Satu Malaysia kagum melihat gambar ‘Mowgli Malaysia’, iaitu gambar seorang kanak-kanak lelaki bersama kerbau peliharaannya yang berjaya dibidik seorang jurufoto, Mohd Nazri Sulaiman tahun lalu.
Aksi kanak-kanak tersebut yang dikenali sebagai Mohd Syukor Khamis berinteraksi dengan kerbau tanpa rasa kekok dan takut menjadi bualan ramai. Selepas kemunculan gambar viral tersebut, media berpusu-pusu menerjahnya untuk mendapatkan sumber berita yang digemari ramai masyarakat untuk melihat dan membaca kisahnya. Syukor pernah muncul dalam telefilem berjudul Budok Kuba yang disiarkan menerusi slot Citra Exclusive di Astro Citra.
Ads
Difahamkan foto Mohd Nazri sebelum ini pernah merangkul anugerah Street/People Photographer of The Year Asian Geographic – Image of Asia 2018 dan Remarkable Award di Siena International Photography Award 2018, Italy.
Gambar unik ini sekali lagi meraih pencapaian membanggakan apabila terpilih dipamerkan di galeri penuh berprestij 25 September ini di Rome, Itali serta beberapa negara sekitar Eropah tidak lama lagi. Berita gembira itu dikongsi jurugambar ini menerusi Facebook miliknya.
Ads
“Alhamdulillah, gambar saya terpilih untuk dipamerkan di galeri di Rome, Italy dan beberapa negara sekitar Eropah. Adik Syukor Khamis Kampong Boy sampai Eropah gambar mu ni. Kebanggaan Terengganu dan kebanggaan Malaysia. Alhamdulillah,” katanya.
Menerusi posting itu Nazri turut memuat naik kenyataan pihak perganjur serta hasil gambar memaparkan adik Syukor.
Ads
Alhamdulillah… Gambar saya terpilih untuk di pamerkan di galeri di Rome, Italy dan beberapa negara sekitar Europe….
Sekumpulan jurugambar menyaksikan fenomena yang sangat jarang berlaku di langit Malaysia pada malam hari; Light Pillars. Light pillars itu dilihat dalam warna oren, merah, hijau, kuning dan putih, seperti menari di langit untuk beberapa jam.
Fenomena ini disaksikan dberhampiran Pulau Kelambu, SABAH, yang terletak di hujung Borneo. Jurugambar, Andrew Tan, pengasas Mentography; menemui cahaya itu sekitar jam 9 malam. Mereka juga menyaksikan cahaya seolah menari di pertengahan laut berhampiran Pulau Kelambu. Fenomena itu beransur hilang sekitar jam 1 pagi.
Ini bukan kali pertama fenomena ini dilihat di Sabah. 2 tahun lepas disaksikan di Kota Kinabalu. Sebelum itu, cahaya ini dilihat di sekitar pantai timur Sabah pada 2006.
Light Pillars (Tiang Cahaya) ialah fenomena optik atmosfera dalam bentuk menegak yang meluas ke atas atau ke bawah sumber cahaya. Ini terhasil oleh pantulan cahaya dari banyak kristal ais halus di atmosfera atau awan. Cahaya ini boleh juga terhasil dari matahari (kebiasaannya apabila ia hampir atau di bawah horizon) dan fenomena ini dikenali sebagai sun pillar @ solar pillar. Ia boleh juga terhasil dari cahaya bulan atau lampu jalan.
Lokasi Light Pillar terkenal di dunia ialah di Iceland atau Norway yang dikenali Northern Lights.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Seramai hampir 500 orang penduduk Pakistan dijangkiti HIV selepas ujian saringan dilakukan pada bulan Mei 2019 lalu dan menyebabkan pihak berkuasa Pakistan bimbang lebih ramai dijangkiti HIV. Sebahagian besarnya kanak-kanak dijangkiti virus maut itu akibat perbuatan doktor palsu menggunakan peralatan, terutama jarum suntikan yang tercemar.
Berita ini telah mengejutkan badan kesihatan antarabangsa.
Pihak berkuasa yang menyiasat penyebaran HIV di Sindh mendapati doktor palsu terbabit juga HIV positif. Lelaki itu yang kini dalam tahanan polis di bandar Ratodero, menafikan tuduhan dia sengaja menyuntik pesakit dengan virus HIV.
Setiap hari, ibu bapa menunggu dengan resah ketika pegawai perubatan melakukan ujian darah terhadap anak mereka, termasuk di perkampungan Wasayo, pinggir bandar Larkana di wilayah Sindh.
Pasukan polis dikerah mengawal lima bilik pemeriksaan yang siap dibina bulan lalu di perkampungan itu.
Mukhtar Perves dilihat resah menanti anak perempuannya menjalani ujian dan khuatir jika demam dihidapi anaknya baru-baru ini ada kaitan dengan HIV manakala bagi segelintir penduduk lain, mimpi ngeri mereka sudah bertukar menjadi kenyataan.
Nisar Ahmed tiba di klinik dengan penuh kemarahan ketika cuba mendapatkan ubat bagi anak perempuannya yang berusia setahun tetapi disahkan positif HIV tiga hari lalu. “Saya sumpah doktor itu yang menyebabkan semua anak-anak ini dijangkiti virus berbahaya ,” katanya berang.
Imam Zadi pula menemani lima anaknya yang lain selepas cucu lelaki beliau disahkan positif HIV. “Seluruh keluarga amat berduka cita,” katanya.
Pakistan dianggap antara negara paling rendah kes HIV sebelum ini namun penyakit itu merebak pantas, terutama dalam kalangan penagih dan dan pekerja seks. Pada 2017, negara itu merekodkan 20,000 pesakit baru HIV menjadikannya negara kedua yang kadar jangkitan tertinggi di Asia dan keadaan diburukkan lagi oleh doktor palsu yang kononnya memberi rawatan murah kepada penduduk luar bandar.
Kerajaan Pakistan merekodkan kira-kira 600,000 doktor palsu beroperasi di seluruh negara dengan 270,000 di wilayah Sindh. Pengurus Progam Pertubuhan Kawalan Aids Sindh, Sikandar Memon berkata, doktor palsu terbabit menggunakan jarum yang sama bagi menyuntik beberapa pesakit yang menjadi punca merebaknya HIV.
Setelah 23 tahun wujud di Big Apple New York, akhirnya tirai pejabat Pelancongan Malaysia di New York ditutup selamanya. Ia dahulunya diwujudkan untuk mempromosi pelancongan Malaysia khususnya Pantai Barat Malaysia.
Pejabat Pelancongan Malaysia di New York akan tutup secara rasminya pada 30 Jun in dan segala data telahpun di pindahkan ke ibu pejabat Kuala Lumpur.
Sebahagian perkakas dan perabot mungkin didermakan ke badan amal atau diberi kepada institusi Malaysia di New York.
Pejabat di New York, mengambil masa yang panjang memberi notis kepada ramai pengikut dan “Friends of Malaysia” tentang penutupan ini.
Sebahagian 500 agensi dan operator pelancongan telah dimaklumkan.
Antara staf senior iaitu Mary M Scully dan Nurulhuda Abdul Rahim, eksekuif pemasaran, yang telah bekerja selama 23 tahun sejak pejabat itu dibuka, berasa sedih dengan keputusan ini.
Dalam temubual dengan Bernama, Ahmad Johanif Mohd Ali, yang akan menjadi Naib Presiden pejabat New York yang terakhir dan tempoh perkhidmatan tamat dengan penutupan pejabat berkata tindakan ini dibuat atas dasar penjimatan kos.
Meskipun begitu, promosi pelancongan di pantai timur diteruskan dibawah pejabat Pelancongan Malaysia Los Angeles yang selama ini fokus kepada pantai barat. Kini ia akan bertanggungjawab kepada seluruh Amerika dan negara lain dalam rantaunya.
Pejabat Pelancongan New York akan menggunakan Facebook untuk berkomunikasi memandangkan hubungan talian akan diputuskan pada Ahad ini.
Amerika merupakan sektor pelancongan terbesar didunia berdasarkan perbelanjaan oleh pelancong Amerika ke luar negara.
Kala liburan, makanan adalah salah satu cara untuk mengenali dengan lebih dekat sesebuah budaya. Setiap satu menu yang dicuba menjadi manifestasi rasa lantas mengisi...