Status gelombang haba di Semenanjung Malaysia dijangka mencecah sehingga 36.9 darjah celcius.
 Berdasarkan kemaskini Jabatan Meteorologi Malaysia, 10 kawasan berada pada tahap satu, iaitu berjaga-jaga dengan suhu maksimum harian 35 darjah celcius hingga 36.9 darjah celcius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.
 

 Kawasan yang disenaraikan adalah:
  - Chuping, Perlis
  - Kubang Pasu, Kedah
  - Kota Sertar, Kedah
  - Sik, Kedah
  - Hulu Perak,Perak
  - Kuala Kangsar, Perak
  - Kinta, Perak
  - Maran, Pahang
  - Kepong, Kuala Lumpur
  - Muar, Johor
  
 Data tersebut dikemas kini sehingga jam 8 pagi semalam – 25 Februari 2019.
 Bagi penduduk atau anda yang bercadang ke daerah terlibat diminta untuk mengambil langkah berjaga-jaga untuk kekal sihat.
 

  - Banyakkan minum air.
  - Berhenti sementara daripada melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh.
  - Duduk sahaja di dalam bangunan jika tiada keperluan untuk keluar.
  - Pakai pakaian yang selesa. Elakkan memakai pakaian berwarna hitam.
  - Gunakan payung atau topi jika perlu melakukan aktiviti harian di luar.
  - Hati-hati dengan haiwan yang berbisa seperti ular yang mungkin akan banyak dijumpai di dalam premis atau rumah anda.
  
  
 Sumber: Astro Awani