Usia bukan penghalang seseorang itu untuk melihat keindahan dunia. Apa yang penting keinginan dan semangat untuk melihat negara orang.
Seperti yang dilakukan seorang nenek berusia 90 tahun yang telah melancong keliling dunia dan berkongsi perjalannnya di laman Instagramnya. Seperti kata pepatah ‘ its never too late to travel.
Jadi mengambil kesempatan masih sihat dan bertenaga, wanita yang dikenali sebagai Babushka telah melancong secara solo walaupun usianya sudah lanjut.
Babushka telah memuat naik beberapa keping foto ketika melancong ke seluruh dunia. Antara negara yang dikunjunginya ialah Vietnam, Istanbul, Israel dan Russia.
Ayuh, lihat foto-foto menarik yang dikongsi olehnya.
Seperti yang kita tahu negeri Pahang sudahpun bertukar ke fasa 4. Jadi, banyak aktiviti boleh dilakukan di sini termasuk aktiviti rekreasi bersama keluarga.
Mengambil kesempatan ini, sahabat di Facebook Nur Natasha Abdullah telah menhabiskan cuti hujung minggu dengan melakukan day trip camping ke Pulau Ular Kuantan.
Tidak perlu pergi jauh dan bajet mahal, sebaliknya momen camping di sini bersama ahli keluarga juga boleh mencetus rasa kegembiraan dan keseronokan berganda.
Melihat perkongsian gambar-gambar diambil kawasan percutian camping ini sangat cantik ibarat berada di pulau peranginan poupar lain.
Ayuh, ikuti perkongsiannya yang pergi ke sini dengan menaiki bot dari jeti di Sg Ular dengan perjalanan selama 5 hingga 10 minit sahaja.
Naik boat di jeti Sg Ular. 5-10 min aje kot naik bot (tak tengok pulak berapa lama tadi naik bot ).
Satu bot return RM150 boleh muat 10 orang. Pantai bersih, air jernih (macam tak percaya je ade pantai air jernih macam ini kat kuantan).
Air pon tak dalam sebab pantai dia landai aje. Kat sini tandas awam tak de. Pandai-pandai la settle sendiri.
Kalau nak datang memang kena bawa khemah sebab tempat redup tak banyak. Kitorang bawak makanan siap-siap dan panaskan je kat sini.
Sampah macam biasa bawak balik ya
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Sri Lanka merupakan negara yang menjadi destinasi kegemaran untuk dilawati. Ramai pelancong yang gembira selepas Sri Lanka mengeluarkan laporan bahawa visa percuma diberikan kepada mereka yang ingin berkunjung ke negara itu.
Berikutan keadaan semasa di Sri Lanka, sejak serangan bom yang mengorbankan 257 orang. Sri Lanka telah mengkaji semula sistem visa percuma yang ingin diberikan dan mengambil keputusan memperketat permohonan visa untuk guru agama Islam.
Menurut Menteri Dalam Negeri, Vajira Abeywardena, ulama dan guru agama terbabit memasuki Sri Lanka secara sah namun operasi keselamatan sejak serangan bom berkenaan mendapati mereka tinggal melebihi tempoh menyebabkan denda dikenakan sebelum diusir. Sri Lanka mengusir lebih 600 warga asing. Daripada keseluruhan yang diusir, 200 adalah pendakwah dan ulama Islam. Dia tidak menyatakan warga negara mereka yang diusir itu namun menurut polis, ramai rakyat asing yang tinggal melebihi tempoh itu dari Bangladesh, India, Maldives dan Pakistan.
Sementara itu, BBC melaporkan pihak berkuasa mengarahkan semua penduduk menyerahkan pedang, parang dan pisau besar. Menurut polis, pisau untuk kegunaan harian tidak termasuk dalam arahan itu yang memerlukan semua orang menyerahkan senjata terbabit. Dalam operasi keselamatan sejak serangan bom itu, pasukan keselamatan merampas ratusan senjata pelbagai jenis. Selain senjata tajam pihak berkuasa juga mengarahkan mereka yang mempunyai pakaian seragam polis atau celoreng tentera supaya menyerahkannya di balai polis berdekatan.
Pihak berkuasa Sri Lanka mengarahkan ribuan anggota keselamatan menjalankan pemeriksaan rapi di sekolah awam sebelum sesi persekolahan baharu dijadual bermula minggu ini. Hampir 10,900 sekolah di seluruh negara diperiksa bagi memastikan tiada bahan letupan dipasang.
Kerajaan Sri Lanka mengambil pelbagai langkah keselamatan selepas siri serangan mengorbankan lebih 250 nyawa pada 21 April lalu dan setakat ini kira-kira 150 suspek ditahan.
Mungkin anda tertanya-tanya? Apa menariknya daerah Sepang?
Selama ini dalam fikiran anda mungkin Sepang hanya terkait dengan KLIA & KLIA2 serta Litar Antarabangsa Sepang. Namun sebenarnya banyak juga tarikan menarik di daerah ini!
Berikut LIBUR kongsikan apa yang boleh anda lakukan bila makan angin di Sepang.
Anda cari hotel yang terbaik di daerah Sepang? Movenpick Hotel KLIA mungkin menjadi pilihan yang terbaik untuk anda. Hotel bercirikan rekaan Islamik ini hanya terletak 10 minit dari KLIA dan klia2, membuatkan sesiapa yang ingin datang ke Selangor atau Putrajaya tidak perlu berpenat lelah untuk mencari hotel yang lain.
Malah, sekiranya kehadiran anda untuk menghadiri acara perlumbaan automotif di Sepang International Circuit (SIC), lokasi hotel ini juga berada kurang 7 minit dari SIC.
Pelbagai fasilitis disediakan untuk kemudahan anda seperti kolam mandi yang berasingan lelaki dan wanita, gimnasium, spa dan enam restoran yang menyediakan pelbagai juadah masakan citarasa Malaysia kepada anda. Selain daripada itu, dewan konvensyen di sini juga mampu menampung sehingga 2,500 pengunjung pada satu-satu masa untuk bersidang.
Terkenal dengan jolokan nama ‘home of Malaysian motorsport’, Sepang International Circuit (SIC) adalah lambang kebanggaan rakyat Malaysia untuk sukan permotorannya. SIC terletak kira-kira 45 km di selatan Kuala Lumpur dan berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
SIC bukan sahaja menjadi lokasi penganjuran sukan permotoran bertaraf antarabangsa semata-mata, ia turut menganjurkan pelbagai acara lain di peringkat domestik seperti konsert dan sebagainya. Malah, anda juga dibenarkan untuk menyewa trek bagi tujuan perlumbaan dengan harga individu yang ditetapkan oleh SIC.
Mula dibuka pada tahun 1998, SIC telah menjadi tuan rumah kepada pelbagai acara permotoran berprestij seperti Formula 1, MotoGP dan Malaysian Championship Series.
Muzium Automobil Malaysia ini terletak di Welcome Centre SIC dan mempunyai ruang pameran dua tingkat, mempamerkan pelbagai jenis kenderaan klasik yang pernah digunakan di negara ini satu masa dahulu. Antara jenis kenderaan yang dipamerkan adalah The Brushmobile 1904, Ford Speedster 1923 dan Alvis Tourer 1935.
Selain daripada pameran kenderaan klasik, muzium ini juga menjadi pusat informasi mengenai sejarah automobil negara seiring dengan perkembangan industri automotif negara yang menjadi salah satu pengeluar kenderaan dan hub di rantau ini.
Pengunjung yang datang ke sini pasti akan lebih tahu mengenai perkembangan industri automotif negara yang melibatkan DRB-Hicom, Proton, Bufori, Modenas, dan juga Perodua. Kemasukkan ke muzium ini adalah percuma dari pukul 9 pagi hingga 6 petang setiap hari.
Ingin merasai memandu di litar Sepang tapi takut nak memandu kenderaan-kenderaan berkuasa tinggi? Okay, anda boleh cuba bawa Go-Kart dulu sebelum berjinak-jinak membawa kenderaan yang lebih besar ya. Bagaimana? Anda boleh ke SIC dan di sana, ada satu trek Go-Kart untuk anda yang ingin memandu kereta cilik tersebut.
SIC yang sebenar telah dibina pada tahun 1998 oleh jurureka trek F1, Hermann Tilke. Beliau bertanggungjawab untuk mereka bentuk keseluruhan trek SIC dan sebelum trek sebenarnya dibina, beliau telah membina trek kecil sebagai model terlebih dahulu.
Dan kini, trek model itulah yang digunakan sebagai trek untuk anda dan rakan-rakan berlumba menggunakan Go-Kart ala-ala Michael Schumacher dan Lewis Hamilton.
Penggemar buah naga pasti suka dengan lokasi kebun yang menjual buah naga segar dari ladang ni. Terletak di tepi jalan dari arah Sepang menuju ke Bagan Lalang, ada beberapa kebun buah naga yang boleh anda singgah seperti kebun buah naga HL.
Di kebun buah naga ini, anda boleh menikmati beberapa produk buah naga yang disediakan oleh pekebun seperti jus buah naga dan kentang lenyek bersoskan jem buah naga.
Untuk pengetahuan anda, ada beberapa lokasi lain penanaman buah naga di Malaysia tapi diperkatakan bahawa buah naga yang terletak di Sepang ini antara yang paling terbaik kerana tanah di sini yang kaya dengan nutrisi untuk pertumbuhan buah naga.
Anda juga boleh membeli buah naga anda untuk dibawa pulang dengan harga yang cukup kompetetif. Tip untuk anda, pilih buah naga yang telah seminggu dipetik, kerana isninya lebih manis berbanding yang baharu dipetik dari pokok.
Mitsui Outlet Park antara lokasi shopping barangan berjenama dengan harga rendah di Sepang. Selain daripada kedai membeli belah berjenama seperi Nike dan Salomon, di sini juga menyediakan anda dengan pelbagai deretan restoran beraneka juadah daripada masakan tradisi Malaysia hingga ke luar negara seperti makanan Jepun, barat, Perancis, Thailand dan masalah China.
Jika anda berkunjung pantai Bagan Lalang jangan lepaskan peluang menjamu selera di beberapa restoran Medan Ikan Bakar Dan Makanan Laut yang menghidangkan menu-menu yang yang enak dengan harga yang berpatutan.
Antara restoran terkenal yang boleh anda pilih antaranya Restoran Bayu Malam Wak Lan Ikan bakar Dan Seafood, Restoran Senandung Malam Seafood, Restoran Terapung H.M. Sri Bagan Sdn Bhd dan Bagan Lalang Seaview Restaurant.
Selamat makan angin!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Nama Dolomites semakin kerap muncul di media sosial kini apabila Khairul Aming mengumumkan lima pembeli terawal produk terbaharunya akan dibawa ke lokasi tersebut. Dengan...