Berita

Gerun! Awan Ribut Seakan Piring Terbang Yang Besar Hiasi Langit Texas

Share

Sebuah video menunjukkan pembentukan awan ribut berpusar yang menyerupai piring terbang makhluk asing berjaya dirakam di Amarillo, Texas Sabtu lalu. Fenomena bentuk awan sebegini pernah wujud beberapa tahun lalu, sebelum ribut melanda sesetengah kawasan di Texas.

“Awan ribut itu telah diekori untuk satu tempoh panjang, menyaksikan ia bergerak merentasi pekan Panhandle dalam tempoh beberapa jam. Pergerakannya menarik perhatian penduduk bandar dan pekan yang dapat melihatnya menyebabkan media sosial dibanjiri gambar-gambar menarik awan ribut itu,” kata individu yang merakam video itu kepada portal berita Newsflare.

Rakaman video diambil dari jarak jauh berdekatan sebatang jalan raya itu kelihatan seperti sebuah piring terbang yang sangat besar sedang berlegar atau bersedia untuk mendarat.

Awan ribut petir seumpamanya jarang terbentuk tetapi boleh membawa kepada ribut besar bersama hujan ketulan ais sebesar besbol, angin kencang, malah mungkin membentuk pusaran puting beliung.

Penduduk telah diberi amaran agar berhati-hati dengan fenomena ini kerana mungkin akan menyebabkan cuaca buruk atau ribut kuat berlaku.  Ini kerana ada yang mengambil kesempatan untuk merakam gambar kenangan dan menghiraukan amaran yang dikeluarkan jabatan kaji cuaca.

Sumber: Dailymail

IKLAN