G2G Animal Garden MAEPS, Serdang Buka Peluang Orang Ramai Ambil ‘Haiwan Angkat’

Share

MAEPS Agro Tourism Park merupakan taman agro yang sesuai untuk bercuti bersama keluarga yang menampilkan keindahan alam semula jadi.

MAEPS, Serdang menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik bagi mereka yang ingin merasai pengalaman di kawasan perladangan dan pertanian. Antaranya ialah ‘House of Kambing’ yang menempatkan haiwan seperti kambing dan menawarkan menu makanan nasi kukus kambing bakar.  

Selain itu, terdapat juga pelbagai taman pertanian yang membolehkan pengunjung menimba ilmu seperti laman herba, laman padi, laman nenas, laman perikanan, G2G Animal Garden di mana mereka boleh memberi makanan kepada haiwan dan banyak lagi. Pengunjung juga boleh menginap di Nafas Cube di sini yang berkonsepkan binaan kabin dan tiub.

Bayaran masuk: RM65 tanpa MyKad, RM45 dengan Mykad, RM35 pelajar
Waktu operasi: Isnin hingga Jumaat (8.30 pagi hingga 5.30 petang)

Untuk menjamin kelangsungan hidup haiwan di situ, G2G Animal Garden MAEPS menerusi laman sosialnya giat mempromosikan kempen haiwan angkat atau adoption sebagai salah satu usaha untuk memastikan bekalan makanan, perubatan dan pengurusan haiwan-haiwan akan berterusan.

Suka diingatkan bahawa konsep ‘haiwan angkat’ bukan bermaksud anda dibenarkan membawa haiwan ini pulang ke rumah tetapi lebih kepada penyumbang untuk menjaga kebajikan haiwan yang dipilih. Nama anda juga akan disematkan dalam sekeping sijil sebagai individu yang menyumbang untuk kelangsungan hidup haiwan yang telah anda pilih.

Untuk maklumat lanjut boleh ke Facebook rasmi G2G Animal Garden -MAEPS atau klik pada pautan https://www.ticket2u.com.my/event/18452 . Ini antara haiwan-haiwan yang boleh dipilih untuk dijadikan haiwan angkat dengan sumbangan bermula serendah RM10 sahaja.

image via FB G2G Animal Garden – MAEPS

IKLAN