Ribuan obor-obor merah yang aneh dan jarang dilihat, ditemui terdampar sepanjang Pantai Mawilla, lokasi pantai perkelahan terkenal sejak minggu lepas.
Ramai pihak tertanya-tanya bagaimana spesies dengan rupa pelik itu boleh muncul di sepanjang kira-kira 400 meter pinggir Pantai Mawilla. Jabatan Perikanan Labuan telah mengkategorikan kehadiran haiwan laut itu sebagai fenomena yang jarang berlaku.
Foto: Borneo Today
Ads
Foto: Bernama
Obor-obor itu telah dikenal pasti oleh pakar di Institut Penyelidikan Marin Borneo, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Profesor Madya Dr B.A. Venmathi Maran sebagai Crambione mastigophora (Cnidaria, Scyphozoa) atau lebih dikenali dengan nama ‘Sea Tomato’. Spesies ini tidak diketahui mempunyai sengatan yang berbahaya kepada manusia, tetapi tentakel mereka masih boleh menyengat selepas haiwan itu mati.
Ia boleh menyebabkan kerengsaan kulit, alahan dan ketidakselesaan. Justeru, orang ramai dinasihati tidak menyentuh obor-obor walaupun telah mati. Mereka juga diingatkan tidak masuk ke dalam air berrhampiran lokasi obor-obor itu terdampar, kerana kemungkinan masih terdapat kumpulan obor-obor di kawasan itu.
Ads
Ads
Fenomena itu dikaitkan dengan keadaan angin dan gelombang yang kuat, ketika arus air Laut China Selatan di Labuan menghala ke arah selatan, menyebabkan obor-obor itu itu dihanyutkan ke perairan cetek berhampiran pantai.
Tak perlu pergi jauh untuk ‘beli jiwa’ pasangan anda. Pulau-pulau yang ada di Malaysia ni cukup untuk menzahirkan nilai penghargaan anda kepada mereka.
Berikut adalah lapan lokasi pulau yang boleh jadi destinasi bulan madu anda dan pasangan untuk menyuburkan rasa cinta.
Pulau Tenggol, Terengganu
Pulau Tenggol merupakan pulau peranginan yang terletak di Terengganu dan kini menjadi destinasi pelancongan yang terkenal di negeri Darul Iman. Tarikan utama di sana ada scuba. Jadi bagi anda dan pasangan yang memilih percutian bulan madu yang adventure, anda boleh bawa pasangan berbulan madu anda menyelam dan menyaksikan keindahan alam di dasar laut. Bagi yang suka snorkeling, hidupan laut dan coral seperti nudibranch dan clownfish bakal menyajikan anda dengan pemandangan yang menakjubkan.
Aktiviti menarik untuk anda dan pasangan di sana:
Snorkeling
Mandi laut di pesisir pantai
Berehat, santai
Bersiar-siar di tepi pantai
Pulau Tioman, Pahang
Pulau Tioman terletak lebih kurang 32 kilometer dari pantai barat negeri Pahang dan berkeluasan lebih kurang 20 kilometer panjang dan 12 kilometer lebar. Sebahagian besar pulau ini diliputi hutan dan kaya dengan khazanah flora dan fauna yang menjadikan Pulau Tioman popular di kalangan pasangan yang ingin berbulan madu. Pulau ini boleh diakses melalui jeti Mersing dan jeti Tanjung Gemuk dengan menaiki feri atau bot.
Aktiviti menarik untuk anda dan pasangan di sana:
Island Hopping
Scuba Diving
Snorkeling
Rock Climbing
Mandi air terjun
Shopping
Pulau Redang, Terengganu
Pulau Redang adalah antara pulau yang terkenal di Malaysia kerana boleh memberikan pengalaman menyeronokkan dalam trip bulan madu anda. Ada banyak tempat menarik di sekitar Pulau Redang ini seperi Pantai Pasir Panjang, Pantai Teluk Kalong, Pantai Teluk Dalam, dan Taman Marin. Anda dan pasangan boleh akses Pulau Redang menerusi beberapa jeti yang ada di sana seperti Jeti Shahbandar, Jeti Merang atau Jeti Penarik.
Aktiviti menarik untuk anda dan pasangan di sana:
Snorkeling
Mandi Manda di Pantai Pasir Panjang
Bersiar-siar di tempat menarik
Melihat matahari terbenam
Berkayak
Pulau Mabul, Sabah
Terletak lebih kurang 15 minit perjalanan menggunakan bot laju dari Pulau Sipadan, Mabul terkenal sebagai satu lokasi muck diving yang terbaik di dunia. Pulau Mabul juga terkenal dengan keindahan alam semulajadi sama ada di kawasan pulau atau di dasar air, menjadikan panorama itu terbaik untuk anda menghabiskan masa bersama yang tersayang. Kesunyian pulau turut menambahkan lagi suasana romantis untuk anda berdua-duaan dan sebagainya.
Aktiviti menarik untuk anda dan pasangan di sana:
Berkayak
Melawat Kampung Bajau Laut
Snorkeling
Scuba di Taman Laut Pulau Sipadan
Berkungjung ke Taman Marin Tun Sakaran
Trekking ke Pulau Bohey Dulang
Singgah ke Pulau Bodgaya
Island Hopping
Pulau Pemanggil, Johor
Terletak 45 kilometer dari Mersing, Johor. Dengan saiz nya yang kecil, pulau ini mampu memberikan keseronokan untuk sebuah percutian bulan madu yang anda dan pasangan impikan. Untuk ke Pulau Pemanggil ini, anda boleh datang melalui Jeti Mersing dan mengambil masa antara 4 ke 5 jam perjalanan bergantung kepada jenis bot yang anda naiki.
Pantainya yang biru dan jernih umpama kristal membuatkan ramai pelancong yang tergila-gila untuk berkunjung ke sini. Jadi bayangkan trip bulan madu anda, pasti menarik! Selain aktiviti air yang anda boleh lakukan bersama pasangan, aktiviti trekking ke bukit untuk menikmati pemandangan seluruh kawasan pulau juga boleh dilakukan. Treknya tak susah, jadi anda dan pasangan tak perlu risau untuk mendaki ke atas.
Aktiviti menarik untuk anda dan pasangan di sana:
Island Hopping
Snorkeling
Scuba
Hiking
Layan sunrise menghadap Laut China Selatan
Candle light dinner bersama pasangan
Pulau Kapas, Terengganu
Pulau Kapas ini juga menjadi pilihan kepada pasangan yang ingin berbulan madu kerana lokasinya hanya 10 minit sahaja menaiki bot dari tanah besar ke kawasan pulau. Sekalipun dekat dengan tanah besar, keindahan air laut yang ada di Pulau Kapas ini cukup memukau pandangan sesiapa sahaja yang berkungjung ke sini kerana air lautnya cukup jernih, tenang, membiru dan kecantikan airnya ibarat pulau-pulau yang popular di serata dunia.
Bagi anda dan pasangan yang mahukan percutian bulan madu yang bajet, boleh datang ke Pulau Kapas ini kerana rata-rata penginapan di sini terdiri daripada chalet yang menawarkan harga yang menjimatkan kepada setiap pelancong yang datang.
Lagi satu perkara berkenaan Pulau Kapas, walaupun berdekatan dengan tanah besar, batu karang dan hidupan lautnya mempunyai pelbagai warna dan terpelihara daripada kerosakan serta kemusnahan. Snorkeling di sini sangat menguntungkan, jadi jom la bawa pasangan anda mandi manda di sini, berenang bersama ikan-ikan. Hehe.
Aktiviti menarik untuk anda dan pasangan di sana:
Snorkeling dan diving
Berkayak
Mendaki Bukit Singa
Mandi di Gua Bukit Singa
Bersiar-siar sepanjang kawasan pantai
Island hopping
Pulau Besar, Johor
Pulau Besar ini terletak 13 kilometer dari Mersing Johor dan boleh diakses dari Jeti Mersing. Pulau Besar ini juga terletak berhampiran Pulau Hujong dan Pulau Tengah serta mempunyai pantai yang putih dan bersih serta air laut yang begitu jernih. Pulau ini juga digazetkan sebagai taman laut bagi memelihara keindahan alam semulajadi yang ada di sana.
Jika anda dan pasangan anda seorang yang lasak dan inginkan pengembaraan dalam trip bulan madu anda, Pulau Besar juga berhampiran Pulau Mensirip dan Pulau Harimau berada tidak jauh daripada sini dan anda boleh island hopping ke sana.
Aktiviti menarik untuk anda dan pasangan di sana:
Island hopping
Snorkeling
Scuba
Sun bath
Bersiar-siardi pesisir pantai
Menikmati angin laut yang mendamaikan
Pulau Sibu, Johor
Pulau Sibu terletak di pantai timur semenanjung Malaysia di negeri Johor. Lokasinya adalah di Laut China Selatan lebih kurang 12 kilometer dari tanah besar Johor atau lebih tepat di daerah Mersing. Pulau Sibu terdiri daripada beberapa gugusan kepulauan lain iaitu Pulau Sibu Besar, Pulau Sibu Tengah, Pulau Sibu Kukus, dan Pulau Sibu Hujung.
Anda dan pasangan sekiranya ingin ke sini, perlu menaiki bot di Jeti Tanjong Leman. Selitkan water sport activities semasa trip bulan madu anda dengan pelbagai aktiviti yang disediakan di sini.
Aktiviti menarik untuk anda dan pasangan di sana:
Mandi laut
Snorkeling
Scuba diving
Jet ski
Jungle trekking
Island Hopping
Urut badan di SPA
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kalau datang Rock Village, anda mesti rasa teruja nak camping sambil layan kopi. Pemandangan memang memang cun yang amat ya, rasa macam bercuti di Jogja.
Cuba lihat pemandangannya, tenang emosi dan sejuk mata memandang. Bukan waktu pagi sahaja cantik, malah malam juga menarik.
Ada batu-batu di sekitar sini, namun yang menarik perhatian adalah tempat penginapannya. Nampak unik dan agak selesa. Yang nak santai-santai hilangkan lelah, memang berbaloi datang sini.
Nak bermalam di sini, plugpoint semua ada. Malam memang sejuk ya.
Yang minat OOTD tu memang boleh ‘ngam’ sebab kat sini siap ada orang buat prewedding.
Tempat ini berbatu besar kena dengan nama Rock Village.
Kemudian bila celik mata waktu pagi anda boleh nampak kepul-kepul awan bersusun dan kalau datang musim durian, anda boleh makan sebab ada dusun.
Owh ya, kopi kat sini sedap, jadi kalau nak cuba kena bagi sampai dulu lah ya!
LOKASI:
Rock Village, Kg Kura, Sik, Kedah
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Perancangan awal untuk ke Dabong menaiki train terpaksa diubah haluannya disebabkan musim cuti sekolah. Destinasi Tumpat, Kelantan menjadi pilihan Ziera Hadi dan keluarga. Paling best tiketnya murah kalau nak pergi ramai-ramai memang berbaloi dan seronok.
Menggunakan aplikasi KTMB Online, menurut Ziera, ia cukup mudah dan mesra pengguna, persis nak beli tiket kapal terbang. Dalam masa sejam dah settle pembelian tiket, esoknya terus ke destinasi yang dipilih.
Tumpat merupakan destinasi terakhir keretapi ke Pantai Timur, menginap di rumah saudara di sana, menurut Ziera tak perlu risau kerana banyak penginapan bajet yang ada di sana. Banyak aktiviti yang dilakukan sepanjang menginap semalam di TUmpat, antaranya berkelah kat Pantai Getting, ada macam-macam aktiviti macam boleh sewa ATV, makan-makan, dan juga pergi membeli belah di kawasan bebas cukai Pengkalan Kubor.
Ikuti perkongsian Ziera Hadi dengan gambar-gambar menarik yang dirakam sepanjang short trip mereka. Enjoy!
Short Trip (Back To Nature) By Train
Last minute, kami decide nak gi Dabong naik train. Call orang tourism sana, katanya guide kat sana tak cukup, ramai orang gi sana musim cuti sekolah. So tak berani ambik risiko.
Nak naik train punya pasal, kami decide pergi ke Tumpat. Tumpat stesen keretapi terakhir Pantai Timur. Cek tiket online. Guna aps KTMB Mobile. Sangat senang. Boleh tengok train mana yang available, cara beli tiket lebih kurang sama macam kita beli tiket flight.
Pilih tiket pergi-balik, buat payment, semua settle dalam masa sejam. Kami ambil tiket keretapi ekspres untuk perjalanan pergi dan tiket keretapi biasa untuk perjalanan balik. Naik train 7am, sampai Tumpat pukul 1pm. Balik esoknya naik train 4am, sampai Merapoh lebih kurang 11am.
Disebabkan ramai yang travel naik train, banyak tiket dah habis. Untuk perjalanan pergi kami terpaksa ambik tiket dari Gua Musang sebab tiket di stesen terdekat daerah Lipis semua dah habis.
Harga tiket pun tak mahal.
Lebih kurang RM20 untuk tiket pergi dan RM9 tiket balik untuk satu kepala.
Sempat borak dengan staf KTM, katanya tiket untuk coach tempat tidur (Katil) harganya lebih 6 ringgit dari seat biasa. Kami ambil coach katil sebabnya coach biasa dah penuh. Masa beli tiket, coach katil pun tinggal ada dalam 10 seat je lagi.
Train yang kami naik dari Johor (JB Central kot). So, yang duk berdekatan kami ramai dari Johor. Jiran-jiran keliling kami dari Kluang. Sempatla dapat kawan-kawan baru
Ramai yang ke Dabong.
Tempat tengah viral kan.
Siapa yang nak travel dengan kelainan, memang bagus sangat naik train. Selesa & relaks. Kafe selesa, staf KTM pun baik-baik dan bertoleransi semuanya.
Anak-anak buah kita seronok sungguh. Tak semua ikut kali ni. InsyaAllah, next time semua boleh join.
Kalau anda sedang mencari lokasi makan yang unik di Kuala Lumpur, Grumpy Bagels 1905 di Sentul Depot antara tempat yang boleh dimasukkan dalam senarai....