Bila menyebut tentang pulau di Terengganu, mungkin anda akan terus terbayangkan Pulau Perhentian.
Namun tahukah anda Pulau Kapas juga tidak kurang juga hebatnya!
Pulau Kapas terletak kira-kira enam kilometer dari jeti Marang mempunyai keindahan tersendiri hingga mampu memukau setiap pengunjung.
Terletak di Laut China Selatan dengan keluasan 21.33 kilometer persegi, pulau yang merujuk kepada pokok kapas itu menjadi destinasi pelancongan wajib singgah di Terengganu.
KEINDAHAN PULAU KAPAS
- Tempoh perjalanan ke pulau itu hanya mengambil masa antara 15 hingga 20 minit dari jeti Marang. Lokasinya tidak jauh dari daratan menjadikan perjalanan ke Pulau Kapas adalah sesuatu yang singkat.
- Sesuai untuk percutiaan keluarga samada membawa warga emas dan anak kecil kerana jarak perjalanan menaiki bot tidak begitu lama berbanding ke pulau sekitar yang lain.
- Walaupun Pulau Kapas terletak begitu dekat dengan tanah besar, tidak bermakna air laut yang berada di sini tidak jernih dan menarik. Anda pasti teruja melihat kejernihan air laut.
- Aktiviti selam snorkel sangat digalakkan untuk dilakukan di Pulau Kapas. Tidak perlu naik bot untuk pergi jauh-jauh, selam snorkel di kawasan pesisir pantai sudah memadai untuk melihat ikan-ikan comel berenang.
- Boleh dikatakan penginapan di Pulau Kapas semuanya merupakan resort atau chalet bajet. Maka ia membantu menjimatkan lebih wang poket anda.
- Tarikan utama yang ada di Pulau Kapas adalah mendaki Bukit Singa dan Batu Berakit. Pengalaman berada di puncak tertinggi di bukit ini tidak harus dilepaskan oleh pengujung Pulau Kapas.
Jom masuk pulau!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ubah Angin Camping Tempat Sejuk, Pilih Stellar Golden Hill, Cameron Highland Pacak Khemah 2 Malam. Tempat Cantik Cuaca Pun Best!
Sekali dah jadi camper, hujung minggu pasti ada sahaja tapak perkhemahan yang dicari untuk pacak khemah. Jika sebelum ini sering memilih campsite yang berdekatan dengan sungai atau pantai, kali ini Rody Malek dan pasangan serta beberapa rakan memilih lokasi di tanah tinggi pula untuk aktiviti perkhemahan mereka.
Pemilihan Stellar Golden Hill, Cameron Highlands ternyata tepat, bukan sahaja cantik, malah tempat ini juga bersih dan terjaga. Lebih menarik lagi dengan cuaca yang cukup segar dan sejuk.
Berkongsi pengalaman camping di sini selama dua malam, fasiliti yang ada di campsite ini juga memang terbaik. Bagi yang tak nak camping, boleh juga memilih untuk menginap dalam campervan dan juga glamping.
Memang seronok melihat perkongsian pasangan ini sepanjang perkhemahan mereka. Layan cuaca best dengan pemandangan berkabus yang indah.
Camping di Stellar golden Hill,Cameron Highland
12-14 Februari 2023
Sebelum nie cuma pacak khemah kat sungai dan pantai je tapi kali nie ubah angin sikit pacak kat tempat sejuk.
Ternyata pilihan pacak kat Stellar nie tak mengecewakan. Campsite yang cukup cantik, bersih dan terjaga. View yang cantik ditambah cuaca cameron yang memang sejuk dan berkabus. Kat sini jugak ada campervan dan glamping. Banyak spot-spot yang cantik untuk bergambar dan ootd. Nak keluar beli barang-barang pun dekat je jadi kalau ada barang basah yang tak cukup atau nak beli makanan luar pun boleh..
– Price : RM60 semalam dan RM40 untuk malam kedua dan seterusnya(weekday). Masa check in pukul 2.00 dan check out pukul 12.00. Deposit RM50 satu tapak kena bayar masa check in dan dikembalikan masa check out.
– Power point : Ada kat toilet je(kalau ada wayar yang cukup panjang boleh tarik ke khemah)
-Parking : Sebelah kawasan tapak khemah dan kena ada wagon untuk angkut barang2.(kalau tak ada wagon ada disediakan heavy duty troli yang boleh digunakan)
– Toilet : Selesa dan bersih serta ada hot shower. Ada jugak disediakan penapis air coway kat kawasan tandas nie.
Staff : Layanan yg baik dan friendly dari mula sampai hingga nk check out
Sink : ada kt tapak khemah dan kt toilet
Keselamatan : kawasan berpagar dan ada org pantau.Bkn guest xdibenarkan masuk..
Kredit: Rody Malek
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
5 Taman Eko-Rimba Di Terengganu Sedia Terima Pengunjung Untuk Berkelah. Mandi-Manda Tidak Dibenarkan!
Lima Taman Eko-Rimba di Terengganu dibuka semula dan sedia menerima kunjungan pengunjung.
Taman Eko-Rimba yang mula dibuka ialah Lata Belatan di Besut, Lata Tembakah di Jertih, Chemerong, Bandar Bukit Bauk di Dungun, dan Sekayu di Hulu Terengganu. Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu telah membenarkan pusat rekreasi Lata Kolam Air Deru Ecopark di Jertih beroperasi semula mulai esok dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Antara aktiviti yang dibenarkan ialah:
- Rekreasi umum seperti berkelah
- Beriadah
- Memerhati burung
- Trek hutan
- Senaman yang tidak melibatkan sentuhan badan
- Penggambaran dan perfilemen
- Serta lawatan berkumpulan tidak melebihi 20 orang
Aktiviti yang tidak dibenarkan pula adalah:
- Aktiviti air termasuk mandi-manda di kolam awam
- Kolam takungan dan kolam air terjun
- Rekreasi sukan lasak seperti motorcross dan paragliding
- Aktiviti tali seperti ‘high rope’ dan ‘wall climbing’
- Majlis keramaian seperti hari keluarga
- Penganjuran kem motivasi, ‘summer camp’ dan perkhemahan bermalam
- Aktiviti pengurusan acara dan taman permainan kanak-kanak.
Bermula 1 Julai 2020 ini, aktiviti pendakian bukit dan gunung di hutan simpanan kekal di Terengganu dibenarkan secara harian sahaja dengan satu kumpulan pendaki tidak melebihi lima orang dan disyaratkan mengguna perkhidmatan pemandu alam semula jadi dan malim gunung berkelayakan atau yang berdaftar dengan jabatan itu. Permohonan permit memasuki hutan simpanan kekal bagi tujuan pendakian gunung di Terengganu adalah disyaratkan dua minggu sebelum tarikh pendakian.
Sementara itu, Muzium Negeri Terengganu juga sudah dibuka semula untuk kunjungan orang awam. Operasi akan bermula pada 10 pagi hingga 5.00 petang setiap hari dan jumlah pengunjung dihadkan bagi mematuhi jarak sosial satu meter yang disarankan kerajaan. Galeri pameran misalnya dihadkan untuk 200 orang sahaja pada satu-satu masa, Muzium Maritim (20 orang), Galeri Pelayaran dan Perdagangan serta perpustakaan (10 orang), Galeri Aquaria (lima orang) dan kedai cenderahati (tiga orang). Hanya pengunjung berusia 13 hingga 60 tahun sahaja dibenarkan berkunjung ke muzium dan mereka perlu memakai pelitup separuh muka serta memeriksa suhu badan dan menggunakan cecair pencuci tangan pembasmi kuman.
Sumber: Bernama
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
10 Lokasi Untuk Anime Lovers Wajib Pergi Di Jepun
Bagi yang membesar dengan kartun-kartun anime dari Jepun seperti Doraemon, Pokemon, Dragon Ball, Naruto, Sin Chan, Naruto dan banyak lagi, sebenarnya ada tempat yang wajib anda lawati sekiranya anda turun ke Jepun bagi mengimbas semula kenangan kanak-kanak anda.
Inilah dia, syurga buat semua penggemar anime!
J WORLD, TOKYO
Inilah dia! Sebuah taman tema khusus didedikasikan untuk majalah anime paling terkenal, Shounen Jump! Iaitu J World. Taman tema ini ini menyimpan banyak koleksi berjudul Shonen Jump dari Dragon Ball, Naruto, hinggalah Kurobas dan Hunter X Hunter. Ianya berlokasi di lantai 3 dari gedung Sunshine City World Import Mart di Ikebukuro dan dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam.
SEKOLAH DASAR TOYOSATO
Bukan sebarang sekolah ya! Sekolah ini digunakan sebagai asas dari SMU Sakuragaoka, tempat dimana karakter K-On bersekolah. Gedung sekolah ini telah menjadi tempat perlancongan terkenal sejak animenya ditayangkan sejak tahun 2006 lalu dan sering digunakan untuk merayakan acara ulang tahun karakter K-On.
AKI
Doraemon ada di sini! Muzium mengabadikan karya-karya terkenal Fujio F. Fujiko seperti Doraemon,Perman,Kiteretsu,dan lain-lain. Anda pasti dapat mengimbau semula nostalgia melihat dan bergambar dengan watak-watak kegemaran waktu kecil anda. Tiket boleh didapati melalui Loppo di Lawson convenience store.
GHIBLI MUSEM, MITAKA
Anda perlu beratur panjang untuk memasukinya. Ini kerana ia merupakan salah satu muzium yang paling susahuntuk dilawati kerana had pengunjung yang dibenarkan masuk adalah limited! Anda pasti terpesona dengan seni bina dan pameran Studio Ghibli yang terkenal dengan My Neighbor Totoro, Princess Mononoke, Spirited Away dan lain-lain.
SANRIO PUROLAND
Taman tema indoor Sanrio Puroland menawarkan peluang kepada anda untuk berjumpa dengan watak-watak dari Sanrio, seperti Hello Kitty. Taman tema ini terletak di Tokyo, Jepun.
POKEMON CENTER MEGA TOKYO, IKEBUKURO
Buat di penggila kartun animasi Pokemon dan rakan-rakannya, di sini terdapat banyak mainan serta merchandise Pokemon seperti Plushie, alat tulis, snek dan lain-lain. Hebat bukan!
SHINJUKU
Shinjuku adalah merupakan antara 23 bandar utama di Tokyo. Shinjuku terkenal sebagai pusat beli-belah, hiburan dan perniagaan. Stesen keretapi Shinjuku merupakan stesen keretapi yang paling sibuk di dunia. Antara tarikkan utama di Shinjuku adalah Metropolitan Government Office, Kabukicho Red Light District, Shin-Okubo Korean Town, dan pelbagai pasaraya besar seperti Isetan, Takashimaya, Odakyu Department Store, Keio Department Store dan Big Camera.
DETECTIVE CONAN TOWN, HOKUEI, TOTTORI
Bandar kecil ini merupakan tempat kelahiran pelukis komik manga terkenal Detective Conan iaitu Gosho Aoyama .Anda boleh dapati banyak tugu Conan, Shinichi, Ran, Pakcik Mouri dan lain-lain watak di sekitar bandar ini untuk anda bergambar.
ODAIBA, TOKYO
Odaiba adalah pulau buatan manusia yang terletak di Tokyo Bay. Odaiba bermaksud kubu dan telah dibina pada zaman dahulu dengan tujuan untuk mempertahankan Tokyo daripada serangan musuh. Dari studio Fuji TV yang membawkan banyak anime dengan kewujudan replica-replika dari anime Gundam RX-78-2, Odaiba, ternyata antara tempat anime yang sewajarnya anda kunjungi!
AKIHABA
Golongan Otaku pasti tidak asing lagi dengan Akihabara. Terdapat banyak kedai figura dan merchandise di sini seperti Kotobukiya, Mandarake, Animate, dan Akiba Culture Zone. Anda juga boleh merasai pengalaman Maid Cafe di Akihabara.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI