Cantik sangat homestay berkonsepkan Tiny Cottage House yang terletak di Port Dickson, Negeri Sembilan ini.
Tiny Cottage House
Rumah kecil atau tiny house kini menjadi kegilaan ramai di Malaysia dan pemiliknya telah mendapat ispirasi untuk membina tiny house ini dari Pinterest.
Ramai yang tertarik dengan warna dan dekorasi yang cukup kreatif, terasa seperti berada di negara luar bukan di Malaysia. Kalau anda sudah bosan duduk hotel, apa kata try check in sini pula.
Ads
Bagi yang suka OOTD pasti akan gemar dengan lokasi rumah ini yang terletak di Port Dickson. Melihat pada pemilihan warna yang terang seperti biru dan kuning membuatkan seperti rumah mainan.
Ads
Ruangan dalaman pun sangat selesa dan cantik tuan rumah deko, jom tengok!
Ads
Kalau anda suka konsep rumah ini, boleh ke Port Dickson untuk merasai sendiri pengalaman tinggal di dalam tiny house.
Kalau anda jenis sukakan suasana yang tenang dengan alam semula jadi, boleh cuba ke Suara Rimba Hulu Langat Chalet.
Bukan hanya persekitaran yang tenang, anda juga boleh main air sungai di situ.
Selain itu ada juga mini petting zoo untuk anda dekat dan kenal haiwan seperti merak, kancil,arnab, boleh tengok itik kolam ikan sungai dengan tapak perkhemahan di belakangnya.
Agak unik tempat menginapnya yang diperbuat daripada chalet kayu. Memang rasa tenang macam kampung.
Jadi buat anda yang mencari tempat untuk healing dengan bajet yang murah, boleh lah ke sini bawa anak-anak.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kalau ada masa anda boleh cuba buat carian di laman sosial mengenai Pulau Rawa. Kecantikkan dan keunikan pulau ini memang tidak boleh disangkal lagi. Macam tidak percaya lokasinya hanya di negara kita sahaja.
Pulau Rawa merupakan antara pulau yang tercantik ada di Johor. Pulau Rawa sering dihebahkan dalam laman sosial atau mulut ke mulut oleh pengunjung yang pernah menjejakkan kaki ke sini ibarat Maldives kepada Johor dek kecantikan perairannya persis di negara kepulauan itu.
Hanya ada dua resort di Pulau Rawa iaitu Rawa Island Resort dan Alang’s Rawa. Menginap di kedua-dua resort ini memang menjadi idaman setiap pelancong kerana kedudukannya berhadapan dengan laut. Menariknya, Rawa Island Resort ada menyediakan gelongsor khas kepada tetamunya yang mahu berseronok dengan aktiviti air sambil mandi laut di tepi pantai.
Jika mengimpikan percutian ke Pulau Rawa, anda perlu membuat tempahan lebih awal kerana faktor lokasi penginapan yang terhad. Jangan sesekali anda berangan untuk walk-in sahaja ke sini memang tiada harapanlah untuk bercuti di Pulau Rawa nan indah ini.
Jom layang foto-foto kenangan dan tip percutian ke Rawa, sumber daripada saudara Rais Ramli
Perjalanan 4 jam dari KL ke Jeti Mersing melalui exit tol Ayer Hitam, Felda Nitar dan terus ke Mersing. Waktu balik nanti boleh lah singgah beli pasu ke anak patung ke..hihi
Jom cuti-cuti Malaysia!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Pernah dengar tentang Ranu Kumbolo? Jika anda seorang pendaki tegar pasti anda tahu tentang Gunung Semeru yang terletak di Taman Nasional Bromo Tengger Semeru, Jawa Timur, Indonesia. Ranu Kumbolo menjadi bualan ramai pendaki yang dalam perjalanan ke puncak Semeru, mahupun di kalangan mereka yang gemarkan aktiviti lasak.
Jadi untuk berkenalan dengan Ranu yang membawa maksud tasik atau danau ini, ia memerlukan perancangan bijak. Bukan main redah sahaja kerana perjalanan ke Ranu Kumbolo sangat menguji ketahanan mental dan fizikal. Tak kiralah sama ada kaki gim atau sebaliknya, kalau persiapan tidak kena cara, pasti mengundang insiden tidak diduga. Terletak di ketinggian 2400 meter daripada paras laut, perjalanan ke Ranu Kumbolo mengambil masa kira-kira lima jam waktu trekking.
Sejujurnya, perjalanan menuju ke Ranu Kumbolo bukanlah perjalanan yang mudah, namun berbaloi kerana kanvas alam yang menanti memukau pancaindera. Sukar dilafazkan dengan kata-kata. Cukup indah ditambah suasana hening yang mendamaikan fikiran. Satu perkara yang diidamkan oleh setiap pendaki apabila menjejak kaki sini ialah menyaksikan keindahan mentari di saat ia menyapa pagi.
Biarpun badan terasa penat, otot-otot mula sakit-sakit, jangan sesekali lepaskan saat-saat indah ini. Pengalaman menyaksikan sang mentari terbit dari balik dua bukit di pinggiran tasik, pasti sukar dilupuskan daripada ingatan. Biarpun cuaca sejuk mencengkam tubuh badan, namun cetusan rasa kepuasan mengatasi segalanya. Indah bumi ciptaan tuhan!
Teruja sepanjang perjalanan ke Ranu Kumbolo
Keterujaan ke lokasi perkhemahan ini sebenarnya bermula seawal perjalanan, iaitu ketika menaiki jip untuk ke Ranu Pani, pos pendaftaran dan gerbang ke Taman Nasional Bromo Tengger Semeru. Sebelum memulakan pendakian, anda perlu mendengar taklimat keselamatan terlebih dahulu. Seronok mendengar kisah-kisah yang dikongsi oleh renjer hutan. Banyak juga info berguna untuk dijadikan panduan.
Dari pos Ranu Pani ini anda perlu berjalan kaki sejauh lima sampai tujuh kilometer menyusuri lereng bukit yang ditumbuhi dengan Bunga Edelweis. Kemudian anda akan tiba di Watu Rejeng. Dari sini anda sudah boleh melihat pemandangan lembah dan bukit yang ditumbuhi pohon cemara dan pines.
Semakin tinggi pendakian, semakin sejuk cuaca, jadi pakai pakaian yang sesuai jika tidak mahu menggigil kesejukan. Sepanjang perjalanan, terdapat empat pos rehat yang membolehkan anda melepaskan lelah. Ada gerai-gerai kecil yang menjual minuman, buah-buahan, makanan ringan dan juga madu.
Setibanya di Ranu Kumbolo, carilah tempat atau tapak yang dirasakan ideal untuk mendirikan khemah. Kalau gunakan khidmat porter, tak perlu susah-payah sebab mereka yang akan lakukan semua. Sambil menunggu, bolehlah melihat ribuan bintang menghiasi langit.
Selamat bereksplorasi!
Oleh: Putri Adila
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Labuan Bajo ialah sebuah pekan pelabuhan di hujung barat Pulau Flores, Indonesia. Bagi pelancong, tempat ini cukup istimewa kerana ia menjadi pintu masuk utama...