Kerajaan Negeri Selangor menerusi Pakej Kita Selangor 2.0 yang telah diumumkan oleh Y.A.B. Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor pada 9 Jun lalu memperuntukkan sebanyak RM 2.55 juta untuk industri pelancongan Negeri ini, khusus bagi menangani impak pandemik Covid-19.
Antara insentif yang terkandung dalam Pakej ini termasuk Geran Bantuan Kewangan Program / Aktiviti Pelancongan Negeri Selangor dengan jumlah peruntukan RM 1 juta, Baucar Pelancongan Negeri Selangor 2.0 dengan jumlah peruntukan RM 1 juta, Program
Latihan Pembelajaran Pendigitalan Pelancongan Negeri Selangor berjumlah RM 300,000.00, dan Bantuan Kewangan “One-Off” yang telah disalurkan secara maya kepada 17 Persatuan Pelancongan di Negeri Selangor pada 9 September lalu.
Foto hiasan
Berita baik buat semua; permohonan untuk Geran Bantuan Kewangan Program / Aktiviti Pelancongan Negeri Selangor akan mula dibuka bermula 23 September hingga 31 Disember ini menerusi pautan Google Form yang boleh diakses melalui imbasan kod QR yang tertera.
Ads
Inisiatif ini bertujuan untuk memulih dan menggalakkan program pelancongan bagi mempromosikan industri pelancongan Negeri Selangor di ambang pandemik Covid-19 yang semakin menghampiri ke fasa endemik.
Inisiatif ini dibuka kepada penggiat industri pelancongan yang layak di Negeri Selangor yang ingin menganjurkan, atau menyertai program atau aktiviti pelancongan yang mempromosikan industri pelancongan Negeri.
Foto hiasan
Geran Bantuan Kewangan ini akan dilaksanakan melalui kaedah pengembalian kewangan (reimbursable financial assistance), dan jumlah permohonan adalah berdasarkan kepada satu (1) penyertaan atau pelaksanaan, iaitu 50% daripada jumlah perbelanjaan sebenar ATAU mengikut kelayakan maksimum RM20,000.00 — yang mana lebih rendah.
Ads
Pelaksanaan segala inisiatif yang terkandung dalam Permohonan Geran Bantuan Kewangan yang telah diluluskan pula perlu diselesaikan dalam tempoh dari 1 Oktober 2021 sehingga 30 Jun 2022. Ianya boleh dilaksanakan menerusi Program Familiarization (FAM) Trip, Misi Jualan, Pameran Pelancongan, Acara Pelancongan MICE, atau sebarang pengisian lain yang bersesuaian bagi merancakkan semula sektor pelancongan Negeri Selangor.
Ads
Inisiatif ini dijangka akan menarik minat dan penyertaan dari Persatuan Pelancongan di Negeri Selangor yang berdaftar dan diiktiraf di Malaysia, Syarikat Agensi Pelancongan dan Pengembaraan di Negeri Selangor yang berdaftar dan dilesenkan di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), Pengusaha Homestay di Negeri Selangor yang berlesen dan berdaftar di bawah pihak MOTAC, pengusaha dalam sektor pelancongan MICE yang berdaftar dan berlesen di Negeri Selangor, para Hos Komuniti yang berdaftar dan berlesen di Negeri Selangor, serta Persatuan Komuniti atau Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang berdaftar di Negeri ini.
Usah lepaskan peluang ini, dan bersama berganding baru dengan pihak Tourism Selangor ke arah melestarikan industri pelancongan Negeri.
Semak syarat kelayakan untuk memohon dengan mengimbas kod QR yang tertera atau untuk sebarang informasi lanjut, sila layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di www.selangor.travel. Anda juga boleh menghantar e-mel ke geranbantuankitaselangor@tourismselangor.org untuk sebarang pertanyaan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Kemboja menarik balik larangan masuk pelawat asing dari Iran, Itali, Jerman, Sepanyol, Perancis dan Amerika Syarikat yang dikenakan sebelum ini bagi membendung penularan COVID-19.
Menurut Kementerian Kesihatan negara tersebut, pesakit terakhir COVID-19 diizin keluar hospital pada 16 Mei 2020 lalu, menjadikan negara kini bebas kes.
Kementerian Kesihatan melaporkan pelawat asing yang masuk ke Kemboja masih perlu menunjukkan sijil kesihatan sah tidak melebihi tempoh 72 jam yang mengesahkan mereka tidak dijangkiti virus COVID-19.
Mereka juga perlu tunjukkan bukti memiliki insurans kesihatan bernilai AS$50,000 semasa berada di Kemboja.
Selain itu, pengunjung asing perlu menjalani saringan COVID-19 dan dikuarantin selama 14 hari di kemudahan ditentukan kerajaan.
Mulai Jun 2020, Kemboja akan membuka semula semua muzium selepas tiada kes jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan selama lebih sebulan. Untuk mengelakkan risiko jangkitan, kerajaan Kemboja menasihatkan langkah pencegahan perlu diambil termasuk memeriksa suhu badan pengunjung, menyediakan pensanitasi tangan dan menjaga jarak sosial.
Nampaknya berita baik buat kaki travel apabila Malaysia Airlines sedang menawarkan tambang murah untuk sehala bagi kelas ekonomi ke semua destinasi domestik.
Bagi mereka yang ingin menghabiskan cuti panjang sempena Tahun Baru Cina nanti bolehlah berbuat demikian dengan melayari website MAS.
Foto: FB Malaysia Airlines
Jualan tiket penerbangan itu akan bermula hari ini sehingga 17 Januari depan. Tempat duduk yang ditawarkan berkenaan pula adalah untuk tempoh perjalanan dari 4 Februari hingga 25 Februari.
Ketua Pegawai Pemasaran dan Pengalaman Pengguna Kumpulan Malaysia Airlines, Lau Yin May berkata, promosi berkenaan menawarkan harga berpatutan kepada penumpang, membolehkan mereka bertemu anggota keluarga pada musim perayaan akan datang yang juga cuti umum pertama bagi 2021.
Foto: FB Malaysia Airlines
“Pelanggan boleh menikmati tambang sehala serendah RM129 untuk penerbangan domestik di Semenanjung Malaysia dan RM169 serta RM189 untuk penerbangan ke dan dari Sarawak dan Sabah.
“Tambang murah ini tersedia untuk semua tempat duduk bagi penerbangan terpilih. Ia menawarkan nilai terbaik kepada pengembara yang mahu pulang bercuti atau bagi mereka yang berhasrat untuk percutian dalam waktu singkat,” katanya dalam satu kenyataan.
Lau berkata, penumpang juga dapat menikmati pengalaman perjalanan kelas ekonomi yang lebih baik apabila mereka memilih tambang MH Flex Economy yang memberikan penumpang fleksibiliti akses perubahan tarikh, melakukan tempahan semula, elaun bagasi daftar masuk hingga 35kg dan pemilihan tempat duduk standard percuma serta perlindungan perjalanan asas.
Foto: FB Malaysia Airlines
MH Flex Economy juga menyediakan keistimewaan dengan membolehkan penumpang menaiki penerbangan lebih awal pada hari yang sama secara percuma dan faedah tambahan seperti perkhidmatan khusus untuk pendaftaran masuk, pengurusan bagasi dan pelepasan.
Katanya, pihaknya memberi jaminan bahawa Malaysia Airlines mempunyai protokol keselamatan dan kebersihan yang ketat, termasuk kerja-kerja nyahkuman kerap dilakukan sepanjang perjalanan untuk mewujudkan persekitaran yang bersih, selamat dan sihat untuk penumpang.
Sementara itu, bagi mereka yang mencari pakej penerbangan dan hotel, cabang operasi pelancongan Malaysia Airlines, MHholidays, menawarkan pakej ‘Staycation’ di seluruh negara dengan potongan harga untuk penginapan hotel hingga 25 peratus untuk perjalanan sehingga 31 Julai.
Tempoh tempahan untuk tawaran Staycation mulai sekarang sehingga 10 Januari.
Boleh dikatakan hampir setiap minggu, ada sahaja rakan-rakan, jiran-jiran terdekat juga ahli keluarga yang begitu teruja melancong dalam negara. Lokasi tumpuan pelancong seperti Cameron Highland, Pulau Tioman, Pulau Langkawi, Kota Kinabalu dikatakan kembali rancak dan meriah dengan kehadiran rakyat Malaysia.
Disebabkan sokongan rakyat Malaysia terhadap aktiviti ‘cuti-cuti’ dalam negara, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menjangkakan industri pelancongan domestik akan mula menunjukkan pemulihan memberangsangkan pada suku kedua tahun 2021. Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata, walaupun pelancong asing masih tidak dibenarkan memasuki negara, namun penggalakan pelancongan domestik mula menunjukkan perkembangan positif ketika ini.
“Kita ada banyak perancangan dan telah mengambil tindakan untuk memastikan pemulihan ekonomi akan berjalan lebih awal. Saya hendak nyatakan di sini bahawa banyak yang telah kita lakukan termasuk dari segi promosi pelancongan domestik, walaupun kita menjangka (pemulihan) pada akhir tahun ini. Namun kita telah nampak (pemulihan) pada beberapa minggu lepas, kita sudah nampak hasil pemulihan ini. Nampaknya, begitu banyak hotel yang telah mula beroperasi dan kadar penginapan mencecah 75 peratus, malah ada yang 100 peratus, hasil maklum balas daripada MAH (Persatuan Hotel Malaysia) dan juga (persatuan) lain yang bekerjasama dengan kita,” jelas beliau kepada persidangan Dewan Rakyat.
MOTAC mengunjurkan kerugian bagi segmen pelancong antarabangsa adalah melebihi RM31 bilion, manakala bagi segmen pelancong domestik, pihaknya mengganggarkan kerugian melebihi RM13 bilion. Berdasarkan statistik, bagi tempoh Januari hingga Mac 2020, perbelanjaan pelancong antarabangsa merekodkan penurunan sebanyak 41.5 peratus daripada RM21.4 bilion pada 2019 kepada RM12.5 bilion. Jumlah kerugian ini termasuklah kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan ekoran aktiviti perniagaan yang tidak boleh dijalankan, pemotongan gaji serta pembatalan tempahan produk pelancongan seperti hotel dan pakej pelancongan.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...