Berita

GENTING HIGHLANDS KEMBALI BERDARAH !

Share

Menurut New Straits Times (NST), sekitar 3.30 petang, 14 Ogos lepas, suspek bersenjatakan pisau, memecah masuk bilik hotel dan mengikat tangan dan kaki wanita tua serta pembantunya.
Pembantu dipukul, manakala wanita tua itu diheret ke bilik mandi dan dipukul hingga mati. Suspek kemudian mengunci bilik mandi dari luar dan menunggu anak perempuan wanita tua tersebut pulang ke bilik. Anak perempuan wanita tua tersebut juga diserang dan diikat.

Siasatan awal dipercayai suspek bertengkar dengan anak sulung lelaki wanita tua tersebut; mengenai aktiviti pinjaman wang di sebuah resort Genting Higlands. Menurut Ketua Polis Daerah Bentong, Mohamad Mansor Mohd Nor, kes ini dipercayai kerana dendam.

Suspek adalah warga Korea Selatan, 57 tahun bernama Sung Kyukseok. Mangsa ialah Xiang Lian Jin, warga China dilahirkan di Korea Selatan manakala pembantu wanita tua tersebut ialah warga tempatan.


Siasatan dan buruan polis kini dijalankan dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Wajah suspek. Foto: NST
IKLAN