Muzium Terengganu atau dikenali Muzium Losong selain diiktiraf muzium terbesar dan tercantik di Malaysia, ia juga memiliki keistimewaan tersendiri dan paling menonjol ialah seni landskapnya.
Sebut apa saja flora, semuanya mudah kita temui di persekitarannya kerana pengurusan Muzium ini begitu kreatif melakar situasi pemandangan supaya tidak hanya berbentuk konkrit yang kaku. Muzium Terengganu dikategorikan satu-satunya muzium berlakar belakang taman indah atau 'Muzium dalam taman' kerana lokasi di lembah Bukit Losong dengan struktur tanah-tanih membolehkan apa saja jenis pokok ditanam.
Kedudukan di pesisir sungai Terengganu pula memainkan peranan sebagai pemangkin kepada wujudnya suasana indah dan mendamaikan jiwa. Berada di sini, hati menjadi damai dan ceria melihat panorama yang memukau. Muzium terbesar di Asia Tenggara ini seluas 23 hektar tersergam indah bercirikan rumah tradisional Terengganu juga mempunyai 5 buah rumah tradisional Terengganu pelbagai bentuk. Ia bukanlah replika rumah tradisional asli, tetapi adalah rumah tradisional Terengganu sebenar yang menghuni bumi lebih dari 100 tahun.
Di sini mempunyai 8 galeri dan paling menarik terdapat perahu besar jenis Pinis Gobel dan Pinis Dogol sepanjangnya 74 kaki dipamirkan di sini. Perahu ini digunakan pada zaman dahulu untuk aktiviti perdagangan pada tahun 50-an. Nak lihat batu bersurat kesan tinggalan sejarah? Muzium ini adalah lokasi yang menempatkan batu bersurat yang di ukir pada tahun 702 Hijrah.
Ads
Info : dibuka dari jam 9 pagi hingga 5 petang dari Sabtu hingga Khamis.
Hong Kong sedia maklum sebagai kawasan yang majoriti penduduknya bukan muslim dan stereotype terhadap kesukaran untuk mendapatkan makanan halal melanda destinasi pelancongan itu daripada dikunjungi oleh kebanyakkan pelancong muslim.
Tapi jangan khuatir, sebenarnya ada beberapa restoran halal yang di Hong Kong yang anda boleh menikmati makanan tempatan di sana tanpa rasa was-was tentang status halal mereka.
Di sini Libur senaraikan kepada anda destinasi makanan halal yang terdapat di Hong Kong.
Terletak di bangunan Chungking Mansion, restoran ini turut di kelilingi oleh restoran halal yang lain tetapi keunikkan di sini adalah penyediaan makanan tradisi masyarakat Cina di sana. Sekalipun restoran ini kecil tetapi ruang dalamnya cukup selesa untuk anda menjamu selera.
Status halal: kedai kepunyaan orang muslim Waktu beroperasi: pukul 11 pagi hingga 11 malam setiap hari Alamat: Chungking Mansion, Chungkin, 36-44 Nathan Rd, Tsim Sha Tsui, Hong Kong
Gerai makanan halal ini menyediakan ais krim yang sangat sedap untuk anda nikmati sambil bersiar-siar makan angin di Hong Kong. Sambil-sambil anda makan ais krim, jangan lupa untuk bersiar-siar di sekeliling tebing pantai yang ada di hadapan kedai ini.
Status Halal: Memiliki sijil pengiktirafan halal Waktu beroperasi: pukul 11 pagi hingga 9 malam setiap hari Alamat: Booth 3, Man Kwong Street, Hong Kong Observation Wheel
Anda tergila-gila nak makan kuit tat telur yang sedap? Okay, di sini adalah lokasi yang dicadangkan kepada anda. Rakan kongsi kedai roti ini adalah seorang muslim dan walaupun tidak semua makanan yang disediakan di sini adalah halal, dapur mereka diasingkan sama sekali untuk makanan halal dan tidak halal supaya kualiti makanan halal itu tidak terjejas.
Status halal: Memiliki sijil pengiktirafan halal Waktu operasi: pukul 7 pagi hingga 7 malam Alamat: Shop 3018, 3/F, Shun Tak Centre, 168-200 Connaught Road Central
Menyediakan masakan berupa roti berintikan daging yang menyelerakan. Sekali pandang, kelihatan macam kebab mini di Malaysia. Selain daripada itu, terdapat pelbagai lagi makanan halal yang lain disediakan di sini.
Status halal: Hanyak menggunakan bahan dan daging yang halal Waktu beroperasi: pukul 11 pagi hingga 11 malam Alamat: G/F, No. 1 Lung Kong Rd, Kowloon City, Kowloon – Next to Chow Sang Sang Securities
Terletak 7 minit berjalan kaki dari Causeway Bay Station, restoran ini menyediakan hidangan itik panggang yang halal di tengah-tengah bandar Hong Kong. Kebarangkalian sangat tinggi untuk anda hanya akan jumpa kedai ini sahaja yang menjual hidangan itik panggang yang halal di sana. Antara menu hidangan yang sangat popular di sini adalah nasi itik, dan hidangan tersebut sangat dianjurkan untuk anda cuba oleh orang tempatan di sana.
Status halal: kedai kepunyaan orang muslim Waktu operasi: pukul 10 pagi hingga 6 petang sahaja Alamat: Shop 5, Bowrington Road Cooked Food Centre, 1/F, Bowrington Road Market, 21 Bowrington Road, Wan Chai
Di sini adalah lokasi yang sesuai untuk anda menikmati dim sum yang halal di Hong Kong. Lokasi restoran ini juga tidak sukar untuk didatangi kerana hanya terletak kira-kira 10 minit berjalan kaki sahaja dari Causeway Bay MTR Station. Kedai ini terletak di dalam bangunan dan anda boleh naik menggunakan lif ke tingkat 5 sebelum disambut oleh suasana kedai makan yang nyaman. Menu popular adalah dim sum tetapi ada juga hidangan halal yang lain untuk anda nikmati di sana.
Status halal: kedai kepunyaan orang muslim dan memiliki sijil pengiktirafan halal Waktu operasi: pukul 10 pagi hingga 3 petang dan 6 petang hingga 9 malam Alamat: 5th floor, Osman Ramju Sadick Islamic Centre, 40 Oi Kwan Road, Wan Chai, Hong Kong
Kalau dah bosan dengan makanan cina, anda boleh beralih angin dengan menikmati makanan asli india dengan singgah ke Aladdin Mess yang terletak berdekatan dengan Times Square dan berjauhan dengan Causeway Bay yang sentiasa sibuk dengan manusia. Jangan lupa untuk menikmati hidangan roti naan bawang putih bersama sos marsala mereka yang sedap mengikut review daripada orang tempatan yang berada di sana.
Status halal: mempunyai sijil pengiktirafan halal Waktu operasi:pukul 11.45 pagi hingga 3 petang dan 6 petang hingga 10.45 malam Alamat: 2/F, 60 Russell Street, Causeway Bay
Kedai makanan halal ini pakar dalam masakan Xinjiang. Terletak hanya lima minit berjalan kaki dari Prince Edward MTR Station. Makanan yang popular di sini adalah ikan masak masam manis, dan daging berlada. Sekiranya anda teringin sangat ingin merasai masakan cina Xinjiang, jangan lupa untuk berkunjung ke kedai ini.
Status halal: mempunyai sijil pengktirafan halal Waktu operasi: pukul 11.30 pagi hingga 11 malam Alamat: 21-25 Cheung Sha Wan Road, Hong Kong
Sumber: Havehalalwilltravel
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Umum mengetahui Cameron Highlands, Pahang merupakan pilihan warga tempatan yang suka akan kedamaian dan suhu yang sejuk.
Tetapi mungkin ada yang sudah bosan dengan cara biasa percutian di sana. Nah! Ini idea percutiaan berbeza yang anda boleh cuba jika ke Cameron Highlands. Kalau di Switzerland ada penginapan iglu diberi nama ‘Whitepod’, di Cameron Highland juga ada yang hampir sama, malah telah menjadi tular dimedia sosial negara.
Jom baca perkongsian Is’adah Eisya cadangan tempat penginapan unik serta istimewa di tanah tinggi Cameron Highlands.
CAMPSITE STAYCATION
Sambutan 16 thn anniversary kali ni kami ber’CAMPING’ tapi in a modified way, still tidur dalam ‘tent’ yang dipanggil dome & yang lagi best terletak dalam sebuah ladang di Cameron Highlands. Nama lokasi penginapan ini A’moss Farmstay berkonsep campsite. Mula dikenali awal tahun ini, jadi terus booking awal bulan fwb thru Agoda. Memang penuh sampai la bulan 7 baru ada. Kebetulan our anniversary month so rezeki terus book for 3days 2 nights, even for 3 days still rasa tak puas. Sebab apa ? meh nak bagi review.
Tips:
1) Sampai awal sebelum senja sebab view senja sangat cantik campur dengan lampu-lampu yang dipasang
2) Tempat ini di puncak so sangat sejuk..bawak la sweater tebal selimut extra stokin gloves n so on
3) Tak perlu bawa iron sebab disediakan
4) Tripod wajib bawa untuk sakan bergambar
5) Heater dalam toilet guna tong gas untuk panaskan so ada sikitt bau gas..tapi ok je syukur ada juga air panas
6) Bawak la lapik extra untuk lepak santai-santai depan dome ala picnic gitu
7) Hiasan dalam bilik malam-malam boleh la bawa lampu-lampu (batery operated)..saja bagi anak-anak seronok.
8) Bawak juga pad lock for safety..sebab dome berzip sahaja
Lastly enjoy the pictures
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Jika anda peminat aktiviti mendaki, bukit ini pasti menjanjikan pkepuasan twrsendiri. Dengan pandangan menghadap laut, Bukit Piniapat atau lebih dikenali dengan nama Piniapat Hills terletak di Kampung Dingai, Pitas, Sabah.
Terletak lebih kurang 3 jam perjalanan dari Kota Kinabalu, Sabah, simpang ke Bukit Piniapat ini boleh dilihat selepas melalui jambatan Sungai Mempakad dari jalan Kota Marudu-Pitas. Dari simpang tersebut, kira-kira perjalanan lagi 10 minit, anda akan tiba di pondok untuk bayaran tiket masuk.
Bayaran yang dikenakan:
Bukit Piniapat ini mempunyai ketinggian 141 m dari paras laut. Menariknya, nama Piniapat ini sebenarnya berasal daripada tanah di bukit ini yang mempunyai 4 orang pemilik yang merupakan adik beradik. Dalam bahasa Sabah, Piniapat bermaksud ‘dibahagi empat’.
Untuk sampai ke puncak Bukit Piniapat ini, terdapat dua laluan yang boleh anda pilih sama ada:
Untuk tiba ke kawasan bukit yang cantik itu, anda peru melalui beberapa trekking terlebih dahulu yang terletak lebih kurang 100 meter dari pondok jualan tiket. Keadaan trek agak curam dan licin, namun laluan tersebut selesa digunakan kerana mempunyai ruang jarak yang luas. Selain itu kemudahan tali dan papan tanda juga disediakan sebagai panduan arah.
Keistimewaan utama bukit ini pastinya trail ke puncak bukitnya yang dihiasi dengan tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan. Seakan set penggambaran untuk siri televisyen kanak-kanak yang popular iaitu teletubies.
Jangan lupa untuk merakam gambar kenang-kenangan sambil menikmati pemandangan laut yang indah di atas bukit ini. Aktiviti lain yang sering dilaukan di atas puncak bukit ini adalah bermain layang-layang kerana kawasan yang sedikit berangin.
Boleh dikatakan seluruh kawasan Bukit Piniapat ini sangat insta-worthy dan turut menjadi lokasi pilihan pengantin baru merakam gambar outdoor mereka.
Musim durian di Malaysia bukan lagi sekadar dinanti-nantikan oleh rakyat tempatan. Kini, semakin ramai pelancong luar datang ke negara ini semata-mata mahu merasai sendiri...