Ramai mengimpikan untuk travel ke Maldives yang terkenal dengan keindahan pantainya yang membiru. Namun kos untuk pergi ke negara tersebut bukanlah terlalu murah. Bagi yang ada cita-cita nak ke Maldives, apa kata travel dulu ke Bintan, Indonesia kerana pantainya juga sangat cantik.
Baca perkongsian dari Mira Liyana yang menyenaraikan trip dua hari 1 malam yang boleh kita lakukan ketika di Bintan.
Day 1
Bertolak dari rumah 6.45pagi & sampai kat Terminal feri Stulang pukul 7.15pagi. Kaunter feri dibuka seawal jam 6 pagi. Tiket boleh beli through online or over the counter. Disebabkan tak nak rushing so kita orang beli walk in je. 1st trip 7.15 & next trip setiap 45 minit. Kita orang naik next trip pukul 8.
Perjalanan dari terminal Stulang ke Batam Centre makan masa 2 jam. Sila google terminal terdekat dengan hotel anda. Batam kalau dari Pasir Gudang sejam setengah & dari Singapore cuma sejam. So boleh pilih nak naik dari mana.
Sampai je kat Batam Centre, terus beli simkad untuk book Grab. Tapi area terminal, Grab tak dibenarkan masuk so terpaksa naik teksi. Lepas check in & letak barang-barang, deal dengan supir tu untuk hantar ke jeti sebab nak terus ke Bintan & singgah lunch makan ayam penyet.
Nak beli tiket ke Bintan pun make sure amik jeti Tanjung Uban. Naik speedboat mahal sikit tapi cepat, 15 minit je. Feri dalam sejam. Sampai je kat jeti Tanjung Uban, cari teksi untuk ke Lagoi Bay. Kat Bintan ni pun memang tak ada Grab. Standard price one way jeti-Lagoi Bay 250k. Nego-nego sikit dengan supir tu dapatlah 450k untuk return price. Entrance fee untuk Treasure Bay Lagoi pun beli dengan dia murah, 100k termasuk main slide. Kalau kat kaunter 120k tak termasuk slide.
Tak cukup masa kat Treasure Bay ni sebab sampai pun dah pukul 2. 4.30 supir dah nak pickup sebab takut takde boat nak balik ke Batam. Last boat 5.30 @ 6 depends passenger ramai ke tak. So sejam mandi, sejam bergambar. Tapi sempat jugaklah mandi-mandi main slide & see through canoe. Actually kena bayar mahal untuk main canoe tu. Semua mainan RM100++ each Dia cakap sebab dekat dengan Singapore tapi staff yang jaga tu baik. Kita orang mintak amik gambar je tapi dia bagi naik free.
4.30 supir pickup & hantar ke jeti. Dari jeti amik supir lain untuk hantar ke restoran seafood. Minta dia hantar kat restoran Kelong tapi dia hantar ke Golden Prawn 555. Ok ok je la tak ada murah & sedap sangat pun. Senibong kat Johor lagi sedap.
Ads
Lepas makan terus ke hotel & celebrate birthday atas rooftop. (Yes ni actually birthday trip )
Expenses day 1
Return ticket Stulang-Batam-Stulang : RM131/pax
Parking kereta : RM9
Evitel Hotel : RM203/3
Simkad : 95k rp/2
Teksi from terminal to hotel : 40k rp/3
Lunch set ayam penyet : 20k rp/pax
Teksi from hotel to jeti : 100k rp/3
Speedboat to Tg Uban:53k rp/pax
Teksi to Treasure Bay return price: 450k/3
Entrance fee Treasure Bay : 100k/pax
Speedboat to Batam : 47k rp/pax
Teksi to Golden Prawn: 120k rp/3
Dinner at Golden Prawn : 421k rp/3
Day 2
Ads
Lepas breakfast kat hotel, book Grab ke Tebing Langit, tempat ala2 di Jogjakarta. Ada rumah Hobbit, tikar terbang (tapi kena bayar harga lain). Nak naik sini kena hiking sikit tapi tak tinggi mana pun.
Cuma kena hati2 sebab safety sini agak teruk. Scary jugak la bercampur gayat panjat atas tu. Lepas bergambar apa yang patut, still pakai supir yang sama. Deal dengan dia untuk bawa pusing-pusing Batam. Dari Tebing Langit kita orang ke Barelang bridge, Masjid Chen Ho, Pasar Jodoh, singgah beli kek lapis & direct ke terminal feri untuk balik JB.
Expenses Day 2
Grab from hotel to Tebing Langit : 50k rp/3
Entrance fee Tebing Langit : 10k rp/pax
Tour Batam half day : 250k rp/3
Kek lapis : 250k rp
Seaport tax : 100k rp/pax
Cash bawa 1juta rupiah ~ +-RM300
Total all in : cash rm300 + hotel rm68 + ticket feri rm131 = RM499
Please take note tak semua tempat kat Batam ni yang Grab boleh masuk. Antaranya Nagoya Hill, terminal feri & Barelang Bridge.
Ads
Kalau ada budget lebih, please stay dekat Bintan & try watersport kat Treasure Bay. Sumpah cool gila! Ada bumper boat, water tricycle, water stand-up paddle, inflatable kayak, water ZOVB, the Jetovator, cable ski, slip and slide and more. Scooter & ATV pun ada. Macam-macamlah. Standby je duit kepuk-kepuk 2,3 ribu sebab semua ride mahal.
Kalau dah stay kat Bintan pulak, please spend 1 day untuk tour banyak tempat-tempat best kat Bintan. Banyak instagrammable spot kat Bintan ni – Bukit Pasir Busung, Danau Biru, Pantai Trikora & Patung Seribu Wajah.
Fyi, Batam lewat sejam dari Malaysia.
Please standby 100k rp untuk seaport tax dari Batam ke Stulang. Seaport tax ni wajib ye. Kat Stulang tak kena bayar. Kat Batam je kena. Jangan shopping sampai licin duit & lupa asingkan seaport tax.
Harga lebih murah kalau weekdays berbanding weekend. Feri, hotel semua jauh lebih murah.
4 kali ke Indonesia & boleh dikatakan hampir semua makanan Indonesia sedap tapi pedas. So standby air banyak-banyak & jangan berani mati curah semua sambal.
Kredit: Mira Liyana /Backpackers Buddies
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Siapa saja yang tidak menggemari restoran makanan segera yang cukup popular ini. Sebut saja namanya, pasti terbayang kesedapan dan kerangupan ayam goreng disajikan.
Sudah lama bertapak kukuh di Malaysia dan terbaru Kentucky Fried Chicken (KFC) telah membuka satu lagi cawangan yang lain daripada lain.
Kalau sebelum ini membuka restoran pesaing membuka cawangan yang berkonsep rumah Minangkabau di Kuala Pilah, dan kali ini KFC pula taampil dengan berkonsep retro pula.
Selalunya apabila kita datang ke sini, akan disambut oleh lakaran muka Colonel Sanders dan tulisan KFC berwarna merah, dan putih. Tetapi di cawangan Bukit Raja, Klang, reka bentuk bangunan tersebut dihiasi dengan tingkap yang mengelilingi bangunan tersebut.
Lebih menarik lagi, pelanggan juga akan disambut dengan satu KFC bucket gergasi di bahagian depan restoran itu, diinspirasikan daripada rangkaian makanan ringan old-school yang terkenal di Amerika Syarikat.
Dan jika anda memandu di sekitar kawasan Bukit Raja pada waktu malam, mesti tidak akan terlepas daripada KFC bucket gergasi ini, kerana ianya menyala pada waktu malam.
Malah dekorasi retro ini juga boleh jadi tarikan dan pilihan untuk geng OOTD merakam gambar menarik. Jadi, jangan lepaskan peluang datang ke sini untuk melihat keunikan seni bina dihasilkan.
Pelancongan agro adalah aktiviti melancong ke kawasan pertanian atau penternakan yang memberi peluang kepada pelancong untuk turut serta dalam aktiviti yang dilakukan pengusaha.
Bukan itu sahaja, ada setengah-setengah pusat pelancongan agro turut menawarkan kemudahan penginapan agar pengunjung mempunyai lebih kesempatan untuk menjelajah keseluruhan kawasan. Yang pastinya, aktiviti yang disediakan pastinya memenuhi kehendak ramai terutama buat mereka yang berkeluarga dan mempunyai anak kecil. Selain berlibur, lokasi ini juga dapat mendidik pengunjung dengan ilmu agro yang pelbagai.
Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan seperti melawat ke kawasan ladang ternakan lembu atau kambing, di situ pengunjung bakal diberi pendedahan berkenaan cara menternak haiwan, melihat sendiri proses penyembelihan serta memerah susu. Jika di ladang buah-buahan pula, pengunjung boleh melihat proses penanaman pokok dan memetik buah. Acara paling istimewa pastinya pengunjung diberi kebenaran untuk merasa sendiri rasa buah-buahan yang ada di destinasi tersebut. Menarik bukan?
Ini lokasi pelancongan agro popular yang ada di Malaysia. Memang idea yang baik untuk bawa keluarga ke sini.
MAEPS Agro Tourism Park, Serdang, Selangor
Taman Botani Negara Shah Alam, Selangor
Ladang Nipah Kipli, Kuala Sangklang Perlis
Taman Agro Teknologi MARDI Langkawi, Kedah
Chalet Terapung PPK Merbok, Kedah
Pusat Memproses Madu Lebah FAMA, Kuala Nerang, Kedah
Ladang Mempelam Tobiar, Pendang, Kedah
Taman Agro Teknologi MARDI Cameron Highlands, Pahang
Pusat Penerangan dan Santuari Penyu Cherating, Pahang
Peladang Setiu Agrotourism & Resort, Terengganu
Taman Pertanian Sabah, Sabah
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Siapa yang tidak kenal pendakwah bebas popular Ustaz Ebit Lew. Baru-baru ini kita semua maklum beliau berada di Mesir kerana Misi Bantuan Kemanusiaan Gaza Palestin.
Namun viral sebelum itu apabila beliau dikatakan hilang kerana tidak muat naik status terbaru dan menimbulkan kebimbangan pengikutnya.
Dan selepas hampir sebulan terkandas di Kaherah, Mesir, akhirnya Ebit Lew serta pasukannya dilaporkan berjaya memasuki Gaza, Palestin untuk meneruskan misi kemanusian bagi menyalurkan bantuan kepada rakyat di negara itu.
Berada di sana memberi peluang kepada Ustaz Ebit Lew menjengah kawasan yang menjadi mangsa perang baru-baru ini.
Menurutnya dia rasa sebak apabila ke tempat-tempat yang dibom di Gaza Palestin. Setiap hari ada tembakan dan ancaman bom malah penduduk di sana seolah-olah berada di penjara terbesar dalam dunia.
Ada pantai berdekatan untuk pergi berehat dan boleh pergi memancing tetapi tidak boleh lebih daripada 6 batu. Jika lebih akan ada amaran bom.
Sebak sayu ke tempat-tempat yang dibom di Gaza Palestin. Kadang orang yang sama cuba bina kehidupan tapi di bom. Sampai 3 kali bina dan hancur kembali.. Mula hilang seorang demi seorang ahli keluarga.
Bangun setiap hari fikir mungkin bom tiba-tiba jatuh atas mereka. Setiap hari ada tembakan,ancaman dan bom. Kami cuba bantu beberapa keluarga di sini. Semoga Allah terima semuanya.
Gambar kereta tu. Roket datang dan tuju sebuah rumah. Satu keluarga sedang berehat makan waktu petang. Semuanya syahid dibom. Ya Allah. Kereta tu terbang dari sebelah sana. Begitulah keadaan mereka.
Allahuakbar. Penjara terbesar dalam dunia. Mereka tidak boleh kemana-mana. Kadang order sesuatu sampai 2 tahun baru lulus kemasukannya. 6bulan tu biasa. Ada pantai tempat mereka berehat.
Boleh memancing tapi sekitar 6 batu sahaja. Jika lebih akan diberi amaran bom. Semalam jer 4 kali bunyi bom. Kita mula rasa sedikit 2 tahun ini bila covid melanda kita semua. Semoga Allah beri kekuatan pada kita melalui covid 19. Allah angkat covid. Semoga Allah beri kekuatan pada mereka semua.
Sebelum itu Ustaz Ebit Lew menerusi satu perkongsian di media sosial miliknya apabila dapat memasuki Gaza Palestin.
Syukur pada Allah Team kami berada di Gaza Palestin. Kami masuk dengan diiringi Tentera Mesir dengan kereta berperisai sepanjang perjalanan. Menurut kedutaan Malaysia dan Unit perisikan Tentera Mesir kami team pertama dalam dunia yang dibenarkan masuk melalui Pintu Rafah selepas perang 2021 baru ini.
Mesir sendiri telah banyak memberi bantuan dan mengetuai dalam membangunkan Gaza. Ada lebih 30 Ngo seluruh dunia sedang memohon. Sebahagian ada di Mesir. Doakan mereka semua dimudahkan Allah supaya lebih ramai dapat dibantu.
Terima kasih teramat sangat pada Dato Seri Hishammuddin Hussein yang dari mula membantu team kami. Setiap hari kami bermesej. Dato Seri call kementerian luar Mesir dan terus datang ke Mesir untuk membantu saya secara terus.
Katanya, ustaz jaga team kita ye. Walau terlambat seminit ,betapa ramai yang memerlukan di Palestin menderita. Terima kasih wisma Putra. Terima kasih Dato Idamoerni dan kedutaan besar Malaysia Mesir En Shahabudin dan team yang sangat banyak membantu macam keluarga dah.
Terima kasih DYAM HRH Crown Prince of Johor TMJ yang sangat banyak membantu dan turut menyumbang bersama. Terima kasih selalu bertanya khabar.Terima kasih juga kepada YAB PM Muhyiddin Yassin yang menghubungi Presiden Mesir dengan menyebut tentang misi kami.
Terima kasih Palestin Palestine Red Crescent society الهلال الاحمر الفلسطيني . Terima kasih Malaysian Red Crescent . Terima kasih Kerajaan Mesir yang membantu segala urusan dan menjaga keselamatan kami sepanjang perjalanan.
Sebak sayu terasa seperti balik kampung halaman sendiri. Mungkin dari kecil berdoa untuk rakyat Palestin. Kini dapat jejak kaki ke sini. Saya minta maaf tidak update sebelum ini atas faktor keselamatan.
Terharu bila sampai kami disambut oleh Palestin Red Crescent. Ramai berebut untuk menyambut. Kementerian Kesihatan Palestin dan Kementerian Luar Palestin. Sepanjang masuk border Rafah cuma kedengaran semua ajak minum makan dan ke rumah mereka. Terasa seperti keluarga yang sangat dekat.
Semoga misi kemanusiaan ini dapat disempurnakan sebaiknya oleh Ustaz Ebit Lew yang memang jadi hero kesayangan kita semua.
Ternyata sedang kita semua tidak boleh merentas negeri, Tuhan memberi rezeki padanya untuk memasuki kawasan yang bergolak sebelum itu. Ayuh kita doakan keselamatan UEL dan team dalam menjayakan misi ini.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...