Seekor gajah jantan liar dilaporkan berkeliaran di sekitar hentian Rehat dan Rawat (R&R) Titiwangsa Gerik dan cuba memasuki kedai berhampiran untuk mendapatkan makanan.
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 10 malam pada 6 September 2020 hujung minggu lalau disedari oleh orang awam yang berada di kawasan terbabit. Menurut pemilik kedai, gajah liar itu sudah berkeliaran di kawasan sekitar R&R Titiwangsa sejak beberapa hari sebelumnya. Selain itu, gajah liar tersebut telah menjatuhkan tong sampah di kawasan sekitar dan cuba untuk masuk ke kedai bagi mendapatkan makanan.
Ads
Tiada sebarang kecederaan berlaku pada orang awam atau kerosakan kenderaan. kira-kira 15 minit selepas kejadian, gajah tersebut telah bergerak ke kawasan lain. Kakitangan Perhilitan Gerik telah digerakkan untuk memantau kawasan sekitar dari masa ke semasa bagi memastikan ia selamat dari sebarang ancaman gajah liar.
Gajah liar tersebut juga telah dihalau ke habitat asalnya yang terletak di kawasan berhampiran. Tindakan itu dilaksanakan oleh pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak.
Ads
Gajah liar sering memasuki kawasan itu berkemungkinan untuk mencari makanan namun ia tidak mengganggu sesiapa. Justeru, pengguna jalan raya diminta supaya tidak membunyikan hon kenderaan dan memasang lampu bagi mengelakkan gajah di kawasan terbabit mengamuk. Ini kerana gajah amat sensitif dengan elemen tersebut yang boleh membahayakan orang ramai.
Ads
Lepas ini, kalau berada disekitar kawasan ini berhati-hatilah ya!
Ada berita baik buat anda yang bakal bercuti atau akan menginap di hotel sekitar Pulau Pinang bermula Julai ini.
Kerajaan Pulau Pinang akan mengetepikan caj hotel selama enam bulan berkuat kuasa 1 Julai hingga 31 Disember 2020, selaras dengan kebenaran merentas negeri.
Ia adalah usaha Pulau Pinang untuk merangsang semula pelancongan dan menyokong industri dalam fasa pemulihan seiring dengan usaha yang dibuat untuk mengekalkan pelbagai sektor dan kumpulan yang terkesan dalam industri.
Semua aktiviti berkaitan pelancongan yang dirancang sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 (VM2020) diteruskan dan berlangsung seperti biasa ketika ini.
Menurut Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Musa Yusof sebarang perubahan dan penundaan aktiviti tersebut adalah bergantung kepada perkembangan terkini COVID-19.
Selaras keputusan itu juga, jumlah sasaran kemasukan 30 juta pelancong asing ke negara ini dengan jangkaan pulangan pendapatan RM100 bilion daripada industri pelancongan sebelum ini adalah kekal.
Susulan penularan COVID-19 juga, Datuk Musa Yusof berkata segmen pelancongan kesihatan diMalaysia dilihat kekal mendapat sambutan khususnya pelancong dari negara-negara jiran yang datang mendapatkan rawatan di sini.
Selain itu, Tourism Malaysia juga sedang giat memperluaskan pasaran kemasukan pelancong dari India kerana pasaran dan jumlah ketibaan pelancong dari negara ini merupakan kedua terbesar selepas China.
Bulan Mac ini, Sunway Malls (Rangkaian Pusat Beli-Belah Sunway) menawarkan ganjaran kepada para pembeli-belah atas kesetiaan dan sokongan mereka melalui kempen Ultimate Spin & Win, dengan baucar serta hadiah bernilai lebih daripada RM1 juta untuk dimenangi.
Hampir setahun sudah berlalu sejak negara kita dan seluruh dunia dilanda dengan dugaan yang amat besar akibat penularan wabak semasa, dan Sunway Malls berhasrat untuk menunjukkan penghargaannya kepada mereka yang terus menjadikan rangkaian pusat beli-belah ini sebagai destinasi gaya hidup pilihan masing-masing.
HC Chan, Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Malls & Theme Parks berkongsi, “Kami di Sunway Malls bersedia untuk memberi khidmat kepada komuniti di sekeliling kita, lebih-lebih lagi pada masa yang mencabar ini.
Selain menyediakan ruang yang selamat untuk para pengguna membeli-belah, pusat beli-belah kami juga mewujudkan sinar dalam kekelaman situasi semasa. Kami ingin menganjurkan kempen ini sebagai tanda penghargaan kepada para pembeli-belah atas sokongan tidak berbelah bahagi yang ditunjukkan oleh mereka, serta sebagai simbol solidariti bersama para peruncit kami yang sedang melalui liku cabaran yang besar.”
Mulai hari ini hingga 4 April, kesemua pusat beli-belah (kecuali Sunway Giza yang akan memulakan kempennya pada 19 Mac, dan Sunway Citrine Hub pada 20-21 Mac) akan menyaksikan setiap pembeli-belah membawa pulang hadiah atau baucar apabila mereka mengambil bahagian dalam Ultimate Spin & Win.
Membeli-belah hanya perlu membelanjakan jumlah minimum RM250 (RM150 bagi Sunway Giza) dalam dua resit, yang akan melayakkan mereka untuk memutar roda ganjaran di pusat beli-belah tersebut.
Roda berkenaan akan menentukan ganjaran yang bakal dimenangi oleh para peserta, yang terdiri daripada baucar beli-belah dan produk-produk yang ditaja oleh para penyewa yang mengambil bahagian dalam kempen ini seperti Brooks, L’Occitane, Oris, Origins, Samsonite, Yves Saint Laurent, Sulwhasoo, Tomei, Under Armour, Unilever, Watson’s, City Chain, Aveda, Li-Ning, Ogawa, Sony Centre, Braun Büffel, Oppo, Nescafe Dolce Gusto, Realme dan lain-lain.
Bukan itu sahaja, pembeli-belah yang mengambil bahagian dalam peraduan Spin & Win ini juga akan menyertai Cabutan Bertuah secara automatik yang menyajikan pelbagai hadiah menarik daripada pusat-pusat beli-belah tersebut seperti TV, telefon pintar, Playstation 5, jam tangan pintar, kerusi urut, fon kepala, produk kecantikan, katil Agro-Air Comfort oleh Napure (bersaiz queen), dan set LEGO.
Dengan pemansuhan PKP yang terkini, lebih banyak sektor perniagaan diberi kebenaran untuk membuka dan menawarkan produk serta perkhidmatan mereka kepada masyarakat umum.
Di kesemua pusat beli-belah Sunway, para peniaga yang menawarkan hiburan, perkhidmatan kecantikan dan pusat mengurut kini telah membuka operasinya, maka pembeli-belah boleh mengunjungi pusat beli-belah berkenaan untuk menikmati tawaran pembukaan semula yang eksklusif oleh jenama-jenama kegemaran mereka.
Sunway Malls akan meneruskan pengamalan standard operasi yang ketat bagi memastikan ketujuh-tujuh pusat beli-belahnya selamat untuk dikunjungi oleh pembeli-belah. Semua titik sentuh dan ruang tumpuan akan disanitasi secara berkala, di samping memastikan usaha penjarakan fizikal dipelihara. Ini dilakukan agar pembeli-belah dapat berlapang dada ketika mereka menikmati pengalaman yang dibekalkan oleh Sunway Malls.
Bagi sesetengah orang, menaiki kapal terbang memang menyeronokkan. Tetapi ada juga yang mula rasa gelisah sebaik sahaja pesawat bergegar atau memasuki kawasan turbulensi.Walaupun gegaran...