Betul, tak ramai tahu di Kuching, Sarawak juga mempunyai tarikan mural untuk tatapan pelancong, sama hebat macam apa yang terdapat di George Town, Pulau Pinang.
Ada pelbagai jenis mural yang ada di Kuching seperti ikon negeri Sarawak iaitu Burung Enggang, Orang Utan, peniaga pasar malam dan si penghibur jalanan.
⭐ TRIVIA Pengguna aplikasi akan mengimbas QR-code yang ada di mural berkenaan dan informasi mengenai mural dan sejarah di kawasan tersebut akan dipaparkan
Selain daripada seni mural yang menghidupkan lagi panorama menarik di Kuching, Sarawak tampil dengan inisiatif yang lebih unik apabila bakal melancarkan satu aplikasi bagi menceritakan sejarah seni mural yang dipamerkan.
Setiap mural menarik yang dikenalpasti di Kuching akan diletakkan QR-code untuk diimbas oleh pelancong dan mereka boleh mendapatkan informasi berkenaan mural dan sejarah tempatan tempat mural itu dilukis.
Ads
Canggih Kuching sekarang. Sambil melancong sambil belajar sejarah tempatan yang ada. Jadi apa tunggu lagi? Dilancarkan saja aplikasi ini di Google Play dan Apps Store terus download dan jom selfie dekat semua mural yang ada di Kuching, Sarawak!
⭐ TRIVIA Penggunaan teknologi itu akan membantu meningkatkan nilai hartanah di kawasan Warisan Lama termasuk di Lebuh India di sini
Biarpun negara dilanda cuaca panas, keadaan itu sedikit terubat sebaik melihat deretan bunga Bunga ‘Tecoma’ mirip bunga Sakura di Jepun tumbuh lebat di banyak lokasi di Malaysia.
Di Sabah juga fenomena bunga ‘sakura’ ini muncul di beberapa laluan sepanjang jalan Persisiran Tawau (Highway Tawau) sehingga menarik perhatian ramai.
Kebiasaannya, sakura atau nama saintifiknya Tabebuia Rosea (Tabebuia Pentaphylla) berasal dari Amerika Selatan itu sinonim dengan negara Jepun selain negara empat musim lain.
Bagaimanapun, bunga berwarna merah jambu dan putih ini boleh dilihat tumbuh dengan subur di beberapa kawasan di sepanjang jalan Persisiran Tawau berkenaan selain beberapa lokasi sekitar bandar ini.
Warga Tawau memgambil peluang merakamkan gambar sempena musim pokok bunga di daerah ini. Musim bunga ini dikatakan berlaku setiap sekali atau dua tahun sekali.
Kehadiran landskap unik itu menjadikan kawasan Bandar Tawau bertukar wajah seakan musim bunga sakura di Jepun. Secara tidak langsung keadaan ini dapat menyejukkan mata mereka yang melalui sepanjang jalan Persisiran Tawau ini.
Namun, saban hari dikatakan jumlah pengunjung semakin meningkat. Sampah sarap juga dikatakan semakin banyak ditinggalkan pengunjung. Untuk anda yang bercadang datang bersiar-siar melihat fenomena bunga ‘sakura’ ini, pastikan menjaga kebersihan lokasi tersebut ya. Sayang la, jika tempat dah cantik, tapi sampah pula menggunung.
Filem Mat Kilau tengah famous sekarang ni, jadi selain menonton filem tentang pahlawan yang tersohor itu mana tahu ada yang ingin melawat tempat kelahiran Mat Kilau yang terletak di Jerantut, Pahang.
Kalau ke Jerantut, jangan lupa singgah 7 tempat ini, mana tahu boleh dapat sikit aura pahlawan tu sambil dapat tahu lebih banyak maklumat tentang Mat Kilau.
Air terjun Lata Meraung
Daerah terbesar di Pahang ini mempunyai banyak tarikan alami termasuk air terjun dan gua. Air Terjun Lata Meraung antara yang paling femes di kalangan pengunjung. Mandi-manda di sini sangat refreshing. Gigil weh. Orang kata terapi mandi air sejuk ni bagus. Barulah pendekar!
Taman Warisan Gua Kota Gelanggi
Terdapat lebih 6 gua untuk korang explore di sekitar kompleks Taman Warisan ini; Gua Angin, Gua Batu Sanding, Gua Tongkat, Gua Kelawar, Gua Kota Balai dan Gua Penyu. Kalau korang pernah dengar cerita Sang Kelembai, di sinilah dikatakan mitos itu bermula.
Felda Residence Tekam Plantation
Menginap di resort yang ekslusif dengan suasana nature, barulah jiwa dan badan jadi tenang dan tangkas seperti pendekar. Boleh juga nak explore aktiviti seperti main air, team building, menaiki ATV, Jungle Trekking dan explore gua yang terdapat di sekitar sini. Kalau musim durian, memang kenduri-an di sini.
Pusat Pemuliharaan Gajah Kuala Gandah
Bawa famili korang ke sini. Korang boleh berinteraksi dan mengikuti aktiviti bersama gajah di sini. Pahang memang tidak asing sebagai habitat gajah. Tak hairan cerita zaman dahulu, pendekar dan pahlawan mereka mengggunakan gajah sebagai kenderaan.
Galeri Mat Kilau,
Di sini, korang boleh menghayati kehidupan Mat Kilau dan tokoh lain. Gambar dan barangan lama seperti senjata yang digunakan pahlawan Pahang ada dipamerkan.
RM 2, setiap hari (8 pagi – 5 petang)
Hutan Merah
Nak yang rare, Bukit Buluh yang terletak di Felda Padang Piol, Jerantut Pahang mempunyai keunikan tersendiri apabila pokok di kawasan itu kebanyakannya memiliki batang berwarna kemerahan. Dek kerana keunikan tersebut juga Bukit Buluh dikenali sebagai Red Forest bagi kebanyakan pendaki.
Yang Benar,
Senah Berkilau
Foto by: @athirahaktar @huienlow @felda.tekam.resort via FB Tourism Malaysia
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Pattaya destinasi untuk liburan dan bersantai di pesisiran pantai yang popular di Thailand. Terletak 147 kilometer dari tenggara Bangkok, lokasi pusat peranginan ini menjadi destinasi percutian cukup mengujakan yang perlu dijengah jika ke Thailand. Bagi pengunjung yang berkeluarga, bawa anak-anak berkunjung ke Teddy Island (Teddy Bear Museum Pattaya) yang menempat sebuah muzium patung beruang yang begitu mengujakan.
Dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 10 malam, muzium yang menjadi salah satu daya tarikan Pattaya ini mempamerkan lebih 2000 pelbagai koleksi patung beruang.
Muzium ini terbahagi kepada 12 bahagian mengikut konsep dan tema tersendiri, iaitu ruang yang mempamerkan bermacam-macam Teddy Bear dengan berbagai-bagai gaya bersesuaian dengan tema pada setiap bahagian. Antaranya Zon Zaman Dinosor, Zon Afrika, Zon Musim Sejuk, Zon Bawah Laut, Zon Eropah, Zon Seni, Zon Jenaka dan lain-lain lagi.
Muzium ini sesuai dikunjungi oleh semua golongan dan pencinta Teddy Bear. Bagi yang bukan pengumpul patung, muzium ini tetap menjanjikan keseronokan kerana dapat bergambar bersama patung-patung yang comel ini. Jangan lepaskan peluang bergambar pada setiap sudut tau!
Pengunjung yang datang ke muzium ini diingatkan supaya tidak lupa untuk mencuba semua aktiviti interaktif yang terdapat di setiap sudut muzium. Tidak terhad kepada kanak-kanak sahaja, orang dewasa juga boleh mencuba dan berseronok di sini.
Teddy Bear merupakan patung yang menjadi kesukaan ramai lebih dari 100 tahun lalu. Ia dinamakan Teddy Bear sempena kisah perjalanan Presiden ke-26 Amerika Syarikat, Theodore “Teddy” Rosevelt yang pergi memburu beruang. Pada masa itu, presiden pergi berburu dengan beberapa orang pengawalnya. Sehingga hampir tamat perjalanan, Rosevelt tidak berjaya menembak walau seekorpun beruang. Lalu salah seorang pengawalnya menangkap seekor beruang dan mengikatnya di sebatang pokok serta mempersilakan presiden untuk menembaknya. Namun demikian, Rosevelt tidak mahu menembaknya kerana perbuatan itu bertentangan dengan prinsipnya sebagai seorang pemburu.
Cerita ini tersebar luas dan memberikan idea kepada Morris Michtom dan Margarete Steiff untuk menghasilkan patung Teddy Bear buat pertama kalinya di bawah syarikat The Steiff Co. Di muzium ini, pengunjung akan melihat beberapa koleksi dari syarikat penghasilan patung yang paling terkenal dan berjaya dalam mencipta dan memasarkan patung beruang tersebut. Jadi apa lagi, jangan ketinggalan untuk menjengah Muzium Teddy Bear di Pattaya ini.
Kala liburan, makanan adalah salah satu cara untuk mengenali dengan lebih dekat sesebuah budaya. Setiap satu menu yang dicuba menjadi manifestasi rasa lantas mengisi...