‘Gian’ Lakukan Aktiviti Selam Skuba Tanpa Kebenaran Ketika PKPB. Penyelam Di Sarawak Dikompaun.

Share

Aktiviti selam skuba di Malaysia sememangnya mempunyai pengikutnya tersendiri kerana boleh dikatakan terdapat pulau tertentu dalam negara yang sentiasa dipenuhi golongan ini. Bagi penggemar aktiviti ini, jika tidak melakukan selaman dalam tempoh yang lama, ianya pasti dirindui.

Namun, ketika negara sedang bergelut dengan wabak COVID-19, aktiviti ini perlu direhatkan sementara sebagai langkah menghentikan penularan pandemik ini. Ramai penyelam yang akur dan bersabar untuk turun semula ke dasar laut sehingga ada kebenaran diberikan semula. Tetapi tidak bagi segelintir penyelam yang barangkali terasa sangat gian untuk menyelam.

Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Miri telah menahan sebuah bot dan sembilan individu selepas disyaki melakukan aktiviti reakreasi menyelam di perairan Miri kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 31 Mei 2020 lalu.


Sebuah bot telah dikesan menjalankan aktiviti rekreasi menyelam pada jarak lebih kurang 12.7 batu nautika dari perairan Miri dan hasil pemeriksaan mendapati kesemua mereka gagal mengemukakan surat kebenaran untuk melakukan aktiviti menyelam terbabit. Sembilan penyelam terbabit dibawa ke balai polis untuk dikenakan kompaun di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) kerana ingkar PKPB).




APMM mengingatkan agar semua komuniti maritim terutama pada pengusaha bot yang menjalankan aktiviti rekreasi seperti bot pemancing dan menyelam agar mematuhi PKPB yang sedang dilaksanakan. Semua aktiviti berkaitan pelancongan dan rekreasi hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada jabatan berkaitan.

Sumber: Suara Sarawak | HMOnline

IKLAN