Semua penerbangannya dari Sabah ke Wuhan, China telah dihentikan berikutan wabak 2019 Novel Koronavirus (2019-nCoV) yang melanda wilayah berkenaan.
Setiap minggu terdapat 14 penerbangan ke Wuhan, China dan penerbangan itu akan beroperasi semula apabila wabak Koronavirus dapat diselesaikan. Hanya penerbangan ke Wuhan dihentikan dan penerbangan ke wilayah lain di China masih berjalan seperti biasa.
Ads
Sabah telah melaksanakan beberapa langkah pencegahan untuk mengelakkan penularan wabak koronavirus, khususnya pemeriksaan kesihatan kepada individu yang baru tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).
Bukan setakat membuat pemeriksaan kepada pelancong, tetapi juga terhadap rakyat Malaysia yang baru balik dari melancong.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Christina Liew menafikan bahawa wabak berkenaan menjejaskan kehadiran pelancong khususnya daripada China.
Ads
Ads
“Untuk tahun ini kita belum meletakkan sasaran kehadiran pelancong kerana kita telah menghadapi cabaran bermula awal tahun apabila adanya wabak koronavirus dan saya akan mengadakan perbincangan dengan Lembaga Pelancongan Sabah mengenai perkara itu sebelum ia diumumkan,” katanya.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Acara tahunan Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLSCM) 2020 dibatalkan.
Perkara ini diumumkan penganjur Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon, Dirigo Events. Acara tersebut sepatutnya diadakan pada 13 dan 14 Jun 2020. Penganjur berkata peserta yang telah mendaftar untuk acara itu tahun ini akan didaftarkan secara automatik tahun hadapan.
KLSCM 2021 akan diadakan sekitar tarikh yang sama, iaitu minggu kedua bulan Jun 2021. Namun penganjur perlu menunggu keputusan dan kebenaran pihak berkuasa tempatan sebelum mengumumkan tarikhnya nanti.
Penganjur turut memaklumkan semua acara sampingan Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon termasuk klinik larian, pengambilan baju (Race Entry Pack Collection), dan Ekspo Gaya Hidup Aktif juga dibatalkan. Hanya acara amal Run For A Reason akan diteruskan hingga 14 Mei dan semua dana terkumpul akan terus disalurkan kepada badan-badan amal yang telah diumumkan sebelum ini.
Untuk maklumat lanjut boleh layari portal rasmi Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon https://www.kl-marathon.com
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Tahun baru ramai yang suka berhibur juga berlibur untuk meraikan kedatangan 'semangat baru'.
Iya la, tak akan la nak berduka lara. Pasti 'spoil mood' sepanjang tahun nanti. Bila kita gembira, aura-aura positif pasti akan terbit.
Untuk itu ramai la yang mencari aktiviti-aktiviti yang boleh menggembirakan hati antaranya dengan berkungjung ke taman tema hiburan. Namun, hajat hati untuk seronok dengan kedatangan tahun baru 2020 membawa detik hitam buat dua orang sahabat yang mengunjungi tapak karnival.
Kedua-dua mereka cedera apabila tercampak daripada kerusi permainan taman tema di sebuah karnival di Antipolo City, Filipina.
Dalam kejadian di Kompleks Ynares, kedua-dua mangsa mengalami trauma apabila kerusi permainan 'Spiral Jet' yang dinaiki mereka tiba-tiba tercabut.
Sejurus kejadian, mangsa dibantu kakitangan taman tema serta penonton yang berada di situ.
Pengendali karnival dalam pada itu mengaku bertanggungjawab dan bersedia membayar ganti rugi serta bil perubatan hospital yang ditanggung mangsa.
Selangor mencatatkan jumlah perbelanjaan tertinggi pelawat domestik iaitu sebanyak RM15.5 bilion pada 2019, menurut laporan Survei Pelancongan Domestik Mengikut Negeri 2019. Ia diikuti Kuala Lumpur iaitu sebanyak RM12.1 bilion, Sarawak RM8.7 bilion, Sabah RM8.1 bilion dan Perak RM7.8 bilion.
Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan berkata lima negeri tersebut menyumbang 50.6 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan pelancongan domestik pada 2019.
Bagi jumlah kedatangan pelawat domestik, Selangor merekodkan jumlah tertinggi iaitu 33.6 juta orang, diikuti Kuala Lumpur 22.6 juta, Sabah 22 juta, Perak 21.1 juta dan Sarawak 19.8 juta.
Daripada segi trend perjalanan bermalam, tujuan lawatan iaitu mengunjungi saudara-mara dan rakan-taulan merekodkan angka tertinggi bagi semua negeri.
Melaka mencatatkan peratusan perjalanan tertinggi bagi tujuan percutian, iaitu 42.8 peratus daripada keseluruhan perjalanan, diikuti Pulau Pinang sebanyak 28.2 peratus, Pahang 26.6 peratus dan Sabah 21.5 peratus.
Berdasarkan pilihan untuk jenis penginapan, majoriti pelancong memilih penginapan yang tidak berbayar seperti rumah saudara dan sahabat handai, kecuali bercuti di Melaka, Labuan dan Putrajaya.
Semua negeri mencatatkan jumlah pelawat domestik yang tinggi bagi kategori umur antara 25 hingga 39 tahun.
Bagi kelas pendapatan isi rumah pelawat domestik pula beliau berkata, Johor, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Terengganu, Sabah, Sarawak dan Labuan merekodkan peratusan tertinggi bagi pelawat domestik dengan pendapatan isi rumah antara RM1,001 hingga RM3, 000 sebulan.
Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mencatatkan peratusan pelawat domestik tertinggi daripada kalangan isi rumah berpendapatan antara RM5,001 hingga RM10,000 sebulan, manakala Melaka adalah negeri yang paling banyak dikunjungi oleh pelawat domestik bagi isi rumah berpendapatan RM3,001 hingga RM5,000 sebulan
image via google | Sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...