[Foto] Lembah Klang Dilanda Banjir Kilat Selepas Hujan Turut Berterusan. Semoga Dipermudahkan

Share

Hujan lebat lebih dua jam bermula 2 petang semalam, mengakibatkan beberapa kawasan di ibu kota dilanda banjir kilat.

Limpahan Sungai Klang menyebabkan sekitar Masjid Jamek termasuk stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek serta hadapan Bank Muamalat Jalan Melaka yang terletak di tepi sungai itu kelihatan seakan pulau dengan beberapa kenderaan termasuk motosikal ditenggelami air. Foto-foto kejadian tersebut telah tular dan mengundang simpati seluruh rakyat Malaysia.

  • Antara kawasan lain terjejas termasuk Lebuh Ampang, Jalan Raja Alang, Kampung Baru, Jalan Semarak, Lorong Ayer Leleh 5 dan Jalan San Ah Wing, Kampung Semarak.
  • Terdapat jalan utama yang dinaiki air menyebabkan beberapa kenderaan ditenggelami air dan tidak boleh dilalui kenderaan ringan. Pemantauan dilakukan di Lebuh Ampang mendapati banjir kilat setinggi 1.5 meter namun tiada mangsa terbabit.
  • Banjir kilat setinggi satu meter turut dilaporkan berlaku di Jalan Raja Alang, Kampung Baru dan Jalan Gurney Kiri Off Jalan Semarak. Tiada kemalangan jiwa dan mangsa yang terbabit di dua lokasi berkenaan.
  • Banjir kilat turut dilaporkan berlaku di kawasan lain antaranya Jalan Genting Klang apabila laluan utama itu dinaiki air dan terdapat kenderaan terperangkap susulan paras air dianggarkan 0.4 meter. Selain itu, terdapat juga perkongsian daripada orang awam mengenai keadaan di Balai Polis Gombak dan jalan di Danau Kota yang dilanda banjir.

image via FB Warga Wilayah | Sumber: SinarHarian

IKLAN