Frontliners HKL Boleh Menginap Percuma Di Tune Hotels PWTC Selama 30 Hari. Sebarkan!

Share

Sebagai sokongan terhadap kakitangan barisan hadapan dalam merawat dan mengekang penularan wabak COVID-19 di negara ini, ramai individu tampil membantu meringankan beban mereka.

Tolong sebarkan kepada petugas barisan hadapan kita bahawa Tunes Hotel cawangan PWTC menawarkan penginapan percuma untuk mana-mana kakitangan perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang baru selesai syif panjang.

Inisiatif itu dilancarkan oleh Yayasan ECM Libra dan disokong oleh Kumpulan Ormond, selepas menyedari ramai kakitangan perubatan HKL kini terpaksa tidur di kaki lima hospital berikutan terpaksa bekerja untuk tempoh lama kemudian terpaksa melapor diri untuk syif seterusnya.

Semua 130 bilik di hotel berkenaan yang terletak berhampiran dengan HKL kini ditawarkan untuk kakitangan berkenaan dan turut disediakan sarapan pagi. Penginapan percuma itu bermula 24 Mac sehingga tempoh 30 hari akan datang.

Sumber: HM Online

IKLAN