Travel

Gaharu Tea Valley Di Gopeng, Jamu Mata Lihat Pemandangan Dan Layan Teh Sedap!

Share

Gaharu Tea Valley Di Gopeng ini adalah salah sebuah tempat cantik nak lepak santai-santai dengan keluarga.

Masuk sahaja di situ, anda akan disambut dengan pemandangan pokok gaharu yang menarik dan besar.

Dapat jamu mata melihat kehijauan pokok-pokok, di sini ada mini waterfall. Kolam ikan, boleh feeding fish

dekat situ. Apa yang menarik anda boleh jalan-jalan dalam kawasan itu dengan turun naik tangga lebih kurang 1km.

Perjalanan 40 minit dari Ipoh untuk sampai ke Gaharu Tea Valley ini. Sampai di sana, boleh naik van (Tiket RM10) untuk explore ladang teh, lepak di kafe dan tengok view cantik-cantik. Hah, air teh dan aiskrim wajib cuba!

Bangga ada ladang teh macam ini, tak jauh dari Ipoh. Tempat cantik dan terjaga. Ada masa lapang, boleh cuba pergi sini. Memang berbaloi!

Di sini anda boleh minum teh gaharu yang mana kebaikan teh daun gaharu ini bagus:

– merendahkan penghasilan asid urik
– lancarkan perjalanan darah
– Darah tinggi
– Diabetes
– Kuatkan jantung
– Detokfikasi

Boleh tahan sedap juga mata memandang melihat suasana di sini. Ada tasik luas terbentang luas di situ.

Lokasi:

HOGA, Gaharu Tea Valley, Jalan Sungai Itek, Gopeng, Perak

IKLAN