Percutian berkonsepkan glamping dan camping semakin mendapat tempat dikalangan masyarakat masa kini. Memang banyak port cantik dan selesa untuk dijadikan tempat glamping ataupun camping bersama keluarga.
Paling penting untuk setiap campsite atau tempat glamping itu adalah kemudahan yang disediakan disamping kemudahan tambahan untuk keselesaan setiap pengunjung.
Kebun Haus yang terletak di Segamat, Johor merupakan satu port glamping terbaharu yang boleh korang terjah. Tempatnya cukup cantik dan sukakan suasana outdoor di dalam kebun, ini adalah tempatnya.
Mempunyai kolam renang untuk mandi-manda, selain itu korang yang menginap kat sini juga boleh buat pelbagai aktiviti lain lagi seperti bermain badminton, memanah, bola sepak tiang gol kecil dan juga bermain trampoline.
Ads
Tempat ini juga sangat kemas dengan dekorasi yang cantik pada setiap sudut. Selain menikmati alam, korang yang datang kat sini juga boleh ber-OOTD sampai puas.
Setiap tent yang ada dilengkapi dengan 2 tilam bersaiz queen, penghawa dingin, air cleaner dan juga air freshener. Memang bersih dan kemas.
Part makan pun tak perlu risau kerana kat sini juga turut disediakan makanan dan minuman yang sedap dengan harga yang cukup berpatutan.
Ads
Waktu malam pula korang boleh layan BBQ, sambil membakar marshmallow dan layan movie.
Memang syok glamping kat sini, boleh chill dan relax dengan yang tersayang sambil minum kopi menikmati alam, feeling dia paling best!
Ads
Alamat: Kebun Haus, Kampung Sulir, Segamat, Johor
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Langkawi SkyCab, antara produk pelancongan paling dikenali dan popular di di pulau bebas cukai, Langkawi kembali beroperasi selepas ditutup akibat pandemik COVID-19.
Sebaik dibuka semula, destinasi tumpuan ramai ini kembali rancak dengan lebih 100 pengunjung sudah mula berpusu-pusu menaiki Langkawi SkyCab setiap hari. Kereta kabel ini antara sistem kereta kabel tercuram di dunia yang menghubungkan Oriental Village di Teluk Burau dengan Gunung Machinchang yang tingginya 708 meter dari aras laut.
Bagi merancakkan kembali sektor pelancongan domestik di pulau ini, Langkawi SkyCab menawarkan pakej menarik iaitu potongan harga tiket hanya RM38 berbanding RM43 untuk dewasa dan RM28 berbanding RM39 untuk kanak-kanak.
Pengunjung yang membeli tiket bukan sahaja dapat menaiki Langkawi SkyCab tetapi dipakejkan sekali masuk ke empat produk tarikan lain seperti SkyDome, SkyRex, 3D Art Langkawi dan SkyBridge. Tawaran ini terbuka kepada semua warga Malaysia sehingga 31 Julai ini
Pengunjung tidak perlu khuatir untuk singgah di Langkawi SkyCab kerana destinasi ini memberi perhatian kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Antaranya:
Bagi mereka yang inginkan suasana yang santai, dan unik, pilihan resort atau hotel terapung atas air menjanjikan pengalaman berbeza buat seisi keluarga.
Ini ada idea penginapan atas air yang boleh anda pilih untuk percutian seterusnya.
Sebuah hotel yang memberikan anda privasi yang diimpikan, siapa yang tak pernah berangan untuk memiliki kolam renang sendiri kan? Di sini, impian anda menjadi kenyataan. Setiap bilik disediakan kolam renang untuk anda nikmati tanpa sebarang gangguan. Grand Lexis antara hotel terbaik di Port Dickson yang pasti memberi anda pengalaman menginap yang istimewa.
Seperti Grand Lexis, Lexis Hibiscus juga menyediakan kolam renang dalam setiap bilik yang ditawarkan. Ia menjadi tarikan utama yang sangat istimewa buat tetamunya. Dari pandangan atas, Lexis Hibiscus bagaikan sekuntum bunga raya mekar di Selat Melaka. Kala senja, sorotan lampu pada setiap vila menampakkan lagi keunikan bentuk hotel terapung ini yang menjadi tumpuan bukan saja pelancong dalam negara malah seluruh pelosok dunia. Air pancut setinggi 100 meter yang tertinggi di Malaysia dengan pencahayaan memukau pada waktu malam sangat mempesonakan dapat disaksikan pada waktu malam.
Terletak di Pulau Pangkor, Perak, untuk sampai ke resort ini pengunjung perlu menaiki bot laju yang disediakan daripada Marina Island Pangkor yang mengambil masa selama 15 minit. Jauh daripada sebarang gangguan bunyi dan udara kerana lokasinya yang dikelilingi taman tropika dan laut. Resort ini juga sesuai untuk anda yang ingin berbulan madu bersama dengan yang tersayang.
Penginapan ini terletak di Sepang, dan terasa cukup mewah dengan kemudahan spa, pusat kecergasan dan kolam renang infiniti yang disediakan. Dikelilingi pemandangan laut yang indah terutama pada waktu matahari terbenam.
Resort yang terletak di Port Dickson ini bukan sahaja menawarkan kemudahan spa, sauna dan kolam renang, malahan, anda juga boleh melawat ladang rempah-ratus dan melihat pelbagai spesies burung. Reka bentuk di sini juga sangat unik umpama berada di lokasi luar negara.
‘The best dive bases in the world,’ itulah jolokan yang diberikan kepada tempat penginapan yang terletak di perairan Pulau Mabul, Sabah ini. Kejernihan airnya menjadikan aktiviti menyelam atau snorkel sangat menyeronokkan. Bilik-bilik di Mabul Water Bugalow juga agak luas dan memiliki reka bentuk tradisional, tapi tetap dilengkapi dengan pelbagai kemudahan moden.
Terletak di Pulau Sipadan, lebih kurang 50 minit daripada jeti Semporna, resort ini merupakan tempat pemuliharaan penyu selain menawarkan pemandangan yang sangat indah kepada para penginap. Dari jeti resort anda dapat melihat penyu dan pelbagai spesis ikan dengan begitu jelas. Kalau suka aktiviti yang mencabar, boleh mendaki bukit di Pulau Bohaydulong yang terletak tidak jauh dari resort.
Sipadan Kapalai Water Village terletak di Semporna, Sabah. Reka bentuk penginapan ini berkonsepkan reka bentuk rumah masyarakat Bajau. Antara aktiviti yang disediakan di resort ini adalah seperti berkayak, menyelam dan snorkel.
Berlatarbelakangkan hutan hujan yang kaya dengan hidupan liar, resort ini pilihan terbaik jika berkunjung ke Pulau Langkawi.
Berkonsepkan hotel mewah di Langkawi, St Regis menawarkan pemandangan matahari terbenam yang indah. Terletak berdekatan dengan keindahan hutan hujan yang menghijau, serta dikelilingi keindahan laut Andaman yang memukau. Hotel ini menyediakan aktiviti air yang menarik seperti snorkeling dan scuba diving untuk anda mencipta memori indah bersama keluarga.
Sumber Foto: Google Image
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Satu masa dulu, kalau kita sebut saja Pantai Cherating, mesti semua orang especially yang tinggal di semenanjung tahu tentang kecantikan dan keindahan yang disajikan pantai tersebut kepada pengunjung yang bercuti di sana.
Membuatkan nama Pantai Cherating lebih popular apabila pernah menjadi lokasi pengambaran filem tersohor Malaysia satu masa dulu iaitu Senario Lagi arahan Aziz M. Osman pada tahun 2000. Kalau saya sebutkan, pasti adegan yang tak dapat dilupakan adalah babak di mana Saiful, Lan Pet Pet, Azlee dan Yassin terpedaya untuk pergi ke ‘Taman Skodeng’, hahaha.
Kita throwback sekejap babak filem tu di bawah,
Tapi sejak kebelakangan ini, perasan tak nama Pantai Cherating makin kurang meniti di bibir para pelancong atau wisata yang mencari tempat persinggahan pantai bagi mengisi masa lapang dan meluangkan masa bersama kawan serta keluarga.
Mungkin orang ramai sekarang mempunyai banyak pilihan pantai-pantai lain di seluruh negara, membuatkan nama Pantai Cherating sedikit ‘tenggelam’? Ditambah faktor kepelbagaian aktiviti dan tarikan pantai di tempat-tempat lain pun antara penyumbang kepada kekurangan pengunjung ke Pantai Cherating.
Melihat kepada keadaan itu, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Negeri Pahang (MOTAC Negeri Pahang) tampil dengan inisiatif untuk mengembalikan semula kegemilangan Pantai Cherating dengan menganjurkan Cherating Tenggara Wind Challange 2019 (CTWC2019) baru-baru ini.
CTWC2019 yang julung-julung kali dianjurkan itu mempertandingkan kehebatan dan kecekapan peluncur-peluncur air dalam beberapa kategori pertandingan seperti wind surfing, kite surfing, kite buggy dan stand up paddle surfing.
Saya sempat menemubual Pengarah MOTAC Negeri Pahang, Datuk Idrus Yahya, dan beliau katakan CTWC2019 ini adalah untuk mengetengahkan aktiviti-aktiviti berasaskan pantai dan laut supaya menarik minat lebih ramai pelancong datang dan menggunakan segala kemudahan sukan air yang ditawarkan penduduk setempat sekitar Pantai Cherating.
Malah tak kurang dari itu ujar Datuk Idrus, CTWC2019 akan disenaraikan sebagai acara utama Pantai Cherating bagi meraikan Tahun Melawat Malaysia 2020 dengan sasaran 30 juta pelancong dan berbelanja RM100 billion di negara kita. Itu satu berita yang sangat positif kepada semua rakyat Malaysia dan orang Pahang terutamanya peminat-peminat tegar sukan air sebab ada acara mega yang boleh kita datang dan raikan bersama.
Kalau anda pernah sampai ke Pantai Cherating, anda pasti ingat kawasan pantainya yang berteluk dan tiupan angin di sekitarnya cukup sesuai untuk acara luncur air. Faktor-faktor geografi ini membuatkan penyertaan bukan sahaja dari Malaysia, malah peserta dari luar negara turut sama menyertai dan memeriahkan CTWC2019.
Ada sembilan negara yang menyertai acara CTWC2019 antaranya adalah Malaysia dengan 30 peserta, Perancis empat peserta, Filipina tiga peserta, Australia, Itali dan Singapura dua peserta dan Amerika Syarikat, Ukraine dan Finland masing-masing satu peserta.
Cuba anda fikirkan sejenak, kalau pelancong dari luar negara sendiri datang untuk meluncur air di negara kita, tidak kah itu menunjukkan bahawa ada tarikan tersendiri yang menjadi magnet yang menarik pelancong-pelancong luar itu datang ke Pantai Cherating? Jawapan saya, sudah tentu ya!
Jadi kalau anda minat nak cuba aktiviti sukan air yang lain daripada yang lain seperti wind surfing, kite surfing, kite buggy dan stand up paddle surfing, jom kita ke Pantai Cherating!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kala liburan, makanan adalah salah satu cara untuk mengenali dengan lebih dekat sesebuah budaya. Setiap satu menu yang dicuba menjadi manifestasi rasa lantas mengisi...