Taiping ada senarai yang sangat panjang untuk destinasi makan. Ada banyak lagi tempat lain yang menjadi pilihan warga tempatan menghabiskan waktu santai sambil menjamu selera bersama keluarga dan rakan-rakan. Namun, ini lokasi ‘wajib’ ramai singgah untuk menjamu selera jika berada disini.
Warung Muhibbah
Foto: mstar
Lokasi ideal untuk sarapan pagi di Taiping pastinya di Warung Muhibbah. Warung terbuka yang dibina ringkas dan terletak di pinggir jalan kadang-kadang menyimpan rahsia dapur keluarga yang hebat. Warungnya sederhana tetapi menjadi tumpuan ramai kerana makanan yang disajikan di situ memang enak memenuhi selera. Nasi lemak berlauk menjadi menu utama, namun hidangan lain seperti soto juga ada disediakan. Disebabkan keenakan nasi lemak di warung ini, tidak hairanlah walaupun hanya warung sederhana di tepi jalan, ia amat popular. Warung nasi lemak ini dibuka setiap hari dari pukul 6.30 pagi hingga 12 tengahari. Sejak awal pagi sebaik perniagaan bermula ramai sudah berbaris untuk menjamu selera. Pastikan singgah di sini untuk memulakan hari anda!
Doli Kuey Teow Goreng
Ini tempat yang sentiasa meniti di bibir penggemarnya. Bisnes keluarga di Jalan Tupai ini menumpukan pada kelazatan kuetiau goreng yang kaya dengan rencah. Kuetiau dengan kerang dan udang memang jadi buruan ramai, tidak kira penduduk tempatan atau pengunjung luar daripada Taiping memang akur dengan kelazatannya.
IKLAN
Ansari Famous Cendol
Orang Taiping sejati mesti tahu tentang lokasi cendol popular di Jalan Barrack ini. Sudah tiga generasi mereka ini menghidangkan kesegaran cendol dan keenakan pasembor kepada pelanggan. Pilih saja cendol kegemaran anda samada yang klasik seperti jagung manis, kacang merah, pulut atau durian.
Roti Bakar Arang Fadzil House
IKLAN
Foto: foodie
Kalau ke Pokok Assam, menu wajib cuba adalah telur goyang bersama kepingan roti yang dibakar menggunakan arang. Smokey taste pada roti yang dihidang bersama telur separuh masak dan ditambah kacang panggang memang tiada tandingannya dalam kamus orang yang gemar bersarapan.
Restoran Mergastua
Kalau bawa anak-anak ke Zoo Taiping & Night Safari, dan kemudian terasa lapar, bolehlah melangkah masuk ke Restoran Mergastua untuk melunaskan keinginan selera. Pilihan masakan tempatan, Barat dan Asia Selatan menanti dalam suasana yang selesa. Jangan lupa untuk mencuba nasi ayam Hainanese dan juga briyani yang sangat menyelerakan.
IKLAN
The Gate Cafe
Kafe ini sudah beroperasi lebih daripada 15 tahun di Jalan Maharajalela sejak 2004, kafe mesra pelanggan ini menjadi tumpuan anak muda untuk bersosial dari siang ke malam, diiringi menu lazat yang pelbagai.
Restoran Nafis Kitchen
Terletak berhampiran Dataran Warisan, lokasi restoran ini mudah ditemui. Ada pelbagai seleksi menu kegemaran tempatan disediakan, dan pada malam hari anda boleh memesan hidangan utara Thailand.
Teruja melihat momen lelaki ini membawa anak-anaknya ke Genting Dream Cruise untuk merasai pengalaman belayar membelah samudera.
Di sini dia berkongsi pengalaman berharga mereka anak beranak ketika bercuti selama 4 hari 3 malam. Jom kita baca dulu.
Perjalanan Mula Port Klang Menuju Pulau Pinang Berlabuh Singapura
Difahamkan pelayaran bermula di Port Klang kemudian menuju ke Pulau Pinang kemudian berlabuh di Singapura dan destinasi terkahir kembali semula ke Port Klang.
Rupanya banyak aktiviti yang boleh dilakukan di atas kapal mewah, bukan hanya melihat pemandangan lautan yang membiru, malah ada 1001 keseronokkan dan pengalaman baru dapat dirasai apabila bercuti di atas kapal mewah ini.
Jadi buat anda yang teringin untuk membawa ahli keluarga bercuti dan merasai sendiri pengalaman istimewa di atas kapal, bolehlah baca dahulu perkongsian daripada keluarga ini.
Percutian 4D3N Di Atas Genting Dream Cruise
Saya kongsi pengalaman dan review sikit trip atas laut ni dengan kawan-kawan semua, ya.
Port Klang – Pulau Pinang – Singapore – Port Klang
Ini memang kali pertama saya bercuti dengan Genting Dream Cruise. Memang pengalaman baru yang sangat berbeza. Keseluruhan trip ni boleh kata macam kombinasi peaceful, relaxing, fun dan challenging, in a good way.
Bilik Ada Ballkoni
Saya pergi trip ni dengan wife dan anak umur 6 tahun. Secara overall, trip ni sesuai untuk semua peringkat umur.
Trip kitorang 4 Hari 3 Malam, tapi untuk pilihan ada macam-macam, ada yang 5 hari 4 malam, 3 hari 2 malam dan lain-lain termasuk destinasi/ route yang berbeza-beza.
Bilik (Cabin): Saya pilih Balcony State Room, ada satu katil besar dan sofa bed. Yang paling best, bilik ni ada balkoni lengkap dengan dua kerusi santai dan meja kopi.
Boleh Pilih Bilik Ikut Bajet
Tempahan kami buat direct dari official website: (rwcruises.com) Selepas pilih tarikh dan masukkan jumlah penumpang, jenis bilik yang bersesuaian akan keluar untuk dipilih. Kita boleh pilih bilik yang bersesuaian dengan minat dan budget masing-masing.
Kelengkapan Cabin : LCD tv, hair dryer, safe box, toiletries, towels, bath robe, shower cubicle, drinkable tap water (hot/cold), mini fridge, mineral water, instant coffee and tea, electronic kettle.
TV Channel : Macam-macam ada, movies pun yang latest, kalau nak lepak santai-santai dalam cabin sambil layan movie je pun senang cerita, tak bosan.
Cruise facilities & activities : 24 hour gym (complete equipment, treadmill facing laut), jogging track, open cinema, swimming pool (siap ada kid section), waterpark, jacuzzi (semua buka sampai 10:00pm), water slides, wall climbing, Rope course & zip line, mini golf, ping pong, basketball court, big chess, theater (setiap malam ada show), bridge viewing room, little dreamers club (kid activities), game arcade, bowling, snooker, spa, massage dan macam-macam lagi lah.
Banyak Aktiviti Boleh Buat
Mungkin saya naik ni bukan masa cuti, tapi still ramai passengers atas cruise. Tapi, the way they manage everything, boleh kata semua smooth, tak overcrowded.
Lagi satu, setiap orang ada minat lain-lain kan, disebabkan atas tu pun macam-macam ada, so tak lah semua orang tertumpu dekat satu-satu tempat/ aktiviti.
Ada Wifi Dan Network Coverage
WiFi : Dekat atas kapal ada WiFi tapi kena subscribe plan, ada beberapa plan; standard, premium, 1/2/4 device, untuk berapa malam, jadi boleh sesuaikan dengan keperluan masing-masing. Kalau tak subscribe pun takde masalah, penuh aktiviti, macam-macam boleh buat.
Network coverage : Saya pengguna Celcom – sebelum kapal bertolak dekat port Klang Cruise Terminal memang ada coverage. Lepas kapal bertolak lebih kurang 30minit macam tu still dapat 4G coverage. Masa Penang Stop pun lebih kurang macam ni, masa Singapore Stop, kalau nak turun, untuk panggil GRAB ke apa, saya subscribe 1 day roaming pass RM38. Settle.
Makan Memang Sedap
Makan : Yang ni paling best, included in the package setiap hari 5 meals (kecuali hari first masa naik 4 meals dan hari ke 4 sebelum turun, breakfast)
Makan dekat restoran The Lido (Halal Certified) – Breakfast, lunch, tea time, dinner, supper. Kiranya belum habis proses makanan dari slot sebelumnya, dah sampai slot makanan yang baru.
Makanan super banyak, semua jenis ada, melayu ke, Indian ke, Chinese ke, western ke, vegetarian ke, macam-macam lah. Air pun pelbagai, coffee, juices dan yang saya paling suka cold fresh milk.
Ada menu yang sama tapi most menu tukar setiap hari, jadi sampai ke hari balik tu takdelah bosan. Tak habis pun nak try semua jenis makanan.
Pengalaman Masuk Singapore
Saya share juga pasal boarding, Penang & Singapore stop dan juga check out.
Boarding : 11:30am @ PKCT (1st day)
Check-out & Disembark : 11:00am @ PKCT (last day)
Penang Stop (2nd Day) : 8:00am – 4:00pm
– Aktiviti bebas, boleh turun cruise dan pergi jalan-jalan, cari makan dan sebagainya. Boleh jalan kaki untuk pusing-pusing area terdekat, macam kitorang layan Mee Sotong Hameed Pata, 5min berjalan dari Terminal.
– Kalau nak gerak jauh, boleh ambil teksi, grab dsb. Last naik kalau tak silap jam 3:30pm
Tapi kalau taknak turun dan buat aktiviti atas kapal pun takde masalah
Singapore Stop (3rd Day) : 12:00pm – 8:00pm
Total Habis RM5000
Yang ni slow sikit nak keluar kalau compare dengan Penang Stop, dari queue untuk keluar kapal sampai settle dekat immigration Singapore boleh jejak Sejam setengah juga. Jadi kalau nak cepat kena datang dekat tempat berkumpul awal, dan terus start berbaris depan pintu keluar.
Yang ni pun sama macam Penang, boleh buat aktiviti bebas dan balik semula paling lambat sebelum 7:30pm.
Kalau korang takut tak ada connection untuk panggil grab ke apa, seperti saya share di atas, boleh turn on roaming, so boleh dapat 4G dengan Singapore provider.
Dekat Singapore ni kitorang singgah restoran Zam Zam tapau murtabak dengan nasi briyani lepas tu makan dekat food court Beach Rod layan Sup Tulang Merah
Tapi sama juga, kalau tak nak turun dan buat aktiviti atas kapal pun tak ada masalah.
Secara keseluruhan, total perbelanjaan untuk trip ni lebih kurang RM5,500.00 all in (4D 3N untuk 3 orang), pembayaran dalam currency Singapore Dollar (SGD). Dari segi mahal, bagi saya memang agak mahal TAPI benda ni bukan yang selalu kita pergi.
Sekali-sekala, atau mungkin sekali ni je pergi. So, kalau ada modal lebih, boleh layan trip dengan keluarga.
Boleh Layan Kopi Sambil Tengok Bintang
Sangat berpuas hati, sebab sentiasa ada aktiviti nak dibuat, even dah penat ke, atau dah tak ada sangat aktiviti nak dibuat pun, buka pintu balkoni, lepak santai sambil minum kopi layan angin dan ombak, kalau malam pula, sambil layan bintang.
Untuk yang mabuk laut, tak terkesan sangat sebab kita macam duduk dalam bangunan, cuma dekat atas laut. Kalau ada vibration pun, akan rasa sikit masa cruise nak berlabuh dan nak bergerak semula dari port.
Lagi satu yang remarkable dan worth to mention adalah semua staff, dari ground staff sampai lah ke semua crew atas cruise, semua sangat-sangat friendly dan sangat-sangat membantu.
Ok ni sedikit sebanyak yang saya teringat dan boleh kongsi untuk trip dengan Genting Dream Cruise ni.
Anda tahu tak berapa banyak kapal terbang yang berada di udara sekarang? Menurut info daripada FlightRadar24, ada kira-kira 3300 kapal terbang yang berada di udara setiap masa.
Apabila anda melihat ke langit, biasanya ruang langit kosong dan tak kelihatan pun 3300 pesawat yang sedang terbang tu, tapi percayalah yang sebenarnya ruang udara kita sangat sibuk.
Sekiranya ruang udara itu sibuk dengan pesawat yang ulang-alik setiap masa, di mana pula lapangan terbang yang paling sibuk? Jawapanya adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Hartsfield-Jackson, Atlanta.
Pada Tahun 2018 sahaja, lapangan terbang ini mencatatkan jumlah penumpang seramai lebih 107 juta orang sekaligus menjadikan lapangan terbang ini menerima jumlah pelepasan dan pendaratan kapal terbang paling banyak di dunia.
Apa yang menjadi persoalan adalah, Atlanta bukan satu kawasan pelancongan yang popular seperti tempat-tempat lain tetapi masih menerima kedatangan pelawat yang tinggi.
Jumlah yang diterima itu meninggalkan jumlah pelawat yang diterima oleh Lapangan Terbang Beijing di tempat kedua dengan 101 juta penumpang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing dengan 90 juta penumpang di tempat ketiga. Kedua-dua lapangan terbang di Beijing ini lebih popular berbanding lapangan terbang di Atlanta tersebut.
Buat masa sekarang, Lapangan Terbang Antarabangsa Atlanta ini tidak akan diperbesarkan sehingga tahun 2037 kerana pengurusan bandar Atlanta telah menandatangani perjanjian bersama Delta Airways yang berpengkalan di bandar tersebut untuk tidak membina sebarang lapangan terbang baharu selama 20 tahun bermula 2017.
Untuk pengetahuan anda, Delta Airlines adalah penerbangan kedua paling popular di dunia dan pernah menjadi yang pertama sebelum dipintas oleh American Airlines yang telah bergabung dengan U.S Airways.
Anda selalu travel naik kapal terbang tak kira sama ada penerbangan domestik mahupun antarabangsa? Jika ya, jadi anda perlu ambil tahu bila hari dan masa tiket penerbangan akan dijual pada harga murah.
Ambil tahu mengenai hari dan masa tiket penerbangan dijual dengan harga murah dapat menjimatkan kos perbelanjaan pelancongan anda dan sikap tak ambil endah untuk tahu perkara ni bakal merugikan anda satu hari nanti.
Untuk tahu hari dan masa yang murah bagi mendapatkan tiket penerbangan, menurut Skyscnanneradalah pada pukul 5 pagi pada hari anda membuat tempahan manakala untuk mendapatkan penjimatan yang lebih bagi penerbangan domestik adalah pada hari Selasa dan penerbangan antarabangsa adalah pada hari Rabu.
Selain dari pada hari dan masa, bulan yang paling murah untuk membuat tempahan penerbangan domestik adalah pada bulan Januari diikuti dengan bulan Februari dan Ogos. Bagi penerbangan antarabangsa pula, tempahan penerbangan bulan Oktober dan April adalah bulan yang paling sesuai bagi mendapatkan harga tiket yang murah.
Jadi, jangan tunggu lagi untuk merancang percutian anda lebih awal supaya penjimatan dapat dilakukan semasa membeli tiket penerbangan. Tip yang berguna untuk anda semasa membeli tiket penerbangan – penerbangan domestik sebaiknya dibeli tiga minggu lebih awal manakala penerbangan antarabangsa pula anda perlu memperuntukkan lima hingga enam bulan lebih awal dari tarikh perjalanan anda.
Dengan langkah-langkah penjimatan ini, diharap anda dapat membeli tiket seterusnya merealisasikan impian anda untuk melancong ke destinasi idaman. Semoga berjaya!