Lagi beberapa minggu umat Islam diseluruh dunia akan menyambut kedatangan bulan Ramadan dan mula berpuasa. Ketika itu bazar Ramadan juga akan mula beroperasi seperti tradisi biasa sebelumnya.
Namun dek wabak COVID-19 yang menyerang seluruh negara, kerajaan Negeri Sembilan memutuskan tiada penganjuran bazar Ramadan pada tahun ini.
Foto: mstar
Itu mungkin kedengaran agak menyedihkan, terutama buat peniaga dan penjaja kecil namun Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, keputusan itu terpaksa dibuat bagi menjamin kesihatan rakyat susulan pandemik COVID-19.
Ads
“Kita putuskan tidak ada bazar Ramadan tahun ini kerana tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 14 April ini sudah hampir dengan Ramadan. Mungkin menjelang hari akhir PKP, kes Covid-19 di negara kita sudah menurun tapi kita tidak boleh ambil mudah dengan buka ruang seperti di bazar Ramadan yang membolehkan rakyat dengan mudah terdedah kepada wabak itu semula,” katanya.
Pihak berkuasa tempatan (PBT) diharap dapat mengambil perhatian mengenai keputusan itu. Kerajaan perlu mengambil contoh apa yang dilakukan oleh kerajaan China di Wuhan yang terus melarang pergerakan rakyatnya secara terbuka meskipun dalam tempoh beberapa hari ini tiada kes baharu direkodkan di sana.
Ads
Bagaimanapun, peniaga masih boleh menjalankan aktiviti perniagaan mereka dari rumah dengan menggunakan konsep ‘cash on delivery’.
Ads
Foto: Google
Peniaga perlu lebih kreatif, mahu berniaga secara terbuka seperti bazar Ramadan itu kita tidak benarkan kerana tidak mahu ambil risiko.
Di negeri Perak, lokasi Batu Kurau sememangnya terkenal sebagai lubuk durian terbaik dalam kalangan peminat `raja buah’ itu. Baru-baru ini kampung ini telah mengadakan Program Jom Makan Durian, Makan Sampai Pengsan di Kampung Sempeneh. Ia kali kedua dianjurkan sejak mula diperkenalkan tahun lalu, khusus apabila tibanya musim durian.
Keseluruhannya, 10,000 kilogram durian disediakan di kawasan perkarangan Masjid Kampung Sempeneh bersempena program itu bermula jam 10.30 pagi. Bagaimanapun, peminat durian yang kebanyakannya datang dari seluruh pelusuk negara, selain penduduk setempat mula memenuhi kawasan berkenaan seawal jam 7 pagi.
Namun ada cerita yang kurang enak didengari dan diluahkan oleh penduduk kampung tersebut ketika program ini berlangsung.
Setiap tahun ketika musim durian, bagi peminat raja buah musim ini sangat ditunggu-tunggu.
Dah buat jamuan, tapi tak bersyukur. Terkejut kami tadi melihat sikap orang Malaysia datang tadi. Orang kampung dah cuba beramal, orang luar pula yang biadap dan tidak bersyukur.
Berikut adalah apa yang kami nampak:
Datang 1 keluarga tangan kosong, patutnya makan disitu tapi balik tapau 1 keluarga berbiji-biji bawak balik tak ingat orang belakang.
Benda free, tapi datang harapan ingat orang kampung nak bagi layanan vip sudah tentu beresak-esak korang selambe je maki hamun bodoh bagai pada orang yang memberi.
Typical malaysia, menteliti sampah sama macam orangnya yang berotak tong sampah, lepas makan korang buang sampah di merata-rata di kampung orang.
Dah tau satu dunia datang, sudah tentu jalan jem, korang selambe bawak laju kemudian terkandas hon kuat-kuat mengganggu orang kampung takde adab biadap macam orang tak pernah sekolah dan takde sivik.
Ada juga jenis yang tak sabar bawak kete sampai langgar kenderaan lain. Lapar benar durian free tu…
Yang membantu memberi menjamu ada yang mengandung korang selambe je tolak perut ibu mengandung tu.
Pihak pengurusan dah suruh beratur, tapi korang tetap buat cara macam orang kebulur dan tak nak beratur macam tak pernah langsung makan durian.
ada sebijik kereta suv pada awal jam 10.45pm mungkin dia frust sebab lambat di hidang pastu bengang belah balik bawak kete laju macam pelesit dalam kampung. Kete besar otak kat punggung.
Penat lah nak taip banyak-banyak. Bleh kata min gerenti hat biadap ni adalah geng boikot muka tak malu tapi nak datang makan percuma mengalahkan vip. Patutnya korang datang dengan beradab tak kira siapa pun.
Min pun harap lepas ni orang kampung tak perlu lah buat lagi, biar diorang beli je lah sebab perangai buruk sangat dan memalukan.
Patut lah Malaysia tak maju. Patut lah Malaysia menerima sebahgian pemimpin low class. Rupanya rakyat dia lagi low class level sampah macam dalam gambar yang min post ni!
Semoga korang berbahgia dengan sikap sampah ni sehingga 7 generasi! Terima kasih kerana datang walaupun korang tak pernah bersyukur dan berterima kasih kepada orang kampung!
Semoga yang mana perangai busuk jenis boikot jualan durian, korang boikot lah sekali jamuan macam ni takut tuhan tak redho makanan masuk dalam perut tu.
Sekian!
Selepas post tersebut di muat naik, ramai netizen yang yang bersimpati dengan kejadian yang berlaku di program makan durian tersebut. Rata-rata mengutuk perangai masyarakat yang jenis tidak ‘bersyukur’ ini.
Harap-harap lepas ini kalau ada lagi program sebegini diharap masyarakat kita dapat mengubah sikap ke arah lebih positif.
Seramai lebih 70 sukarelawan yang terdiri daripada pelbagai organisasi dan lapisan masyarakat berjaya melaksanakan Hari Konservasi Pulau Redang 2019 (RICD2019) bertempat di Pulau Redang pada 3 hingga 5 Mei yang lalu.
RICD2019 yang dianjurkan oleh The Taaras Beach & Spa Resort (TTBSR) itu bertujuan untuk memulihara dan memelihara alam sekitar yang terdapat di Pulau Redang selain mendidik dan memberikan kesedaran kepada masyarakat akan pentingnya kebersihan laut kepada ekosistem semulajadi.
Persekitaran laut dan kawasan terumbu karang yang bersih serta bebas daripada sampah boleh menjadi persekitaran yang baik kepada hidupan laut seperti ikan dan tumbuh-tumbuhan, selain menjana ekonomi setempat dengan menjadi tempat pelancongan dan percutian yang cantik dan menarik.
Selain daripada itu, persekitaran laut yang bersih dapat menghasilkan terumbu karang yang sihat dan memangkin pelindungan terhadap bencana alam yang mungkin terjadi di persekitaran kawasan pantai seperti tsunami ataupun ribut monsun.
Proses konservasi selama tiga hari itu dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan pertama akan membersihkan bahagian bawah permukaan laut dan kumpulan kedua akan membersih permukaan pantai. Kumpulan pertama terdiri daripada penyelam-penyelam skuba yang membersihkan tiga bahagian di bawah permukaan laut iaitu dua di TTBSR dan satu lagi di tukun yang berhampiran.
Selain daripada mengeluarkan sampah sarap yang terdapat di sekitar Pulau Redang, kerja-kerja pembersihan juga melibatkan proses membuang pukat terbiar yang boleh mengganggu dan membahayakan hidupan laut.
Pengarah Urusan TTBSR, Pravir Mishra berkata usaha untuk melindungi dan menjaga persekitaran alam sekitar terutamanya laut sangat penting dan perlu dilaksanakan secara berterusan supaya keindahan laut dan pantai terutamanya Pulau Redang dapat dinikmati oleh generasi yang akan datang.
“Dengan melindungi habitat hidupan laut yang ada di sini akan memastikan bukan sahaja orang tempatan malah orang daripada luar negara juga dapat menikmati keindahan alam semulajadi yang indah di Malaysia,” katanya.
RICD2019 yang dilaksanakan itu juga mendapat kerjasama NGO Trash Hero Malaysia dan berjaya menghimpunkan sukarelawan daripada media, orang awam, Berjaya Tioman Resort, Jabatan Taman Laut Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Bandar Mersing lokasi popular dikalangan pelancong dan penduduk tempatan untuk ke pulau-pulau terkenal berhampiran. Namun, disebabkan hujan yang turun tanpa henti sejak semalam, daerah ini dinaiki air. Stay safe orang Mersing!
Menurut laporan Bernama , bandar Mersing telah terputus hubungan dengan daerah lain berikutan bencana banjir teruk yang melanda. Kawasan riadah Taman Laut Sultan Iskandar dan pusat perniagaan Mersing Harbour Centre di Mersing lengang tanpa pengunjung, malah kebanyakan premis perniagaan juga ditutup.
Keadaan ini sekali gus meresahkan beberapa orang peniaga jika banjir berterusan kerana ramai daripadanya bergantung sepenuhnya kepada kehadiran pelancong untuk melariskan jualan. Di beberapa jalan pula, tidak banyak kereta mahupun motosikal kelihatan lalu-lalang seperti kebiasaan. Apa-apa pun awasi keselamatan diri dan keluarga selain dengar arahan pihak berkuasa untuk berpindah ke kawasan yang lebih selamat.
Banjir sejak semalam menjejaskan seramai 1,282 mangsa daripada 363 keluarga di Mersing setakat ini. Untuk pengguna jalan raya, tangguhkan sementara atau rancang kembali perjalanan anda jika perlu ke Mersing. Bencana ini turut mengakibatkan beberapa jalan yang menghubungkan daerah berkenaan dengan kawasan seperti Kota Tinggi, Johor Bahru dan Rompin ditutup untuk semua jenis kenderaan kerana dinaiki air. Banjir juga dilaporkan berlaku di lapan daerah lain iaitu Kota Tinggi, Johor Bahru, Kulai, Pontian, Kluang, Batu Pahat, Muar dan Segamat.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...