laut Pedalaman Seto dan kincir angin putih gaya Greek yang...