Hari Wesak: Upacara Sembahyang & Mandikan Patung Anak Buddha Dilakukan Dalam Talian

Share

Hari ini penganut Buddha di Malaysia menyambut Hari Wesak, sempena kelahiran, pencerahan dan kematian Gautama Buddha, di rumah masing-masing.

Foto: Astroawani

Perayaan ini disambut dalam normal baharu susulan pandemik COVID-19, tanpa festival di kuil dan perarakan waktu malam seperti sebelum ini.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan pandemik itu mungkin sudah dilonggarkan kepada PKPB sehingga 12 Mei bagi membenarkan beberapa aktiviti ekonomi dimulakan semula tetapi ia tetap melarang perhimpunan beramai-ramai.

Justeru itu, ramai penganut Buddha beralih kepada teknologi untuk mengambil bahagian secara maya dalam perkhidmatan e-Wesak yang dilaksanakan oleh kuil dan persatuan di seluruh negara, dengan membawa tema “Toleransi dan Persefahaman Bermula dengan Saya”.

Foto: Astroawani

Kebiasaannya Hari Wesak adalah satu masa apabila semua penganut Buddha akan berhimpun di kuil untuk mengambil bahagian dalam upacara sembahyang dan memandikan patung anak Buddha dengan menggunakan air wangi sebanyak tiga kali. Tetapi sekarang, dengan teknologi baharu mereka akan menyempurnakan signifikasi agung itu secara dalam talian dan menyertai aktivitinya di rumah menerusi video YouTube dan Facebook, serta melaksanakan amalan yang diajar oleh Buddha.

Foto: tsemrinpoche.com

Memandikan Buddha adalah sebagai simbol menyucikan badan, ucapan dan fikiran bagi memadamkan kemarahan, ketamakan dan kejahilan sebagai membersihkan fikiran bagi mencapai kebajikan dan kebijaksanaan.

Sumber: Bernama

IKLAN