Gaharu Tea Valley Di Gopeng ini adalah salah sebuah tempat cantik nak lepak santai-santai dengan keluarga.
Masuk sahaja di situ, anda akan disambut dengan pemandangan pokok gaharu yang menarik dan besar.
Dapat jamu mata melihat kehijauan pokok-pokok, di sini ada mini waterfall. Kolam ikan, boleh feeding fish dekat situ. Apa yang menarik anda boleh jalan-jalan dalam kawasan itu dengan turun naik tangga lebih kurang 1km.
Ads
Perjalanan 40 minit dari Ipoh untuk sampai ke Gaharu Tea Valley ini. Sampai di sana, boleh naik van (Tiket RM10) untuk explore ladang teh, lepak di kafe dan tengok view cantik-cantik. Hah, air teh dan aiskrim wajib cuba!
Bangga ada ladang teh macam ini, tak jauh dari Ipoh. Tempat cantik dan terjaga. Ada masa lapang, boleh cuba pergi sini. Memang berbaloi!
Ads
Di sini anda boleh minum teh gaharu yang mana kebaikan teh daun gaharu ini bagus:
– merendahkan penghasilan asid urik
– lancarkan perjalanan darah
– Darah tinggi
– Diabetes
– Kuatkan jantung
– Detokfikasi
Ads
Boleh tahan sedap juga mata memandang melihat suasana di sini. Ada tasik luas terbentang luas di situ.
Lokasi:
HOGA, Gaharu Tea Valley, Jalan Sungai Itek, Gopeng, Perak
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Bila sebut tentang roti canai, pasti setiap dari kita mempunyai citarasa tersendiri. Malah kini terdapat berbagai versi roti canai termasuk roti sarang burung, roti canai banjir dan lain-lain lagi yang menjadi pilihan penggemarnya. Malah roti canai juga antara makanan kegemaran rakyat Malaysia, sentiasa di makan tidak kira masa, siang atau malam.
Jika biasa roti canai berwarna putih (sebelum dimasak) tapi kelainan dicipta oleh Warung Dimyati Roti Canai di Kampung Sungai Yu Kuala Selangor yang menyajikan roti canai pelangi menyebabkan kedai ini menjadi tumpuan masyarakat sekeliling termasuk orang dari luar daerah Kuala Selangor.
Setiap hari, boleh dikatakan gerai ini sentiasa penuh malah di hujung minggu perlu datang awal jika berhajat menikmatinya.
Dimiliki oleh Dimyati, lebih berpengalaman 20 tahun dalam bidang pembuatan roti canai, terdapat pelbagai perisa dan jenis roti yang ada di warung ini. Terdapat warna-warna menarik dengan perisa berbeza seperti Durian (Oren), Strawberi (Merah), Jagung (kuning), Apple ((hijau), Keladi (biru) dan Ori (putih) yang boleh dinikmati bersama kari kambing, kari kaki ayam, kari biasa dan kuah dal. Memang padu rasanya.
Memang superb pemikiran orang Kuala Selangor nie. Sebelum ini tular kampung dicat warna warni di daerah ini dan rupanya sebelum itu sudah wujud roti canai Pelangi. Bagi yang nak cuba, boleh tengok lokasinya.
Waktu Operasi:-
7.00 pg – 12.00 tengahari sahaja. (Isnin & Jumaat cuti)
Lokasi :- Lot 2430 Batu 3 Kampung Sungai Yu 1, 45000 Kuala Selangor, Selangor.
Presiden China Xi Jinping mengetuai barisan kepemimpinan pada upacara perkabungan negara China untuk memperingati mereka yang terkorban akibat wabak COVID-19. Perdana Menteri Li Keqiang turut hadir pada upacara itu yang berlangsung di kompleks Zhongnanhai di Beijing pada 10 pagi, seluruh negara turut bertafakur selama tiga minit.
Bunga berwarna putih disematkan di dada dan bendera turut dikibarkan separuh tiang. Kain rentang berwarna hitam yang tertera ungkapan ‘deeply mourn for martyrs and compatriots who died in COVID-19 outbreak’ digantung di pintu masuk Dewan Huairen. Semua rakyat China ketika itu kelihatan sebak dengan apa yang berlaku di negara mereka dalam masa beberapa bulan sahaja ketika COVID-19 menyerang.
Wabak COVID-19, yang diisytiharkan darurat kesihatan global, antara detik sukar yang dilalui China sejak 1949. Dalam berjuang memerangi wabak itu ramai kakitangan perubatan turut terkorban. Sejumlah 81,639 kes COVID-19 dilaporkan di tanah besar China, meragut 3,326 nyawa, (sehingga 4 April 2020) menurut Suruhanjaya Kesihatan Negara.
Kita mengenali Taj Mahal, Tembok Besar China atau Angkor Wat sebagai tapak warisan dunia, namun masih ramai yang tidak mengetahui beberapa tempat di Malaysia seperti Taman Negara Gunung Mulu di Sarawak juga adalah destinasi Tapak Warisan Dunia. Jika berkesempatan, jom melawat destinasi-destinasi menarik ini.
Terletak di sebelah utara negeri Sarawak, Taman Negara Gunung Mulu merupakan salah satu daripada destinasi pelancongan yang terkenal di Malaysia. Mempunyai keluasan lebih 544 kilometer persegi, ia mula diwartakan sebagai taman negara pada 3 Oktober 1974. Dengan dikelilingi tiga buah gunung iaitu Gunung Mulu, Gunung Api dan Gunung Benarat, Taman Negara Mulu mempunyai kepelbagaian bio yang menakjubkan.
Bagi pencinta alam semula jadi, perasaan kagum pasti hadir melihat keunikan formasi stalagmit dan stalagtit serta pelbagai arca yang terhasil akibat proses geomorfologi yang berlaku. Ia diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada November 2000.
Teringin nak ke sini? Ikuti perkongsian trip solo 3 hari 2 malam ke destinasi ini oleh Nizar Latif
Taman Negara Mulu dikenali dengan banyaknya gua dan juga Mulu Pinnacles. Mulu lebih banyak dilawati oleh pengembara dari luar negara dan sangat-sangat terkesan akibat pandemik covid-19 ini. Bah jom kita ke Mulu. #donepromote
Kembara singkat ini hanya sempat melawat ke tiga buah gua.
Deer Cave (2.30 – 6.20 petang)
– Antara muka gua yang terbesar di dunia.
– Kotak Pos pertama di Gua Warisan Dunia Unesco.
– Batuan berbentuk Abraham Lincoln dari tepi.
– Garden of Eden yang unik.
– Melihat jutaan kelawar keluar secara berkumpulan dari pintu gua.
Clearwater Cave (9.15 – 11.15 pagi)
– Melawat Tamu Batu Bungan, kraftangan orang Penan.
– Air sungai yang jernih dan sejuk dari gua.
– Sungai dalam gua ketujuh terpanjang di dunia. (262 kilometer)
Fastlane Cave (2.30 – 4.00 petang)
– Melihat stalagmites dan stalactites dari dekat.
– Gua yang agak sempit berbanding dua gua di atas.
– Keadaan yang sangat gelap (tiada lampu dan cahaya) agak menyeramkan. Haha
Jika cuti panjang, boleh hiking ke Mulu Pinnacles atau Mulu Summit (perlu tambah 2-3 malam lagi). Aktiviti lain bolehlah melawat ke Marriott Mulu, Batu Bungan (kawasan orang Penan). Kecil ja kawasan Mulu ni.
KOS KEMBARA
(Dikira dari Miri kerana bekerja di sini)
Miri – Mulu by Maswings RM 322
(Direct flight ada juga dari Kuching dan Kota Kinabalu)
Bilik di AA Homestay RM 88
(Digalakkan untuk bermalam di taman negara sendiri sekitar RM 199 semalam dan hostel masih belum buka atau jika ada bajet lebih di Marriott sekitar RM 499 semalam kerana dua tempat ini saja elektrik 24 jam. Homestay luar menggunakan generator.)
Aktiviti di taman negara RM182
– 5 hari pas ke taman negara RM 15
– Deer Cave RM 35
– Clearwater Cave RM 67 (termasuk bot)
– Fastlane Cave RM 65 (termasuk bot)
Makan dalam +- RM 100
Sarapan di kafe taman negara
Makan tengah hari dan malam di Marriott
(Tempat makan halal hanya di sini saja dan agak mahal harganya. Boleh bawa maggi/roti untuk lebih jimat)
Pengangkutan
Jika tidak, ada transporter dari airport ke taman negara (macam Hilux) RM 5 untuk sekali perjalanan.
Jumlah kos keseluruhan: TEKAN KALKULATOR. Haha. Ada dalam gambar terakhir.
Nota:
1. Segala aktiviti dan bilik di taman negara boleh ditempah di website https://mulupark.com
2. Talian telefon ada namun hanya dapat untuk buat panggilan. Internet sangat terhad. Wifi di Marriott saja yang agak laju.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Selalunya bila bercuti, kita sibuk susun itinerari. Pagi pergi tempat viral, tengah hari cari kafe cantik, petang ke pantai, malam pula sambung jalan lagi....