Seekor gajah jantan liar dilaporkan berkeliaran di sekitar hentian Rehat dan Rawat (R&R) Titiwangsa Gerik dan cuba memasuki kedai berhampiran untuk mendapatkan makanan.
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 10 malam pada 6 September 2020 hujung minggu lalau disedari oleh orang awam yang berada di kawasan terbabit. Menurut pemilik kedai, gajah liar itu sudah berkeliaran di kawasan sekitar R&R Titiwangsa sejak beberapa hari sebelumnya. Selain itu, gajah liar tersebut telah menjatuhkan tong sampah di kawasan sekitar dan cuba untuk masuk ke kedai bagi mendapatkan makanan.
Ads
Tiada sebarang kecederaan berlaku pada orang awam atau kerosakan kenderaan. kira-kira 15 minit selepas kejadian, gajah tersebut telah bergerak ke kawasan lain. Kakitangan Perhilitan Gerik telah digerakkan untuk memantau kawasan sekitar dari masa ke semasa bagi memastikan ia selamat dari sebarang ancaman gajah liar.
Gajah liar tersebut juga telah dihalau ke habitat asalnya yang terletak di kawasan berhampiran. Tindakan itu dilaksanakan oleh pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak.
Ads
Gajah liar sering memasuki kawasan itu berkemungkinan untuk mencari makanan namun ia tidak mengganggu sesiapa. Justeru, pengguna jalan raya diminta supaya tidak membunyikan hon kenderaan dan memasang lampu bagi mengelakkan gajah di kawasan terbabit mengamuk. Ini kerana gajah amat sensitif dengan elemen tersebut yang boleh membahayakan orang ramai.
Ads
Lepas ini, kalau berada disekitar kawasan ini berhati-hatilah ya!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Semua penerbangannya dari Sabah ke Wuhan, China telah dihentikan berikutan wabak 2019 Novel Koronavirus (2019-nCoV) yang melanda wilayah berkenaan.
Setiap minggu terdapat 14 penerbangan ke Wuhan, China dan penerbangan itu akan beroperasi semula apabila wabak Koronavirus dapat diselesaikan. Hanya penerbangan ke Wuhan dihentikan dan penerbangan ke wilayah lain di China masih berjalan seperti biasa.
Sabah telah melaksanakan beberapa langkah pencegahan untuk mengelakkan penularan wabak koronavirus, khususnya pemeriksaan kesihatan kepada individu yang baru tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).
Bukan setakat membuat pemeriksaan kepada pelancong, tetapi juga terhadap rakyat Malaysia yang baru balik dari melancong.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Christina Liew menafikan bahawa wabak berkenaan menjejaskan kehadiran pelancong khususnya daripada China.
“Untuk tahun ini kita belum meletakkan sasaran kehadiran pelancong kerana kita telah menghadapi cabaran bermula awal tahun apabila adanya wabak koronavirus dan saya akan mengadakan perbincangan dengan Lembaga Pelancongan Sabah mengenai perkara itu sebelum ia diumumkan,” katanya.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Satu inisiatif menarik dilakukan di Kuantan dengan memberi kadar istimewa parkir percuma jika memasang bendera pada kenderaan.
Bagi menyemarakkan rasa patriotik dan sayangkan negara, Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) tampil dengan satu inisiatif yang sangat kreatif menawarkan parkir percuma kepada orang ramai yang memasang Jalur Gemilang pada kenderaan masing-masing bermula 24 hingga 31 Ogos 2020.
Inisiatif itu sempena sambutan kemerdekaan negara yang ke-63. Tawaran parkir percuma itu bagaimanapun tertakluk kepada beberapa syarat.Jalur Gemilang pada kenderaan perlu mengikut saiz dan cara pemasangan yang ditetapkan. Bendera pula mesti cantik, tidak pudar dan koyak. Bagi kenderaan yang parkir di tempat letak kereta MPK dan memasang Jalur Gemilang seperti ditetapkan, tiada kompaun akan dikeluarkan walaupun tidak meletakkan kupon atau menjelaskan caj parkir secara dalam talian melalui aplikasi PahangGo.
Tawaran itu hanya tertakluk kepada tempat letak kereta bawah MPK sahaja dan bagi mereka yang meletakkan kenderaan di tempat tidak dibenarkan, tindakan kompaun atau apit tayar tetap akan diambil walaupun memasang Jalur Gemilang. Tawaran parkir percuma sempena Merdeka itu diumumkan oleh MPK hantaran di laman Facebook rasmi Majlis Perbandaran Kuantan
"PENGUMUMAN :PARKING PERCUMA SEMPENA MERDEKA
MPK bagi parking percuma dari 24 hingga 31 Ogos sempena Minggu Kemerdekaan Malaysia yg ke 63 . Awok me letak bendera pada kereta macam dalam gambar-gambar ni, automatik penguatkuasa MPK tak kompaun walaupun awok me tak letak kupon atau tak beli caj parking dalam Pahang Go. Syaratnya kibar bendera di kereta macam dalam gambar, sekurang-kurangnya 1 bendera berukuran minima 27cm x 14 cm. Bendera mesti cantik, jangan letak yang kulor dan koyak rabak tau. Pantang paling besar adalah kalau letak bendera terbalik, berganda kompaun nya nanti. Tempohnya dari 24 Ogos hingga 31 Ogos 2020 sahaja tau. Tapi , kalau letak merata letak dalam petak kuning, parking OKU, tetap kena kompaun atau apit tayar tau.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Pengguna perkhidmatan tren elektrik (ETS) dan KTM Antarabandar yang merancang untuk pulang ke kampung halaman sempena perayaan Aidiladha sudah boleh mendapatkan tiket perkhidmatan ini dengan segera.
Bagi menampung permintaan yang dijangka meningkat mendadak pada waktu puncak dan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini, sebanyak 40 perkhidmatan ETS akan ditawarkan sempena musim balik kampung membabitkan perjalanan antara 29 Julai hingga 3 Ogos. KTMB turut menyediakan 18 perkhidmatan KTM Antarabandar khusus bagi penumpang yang akan pulang ke kampung ke pelbagai destinasi termasuk di selatan dan Pantai Timur Semenanjung. Pembukaan jualan tiket itu telah dibuka serentak di semua stesen dan menerusi sistem dalam talian KTMB.
Penjualan tiket membabitkan perjalanan bagi tempoh 15 Julai hingga 30 September ini.
Pengguna dinasihatkan membeli tiket lebih awal bagi menikmati kadar tambang lebih rendah dan penjimatan berganda.
Pengguna yang melakukan pembelian lebih awal boleh melakukan pemilihan tempat duduk berbanding mereka yang mendapatkannya pada saat akhir.
Pembelian secara dalam talian boleh dibuat melalui laman sesawang rasmi KTMB iaitu www.ktmb.com.my atau menggunakan aplikasi telefon pintar menerusi KTM MobTicket. Pengguna juga boleh menghubungi Pusat Talian KTMB di talian 03-22671200 bagi mendapatkan maklumat lanjut.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...