Menurut New Straits Times (NST), sekitar 3.30 petang, 14 Ogos lepas, suspek bersenjatakan pisau, memecah masuk bilik hotel dan mengikat tangan dan kaki wanita tua serta pembantunya. Pembantu dipukul, manakala wanita tua itu diheret ke bilik mandi dan dipukul hingga mati. Suspek kemudian mengunci bilik mandi dari luar dan menunggu anak perempuan wanita tua tersebut pulang ke bilik. Anak perempuan wanita tua tersebut juga diserang dan diikat.
Siasatan awal dipercayai suspek bertengkar dengan anak sulung lelaki wanita tua tersebut; mengenai aktiviti pinjaman wang di sebuah resort Genting Higlands. Menurut Ketua Polis Daerah Bentong, Mohamad Mansor Mohd Nor, kes ini dipercayai kerana dendam.
Ads
Ads
Ads
Suspek adalah warga Korea Selatan, 57 tahun bernama Sung Kyukseok. Mangsa ialah Xiang Lian Jin, warga China dilahirkan di Korea Selatan manakala pembantu wanita tua tersebut ialah warga tempatan. Siasatan dan buruan polis kini dijalankan dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Wajah suspek. Foto: NST
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Sebelum diumumkan sempadan negara dibuka sepenuhnya buat pengembara, dah ramai yang melancong ke luar negara, namun prosedur yang perlu dilalui berbeza antara setiap negara yang bakal dilawati.
Sebagai seorang traveler, Khairul Hafiz ada berkongsi kepada pengikutnya di akaun Facebook tentang apa yang perlu dibuat apabila melancong atau bercuti selepas pandemik.
Berkongsi posting tersebut sebaik sahaja menamatkan kuarantin setelah melancong ke Finland untuk memburu aurora, Khairul turut berkongsi gambar tripnya kali ini yang menurut kapsyen yang dibuat merupakan kali kelima memburu aurora.
Ikuti perkongsian Khairul Hafizini dan semoga bermanfaat untuk semua yang bakal bercuti ke luar negara:
Perkongsian Travel Pasca Pandemik
Alhamdulillah baru je merdeka semalam dari kuarantin 5 hari.. Bersyukur juga semua PCR test yang dibuat sejak dari Helsinki, di KLIA dan RTK Antigen hari ke 5 semua menunjukkan keputusan negative jangkitan. Begitu juga dengan kesemua ahli kembara ke Lapland semuanya negative.
Saya cuba sharekan pengalaman selepas beberapa kali travel pada era pasca pandemik ni sejak november lepas dan march tahun ini. Semoga berguna kepada semua
Mungkin ramai dah cuba cari ruang untuk pergi bercuti luar negara selepas pengumuman kelonggaran untuk keluar masuk ke sempadan negara bermula 1st April. Maklumlah, 2 tahun disekat tak boleh travel, kepada pengembara tegar, ia adalah satu penyeksaan.
Semakin banyak juga negara sudah membuat pengumuman tentang pembukaan sempadan negara, bermaksud mereka telah bersedia menerima kedatangan kita sebagai pengembara.
Setiap negara, ada meletakkan syarat untuk kemasukan ke negara masing-masing. Syarat-syarat itu pula berbeza dengan negara yang lain. Ada yang mengkehendaki setiap orang menyediakan sijil PCR Test dengan keputusan negative. Ada juga yang hanya memerlukan RTK-Antigent Test sahaja. Bergantung kepada negara yang hendak dilawati.
Namun, kebanyakan negara meletakkan syarat memerlukan sijil vaksinasi yang lengkap. Ada juga negara yang memberikan syarat khas, kemasukan kepada mereka yang tidak mengambil vaksin. Namun mereka perlu mematuhi syarat-syarat khas yang lain seperti perlu melalui PCR test ketika tiba di sana, kemudian perlu melalui proses kuarantin dahulu beberapa hari dan sebagainya.
Walaupun ada negara yang menerima kedatangan mereka yang tidak mengambil vaksin, namun kebanyakan negara lain juga hanya membenarkan mereka yang sudah divaksinasi sahaja boleh keluar pergi mengembara. Jadi, ia tidak memenuhi kriteria kedua-dua syarat setiap negara ketika perlepasan dan ketibaan.
Kena Selalu Update SOP Setiap Negara
Syarat itu juga boleh bertukar dalam tempoh terdekat. Oleh itu, sentiasa dapatkan update tentang syarat kemasukan.
“Pergi sini, tak payah pcr test..” atau “Hari tu saya pergi dia tak tanya pun pasal PCR test.” atau mungkin ada yang update kat media sosial, “Border negara tu kami tak boleh masuk sebab covid.”
Ada kes, di mana mereka ambil info dari posting share orang lain, tak memerlukan PCR test, tapi sebenarnya mereka dikehendaki membuat PCR untuk penerbangan itu. Jadi, tak dapat naik dan perlu tukar penerbangan. Kemudian perlu tergesa-gesa mencari tempat untuk membuat PCR test dan menukar plan penerbangan. Rugi masa travel dan wang.
Sebaiknya, dapatkan confirmation dari official page negara tersebut. Seperti contoh, jika ingin ke Finland, dapatkan kenyataan rasmi dari immigration Finland tentang SOP kemasukan.
Setiap kenyataan rasmi itu, ada tarikh update dan tempoh sahlaku kenyataan. Kadang-kadang ia akan berubah dalam tempoh seminggu. Perlu alert dengan perubahan terbaru.
Sediakan juga file pdf dan susun elok-elok dalam phone. Kadang-kadang time mereka minta, akan rasa kalut mulalah cari file tak jumpa. Sebab banyak sangat file persediaan dalam phone, flight ticket, tempahan tempat tinggal, tempahan tiket keretapi, tempahan bas dan sebagainya.
Agak leceh sikit mengisi borang ini kerana terlalu banyak maklumat di minta. Sediakan awal2 info, Nama, no IC, jenis vaksin, tarikh vaksin, Alamat rumah, berapa bilik dalam rumah, berapa bilik air yg attach dgn bedroom, berapa orang yang duduk dalam rumah, ini semua data yang perlu untuk isi Home Quarantine Apllication.
Sedikit masalah muncul dalam Home Quarantine Apps ini. Dalam 1 form, boleh diisi sehingga 10 orang. Tapi apabila Surat approval diberikan dalam bentuk pdf file, hanya 1 nama sahaja yang ada di dalam surat. Iaitu nama applicant yang pertama.
Apabila proses check in di lapangan terbang, mereka akan menyemak, dan perlu inform kepada mereka tentang form hanya letak 1 nama sahaja walaupun kita apply 2 atau 3 orang dalam 1 form quarantine.
Ia menyebabkan kita perlu menunjukkan pada mereka form yang kita apply. Untuk log in semula pula, perlu sediakan passcode yang kita dapat dalam email ketika apply form.
Caranya,Pergi Applikasi Mysejahtera (Home), Pilih icon Traveller, Pilih Travel for NAMA Profile kita, then perlu isi borang itu sebelum masuk que di KLIA.
Banyak juga data yang diperlukan. Ini antara sebab kenapa ambil masa yang lama di KLIA. Perlu isi data berikut:
17, 18,19 berkenaan pernah dijangkiti covid atau tidak.
Jika kita pulang dari negara2 tertentu (yang mana kes covidnya sangat tinggi), kesemua pengembara yang pulang akan dipakaikan gelang pink.
Bermula 1 April, tidak perlu lagi kuarantin jika sampai ke Malaysia.
Process ini mungkin akan berubah selepas beberapa tempoh, sebab itu setiap pengembara perlu sentiasa alert dengan apa sahaja pengumuman dan perubahan yang di beritahu oleh kerajaan.
Saya kongsikan juga sedikit gambar-gambar aktiviti semasa trip memburu Aurora di Lapland. Trip Memburu Aurora ke-5,
Khairul Hafiz
Kapten Lensa Kembara,
Rovaniemi,
Finland.
March 2022
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Acara tahunan Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLSCM) 2020 dibatalkan.
Perkara ini diumumkan penganjur Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon, Dirigo Events. Acara tersebut sepatutnya diadakan pada 13 dan 14 Jun 2020. Penganjur berkata peserta yang telah mendaftar untuk acara itu tahun ini akan didaftarkan secara automatik tahun hadapan.
KLSCM 2021 akan diadakan sekitar tarikh yang sama, iaitu minggu kedua bulan Jun 2021. Namun penganjur perlu menunggu keputusan dan kebenaran pihak berkuasa tempatan sebelum mengumumkan tarikhnya nanti.
Penganjur turut memaklumkan semua acara sampingan Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon termasuk klinik larian, pengambilan baju (Race Entry Pack Collection), dan Ekspo Gaya Hidup Aktif juga dibatalkan. Hanya acara amal Run For A Reason akan diteruskan hingga 14 Mei dan semua dana terkumpul akan terus disalurkan kepada badan-badan amal yang telah diumumkan sebelum ini.
Untuk maklumat lanjut boleh layari portal rasmi Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon https://www.kl-marathon.com
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Takut untuk mengembara adalah satu perasaan yang disebabkan oleh beberapa perkara sama ada secara sedar ataupun tidak. Biasanya ia melibatkan kewangan, keselamatan dan persekitaran. Namun, perasaan ini boleh dielakkan jika individu yang merasainya berusaha mengatasi perasaan tersebut.Menurut kajian yang dibuat,perasaan takut mengembara ini timbul kerana terlalu obses dengan cerita-cerita yang dikeluarkan oleh media ataupun pengalaman orang lain. Hal tersebut secara tidak langsung telah membunuh keinginan dan sifat ingin tahu tentang sesuatu destinasi percutian indah yang pernah bermain di minda. Terdapat dua jenis faktor yang mempengaruhi seseorang sehingga dia takut untuk mengembara;
Ketakutan ini biasanya terhasil daripada imaginasi yang bukan-bukan ataupun terpengaruh dengan filem-filem aksi yang ditonton. Contohnya macam bertemu dengan individu yang menjengkelkan ketika sedang menikmati percutian atau ditipu oleh pemandu teksi yang kasar dan tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa yang difahami.
Perasaan ini lebih berbahaya dari yang pertama tadi kerana ia adalah punca seseorang itu memadamkan terus impian untuk mengembara. Ketakutan sebegini tidak diketahui puncanya. Biasanya ia dipengaruhi oleh potensi ataupun konteks individu itu sendiri terhadap definisikan kembara.
Individu yang merasainya hanya perlu menguatkan semangat dan menetapkan minda sahaja. Di samping itu, belajar menerima dan memahami situasi tertentu sesuatu tempat ataupun keadaan semasa yang berlaku juga diyakini dapat membantu menangani masalah takut untuk mengembara.
Mereka yang mengalaminya pasti akan berkata, “Tak kena pada batang hidung sendiri, mana kau tahu!” Hakikatnya, takut macam juga gembira. Ia merupakan satu perasaan semula jadi yang memang ada dalam setiap diri manusia. Sampai masanya, rasa tersebut pasti akan hilang.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Suasana di Dataran Merdeka pada Sabtu lalu cukup luar biasa apabila ratusan anggota bomba, badan beruniform dan sukarelawan berganding bahu menyediakan bubur lambuk secara...