
China merupakan salah satu destinasi yang wajib disinggah buat setiap rakyat Malaysia sekali seumur hidup. Tidak kisahlah ke bandar mana sekali pun, bandar-bandar di sana pasti akan dipenuhi dengan masyarakat kita.
Salah satu bandar yang menjadi tarikan utama pelancong ialah Shanghai, kota futuristik yang masih bernafas dengan warisan sejarah seratu tahun.
Oleh itu, kita akan meneroka Shanghai bukan sahaja dari sudut pencakar langitnya, tetapi menerusi kepelbagaian pengalaman seperti taman warisan klasik, pusat beli-belah, kebudayaan jalanan, hinggalah ke sudut seni yang tenang.
Yu Garden
Taman tradisional ini telah dibina sejak tahun 1559 lagi ketika Dinasti Ming oleh Pan Yunduan. Taman yang berkeluasan sekitar dua hektar ini dipenuhi dengan ukiran naga, kolam ikan koi, jambatan zig zag dan pavilion vintaj.
Pada waktu malam, lampu-lampu tanglung dan lampu emas pada bangunan kayu klasik di Yuyuan Bazaar dinyalakan, suasananya berubah seperti kembali ke zaman silam.
Nanjing Road East
Nanjing Road East merupakan kawasan pejalan kaki paling terkenal dan sibuk di Shanghai yang menghubungkan People’s Square terus ke kawasan waterfront The Bund.
Ini juga merupakan syurga buat peminat shopping dan street photography kerana gabungan bangunan warisan gaya Eropah bersejarah dengan papan tanda lampu neon moden melengkapkan pengalaman anda. Pengunjung juga boleh menaiki Dangdang Tram di sini dengan bayaran 5 ke 10 RMB sekali naik.
Xintiandi
Kawasan ini asalnya merupakan kawasan seni bina Shikumen (rumah bata tradisional Shanghai abad ke-19) yang kemudian dipelihara dan diubah suai menjadi zon komersial moden.
Bukan sahaja sesuai dijadikan tempat untuk bergambar, Xintiandi juga menempatkan pelbagai kafe hipster, butik fesyen dan galeri seni. Sesuai untuk mereka yang sukakan trip membeli-belah.
Kubrick Bookstore
Kedai buku indie dan kafe bertemakan seni bina serta perfileman. Reka bentuk dalam kedai buku ini cukup unik dengan rak buku hijau ikonik, elemen konkrit, serta hiasan dawai artistik yang diinspirasikan daripada lorong lama China.
BACA JUGA: Huacachina, Oasis Menakjubkan Yang Tersembunyi Di Sebalik Gurun Peru
Bukan setakat di Malaysia, pelancong yang ingin pengalaman minum kopi di suasana yang tenang sambil membaca buku tutut boleh merasai pengalaman yang sama di sini. Sambil itu, boleh selami sisi kebudayaan anak muda Shanghai.
Shanghai membuktikan bahawa kemodenan yang pesat boleh wujud serentak dengan sejarah warisan dan seni budaya dengan harmoni. Sebaiknya, lewati bandar ini pada musim bunga atau luruh untuk melihat pemandangan yang memukau.
Rasai juga pengalaman menaiki pengangkutan awam di sana dan gunakan aplikasi pembayaran secara digital untuk memudahkan transaksi harian anda.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!








