Ads

Midnight Moment Times Square: Rahsia Menakjubkan Tiga Minit Ramai Pelancong Tak Tahu

midnight moment times square

New York cukup terkenal dengan jolokan The City That Never Sleeps namun pada waktu tengah malam akan munculnya Midnight Moment Times Square. Kota yang sentiasa sibuk dengan kesesakan lalu lintas, bunyi hon, ribuan manusia yang bergerak pantas serta limpahan cahaya daripada papan iklan digital gergasi akan mula berubah.

Namun, di tengah-tengah kesibukan Times Square, ada satu detik istimewa yang mampu mengubah suasana kawasan ikonik ini selama tiga minit.

Tepat jam 11.57 malam, lebih 92 skrin digital di sekitar Times Square akan memaparkan karya seni secara serentak. menerusi program yang dikenali sebagai Midnight Moment.

Selama tiga minit sehingga tepat jam 12 tengah malam, sebahagian ruang pengiklanan paling terkenal di New York berubah menjadi sebuah galeri seni digital terbuka berskala gergasi.

BACA JUGA: Cuba, Negara Yang Bawa Kita Kembali Ke Era Kereta Klasik Amerika 1950-an

Tiga Minit Menjadi Galeri Seni : Midnight Summer Times Square

midnight moment times squareKredit Foto: Namrata Garad / Pexels 

Bayangkan anda berdiri di tengah Times Square yang biasanya dipenuhi iklan, manusia dan cahaya neon.

Kemudian, puluhan skrin digital secara serentak memaparkan karya seni yang sama iaiti Midnight Moment Times Square.

Dalam tempoh singkat itu, ramai pengunjung akan berhenti seketika, mendongak ke arah skrin, merakam gambar atau sekadar menikmati visual seni yang memenuhi bangunan di sekeliling mereka.

Ads

Suasananya cukup berbeza daripada hiruk-pikuk Times Square pada waktu biasa.

Ia ibarat satu jeda singkat di tengah kota yang sentiasa bergerak.

Program ini merupakan antara program seni awam digital terbesar dan paling lama berlangsung di dunia. Ia dipersembahkan setiap malam selama 364 malam setahun, dengan karya artis yang berbeza diperkenalkan setiap bulan.

Kalau bercuti ke New York, cuba masukkan pengalaman ini dalam itinerari.

Datang ke Times Square sekitar 11.30 hingga 11.45 malam supaya anda sempat mencari lokasi terbaik sebelum paparan bermula pada jam 11.57 malam.

Ads

Salah satu tarikan pengalaman ini ialah perubahan suasananya. Dalam sekelip mata, Times Square yang penuh dengan iklan komersial bertukar menjadi ruang seni terbuka yang memberikan pengalaman visual berbeza.

midnight moment times square

Kredit Foto: The New York Times 

Selesai Midnight Moment, anda juga boleh mengambil gambar kenangan di sekitar Red Steps di Father Duffy Square atau mencari sudut berhampiran persimpangan jalan untuk mendapatkan latar panorama papan iklan Times Square.

Karya Midnight Summer Times Square Berubah Setiap Bulan

Lebih menarik, karya yang dipamerkan menerusi Midnight Moment tidak kekal sama.

Ads

Pada setiap 1 haribulan, karya baharu daripada artis kontemporari akan diketengahkan. Jadi, pengalaman yang anda lihat pada satu kunjungan mungkin berbeza sepenuhnya apabila datang semula beberapa bulan kemudian.

Selepas ini, kalau bercuti ke New York, jangan sekadar singgah Times Square untuk membeli-belah, menonton persembahan Broadway atau bergambar dengan papan iklan ikonik.

Luangkan tiga minit pada penghujung malam untuk menyaksikan Midnight Moment Times Square yang mungkin ramai pelancong tidak tahu.

Kalau korang diberi tiga minit untuk ‘memadamkan’ kesibukan dunia, karya apa yang korang nak lihat terpampang di skrin gergasi Midnight Moment Times Square?

Labubu

Your next adventure starts this 9.9 ✈️

Enjoy 30% off selected Tours & Experiences on KKday with promo code 99TOUR30.

Book Now

Dapatkan tips percutian, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Jom Kita Travel

tempat membaca buku di KL dan Selangor

5 Port Healing Buat Ulat Buku, Boleh Baca Novel Sambil Hirup...

Cari tempat membaca buku di KL dan Selangor? Ini 5 port healing menarik dengan kafe estetik, kopi, kucing comel dan suasana santai untuk ulat buku.