Ingin merasakan diri pada zaman purba dan minat mengkaji sejarah dunia? Nine Mile Canyon merupakan satu destinasi yang harus anda pergi. Ia terletak di Timur Utah, Amerika Syarikat dan merupakan ‘galeri seni atas batu’ terbesar di Amerika Utara.
Ahli arkeologi mendakwa ukiran seni di atas batu itu telah dikenal pasti dan ia melebihi 10 kali ganda lebih banyak daripada 10 ribu ukiran yang telah ditemukan sebelum ini, sekali gus digelarkan sebagai galeri seni terpanjang di dunia.
Ads
Ads
Nine Mile Canyon terhasil daripada rekahan sungai Nine Mile Creek yang bersambung kepada Green River, dan anggaran panjangnya adalah 64 Kilometer. Jika dilihat pada gambar, kebanyakkan ukiran dinding lembah ini dibuat oleh kaum Fremont Indians yang menetap di Nine Mile Canyon seawal 300 AD. Kaum tersebut hidup dalam keadaan nomad atau bergerak satu tempat ke suatu tempat untuk mencari sumber makanan.
Nama Nine Mile Canyon telah diberikan oleh penjelajah asal tempat itu iaitu John Wesley Powell.
Ads
Menjelang 950 AD sehingga 1250 AD, tahun itu merupakan kemuncak kebudayaan kaum Fremont Indians, di mana mereka berhasil membuat ukiran pada dinding batu. Menjelang 1500 AD, budaya tersebut telah lenyap dan tidak dapat dikenal pasti, tetapi para saintis beranggapan budaya tersebut lenyap kerana kemunculan puak Ute, Paiute & Shoshoni yang menghalau Fremont Indians keluar dariapada lembah tersebut.
Ukiran batu dan artifak purba seperti kediaman batu dan jelapang padi yang di termui di lembah itu telah dilindungi oleh undang-undang Amerika Syarikat, tetapi seni yang terdapat di lembah ini masih lagi terdedah kepada hakisan debu akibat peningkatan kenderaan yang lalu-lalang di situ.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Perkahwinan adalah penyatuan dua jiwa pasangan yang dilamun cinta atau juga buat pasangan yang telah dijodohkan oleh ahli keluarga mereka untuk hidup semati bersama. Seringkali majlis perkahwinan ‘normal’ akan meraikan pasangan pengantin dengan acara dan majlis yang penuh harmoni dan gembira.
Namun, tidak bagi di sesetengah negara dan kaum kerana terdapat lima adat perkahwinan pelik dikenakan kepada bakal pengantin sebelum pasangan terbabit bergelar suami isteri.
30 Hari Sebelum Berkahwin Pengantin Perempuan Wajib Menangis Sejam Sehari
Di wilayah Sichuan, China pengantin perempuan disuruh menangis setiap hari selama satu jam sepanjang 30 hari sebelum hari perkahwinan. 10 hari kemudian, si ibu pula turut menangis dan selang tujuh hari, si nenek pula menangis. Masyarakat di sana percaya ritual menangis sebagai cara menunjukkan rasa kasih dan sayang yang mendalam.
Pengantin Perlu Minum Sup Sampah
Ritual La Soupe yang diamalkan rakyat Perancis ini boleh dianggap tidak masuk akal dan jijik. Ahli keluarga atau tetamu akan ditugaskan untuk mengumpul sisa makanan dan minuman untuk dijadikan sup. Setelah sup sampah terhasil, kedua-dua pengantin terbabit dipaksa meminum sup berkenaan yang dihidangkan dalam pot kencing yang digunakan masyarakat lampau sebelum ini. Namun, ritual itu sudah tidak diamalkan oleh sesetengah keluarga. Biasanya ia digantikan dengan cecair coklat sahaja.
Tetamu & Pengantin Dilarang Senyum
Jika ke majlis perkahwinan, gelak ketawa dan senyum meleret para tetamu, sanak saudara dan pengantin akan terserlah menandakan hari bahagia sedang diaraikan. Namun tidak bagi kaum di Congo. Tetamu, keluarga termasuk pengantin dilarang sama sekali untuk senyum. Masyarakat di sana percaya perkahwinan ialah perkara yang serius. Justeru, pengantin tidak dibenarkan tersenyum walaupun ketika gambar mereka diambil.
Disuruh Bersihkan Sisa Pinggan Porselin Yang Dipecahkan Setiap Tetamu
Di Jerman, dalam majlis perkhawinan tetamu akan memecahkan pinggan porselin atau seramik dalam ritual dikenali sebagai polterabend. Tetapi, tetamu dilarang memecahkan gelas kaca kerana kaca adalah tanda kebahagian. Jika pecah, ia bermaksud ada perkara buruk akan berlaku. Selepas ritual Polterabend selesai, pasangan pengantin diminta membersihkan sisa pinggan yang pecah, bertujuan mengajar mereka kehidupan berumah tangga bukanlah mudah.
Ludah Pengantin Perempuan
Suku Maasai di Kenya mengamalkan ritual perkahwinan pelik iaitu bapa kepada pengantin perempuan akan meludah kepala anaknya. Masyarakat di sana percaya dengan meludah, pengantin terbabit akan dijauhkan daripada musibah.
Hitamkan Pengantin Dengan Bancuhan Tar
Menghitamkan pengantin ialah tradisi yang sudah lama diamalkan di Scotland. Sebelum perkahwinan berlangsung, pengantin akan dihitamkan segala campuran benda kotor diperbuat daripada susu basi, tepung, telur, sehinggakan bancuhan tar. Ia kononnya bertujuan untuk menghalau roh jahat yang mengganggu pengantin. Namun kini dikatakan kerap dilakukan sekadar suka-suka untuk memenuhi adat lama.
Panah Bakal Pengantin Perempuan
Bagi masyarakat minoriti Yugur di China, pengantin lelaki diberikan sebuah busur dan tiga anak panah. Dengan peralatan yang diberi, dia perlu memanah bakal isterinya sendiri sebanyak 3 kali. Namun anak panah yang digunakan tidak mempunyai mata yang tajam. Pengantin lelaki kemudian akan mematahkan anak panah dan busurnya supaya pasangan itu akan hidup bahagia selamanya.
Rebut Kasut Pengantin
Di sesetengah kawasan di India, pengantin lelaki harus membuka kasutnya sebelum naik ke atas pelamin dan seterusnya akan menimbulkan kekecohan. Pihak keluarga pengantin wanita akan berusaha mencuri kasut itu manakala keluarga lelaki pula akan berusaha untuk melindunginya. Jika kasut berjaya dicuri, pihak pengantin lelaki perlu membayar sejumlah wang tebusan.
Bersedia ke yang masih bujang dan solo tu nak jadi calon pengantin lelaki atau pengantin perempuan dari negara-negara tersebut? Kalau di Malaysia paling berpeluh ketiak pun ada adat ‘tol’ iaitu ‘permintaan’ bayaran tertentu oleh kaum keluarga wanita kepada pihak lelaki sebelum pengantin lelaki diberi kebenaran untuk bertemu pengantin perempuan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Nampak menarik sungguh Alun Retreat Pangkor, berkonsepkan kabin kecil, rekaan dan seni bina moden minimalis serta praktikal.
Agak romantik juga kalau datang berdua dengan pasangan, namun jika anda nak bawa anak-anak main laut memang best.
Paling menarik, mestilah kawasan depan pantai. Boleh lah anda layan sunset, dari dalam bilik pun boleh nampak laut. Keluar bilik pula boleh terus berlari mandi laut.
Pemandangan cukup cantik, boleh nampak Pangkor Laut. Memang awesome, dari hotel nak ke Pekan Pangkor pun dekat. Senang lah anda nak borong coklat. Nak cari makan pun mudah.
Ini antara suasana dalam biliknya, anda boleh booking ikut bajet dan jumlah orang yang nak menginap. Ada dua pilihan, view depan pantai atau garden. Pun menarik!
Owh ya, jangan risau, kawasan ni private property dan kawasan laut pun berpagar. Jadi bab keselamatan adalah terjamin.
Sesuai untuk pencinta pantai, anda akan dapat ‘bau’ laut sepenuhnya bila menginap di sini. Yang penting anak-anak enjoy main laut!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Dan bermula semalam juga AirAsia Bhd telah menawarkan tambang serendah RM12 sehala untuk penerbangan domestik.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat, berkata jualan selama tiga hari itu sempena dengan pembukaan semula kebenaran perjalanan antara daerah dan negeri dalam negara yang bermula hari ini.
Beliau berkata, tambang termasuk semua untuk ahli BIG bermula untuk tempoh perjalanan antara 14 Disember 2020 hingga 30 Jun 2021.
Katanya, bagi semua tempahan penerbangan yang dibuat sehingga 31 Disember 2020 dengan tempoh perjalanan bermula hari ini sehingga 31 Mac 2021 juga boleh membuat perubahan tarikh perjalanan tanpa had dan tanpa bayaran tambahan untuk pertukaran penerbangan melalui pautan ‘Tempahan Saya’.
“Kesihatan dan keselamatan anda adalah keutamaan kami. Jadi, kami sentiasa komited untuk memberi jaminan ini dan sudah meningkatkan langkah keselamatan serta kebersihan.
“Perjalanan udara domestik adalah salah satu sektor penting untuk menghidupkan kembali ekonomi dan AirAsia memuji usaha kerajaan menangani pandemik ini di samping memulihkan ekonomi,” katanya dalam satu kenyataan.
Tambahnya lagi AirAsia sebelum ini turut memperkenalkan lapan laluan domestik baharu dan menjangka promosi Cuti-Cuti Malaysia yang bermula daripada RM12 ini akan memenuhi permintaan perjalanan domestik.
Beliau berkata, AirAsia juga berbesar hati bekerjasama dengan Tourism Malaysia bagi menawarkan e-baucar bernilai RM50 untuk kempen Cuti-Cuti Malaysia yang diumumkan pada 24 November lalu.
Jadi apa lagi, untuk ‘kaki travel;, bolehlah terus menempah tiket penerbangan dan berkunjung ke mana-mana destinasi menarik dalam negeri.
Kala liburan, makanan adalah salah satu cara untuk mengenali dengan lebih dekat sesebuah budaya. Setiap satu menu yang dicuba menjadi manifestasi rasa lantas mengisi...