
Bercuti untuk merehatkan tubuh dan minda dan mencari port healing sememangnya penting, terutamanya selepas melalui rutin kerja yang padat sepanjang minggu.
Tak perlu bercuti terlalu lama. Percutian singkat selama dua hari satu malam pada hujung minggu pun sudah cukup untuk memberi ruang kepada diri sendiri berehat dan keluar seketika daripada kesibukan harian.
Selain menginap di hotel mewah, sekali-sekala apa kata pilih lokasi yang lebih dekat dengan alam semula jadi.
Udara segar, suasana hijau dan persekitaran yang tenang boleh memberikan pengalaman percutian yang berbeza.
Antara lokasi yang Libur boleh cadangkan sekitar Semenanjung Malaysia adalah:
1. Sekeping ,Serendah
Kredit Foto: Sekeping Retreats / Google
Penginapan berkonsepkan terbuka dan minimalis ini menggunakan struktur besi serta kaca yang dikelilingi kehijauan hutan.
BACA JUGA: Kenali Suku Mah Meri Di Pulau Carey,Warisan Orang Asli Yang Kaya Seni Dan Budaya
Suasananya yang tenang menjadikan Sekeping di Serendah antara lokasi menarik untuk anda yang mahu melakukan digital detox, berehat daripada telefon dan menikmati suasana alam dengan lebih dekat.
2. Lalang’s Resort & Spa, Jeli
Kredit Foto: lalangs.com / Google
Terletak berhampiran Lata Keding di Kelantan, lokasi ini menawarkan suasana santai yang cukup mendamaikan dengan sentuhan ala Bali.
Antara pilihan penginapan yang tersedia termasuk Arabian tent, unit berbentuk pod, chalet beratap rumbia serta beberapa konsep penginapan unik lain.
Pengunjung juga boleh menikmati suasana sungai yang jernih dan kolam renang sambil berehat dalam persekitaran yang jauh daripada kesibukan bandar.
3. The Kabin, Jeram
Kredit Foto: thekabin / Google
Kalau sukakan konsep penginapan unik, The Kabin boleh masuk dalam senarai.
Boutique resort ini menggunakan kontena perkapalan sebagai sebahagian daripada konsep penginapannya dan terletak berhampiran Pantai Remis.
Gabungan suasana pantai, kolam renang dan seni bina moden menjadikannya sesuai untuk percutian santai bersama pasangan, keluarga atau rakan-rakan.
4. The Dusun, Seremban
Kredit Foto: thedusun / Google
Terletak di kawasan berbukit berhampiran Hutan Simpan Berembun, The Dusun menawarkan suasana eco-retreat yang cukup dekat dengan alam.
Penginapan ini terkenal dengan rumah kayu tradisional, pemandangan bukit menghijau serta infinity pool yang menghadap kawasan hutan.
Memang sesuai untuk anda yang mahu bangun pagi dengan pemandangan hijau dan menikmati suasana yang lebih tenang.
5. The Rubber Escape, Alor Gajah
Kredit Foto: therubberescape / Google
Menawarkan pengalaman sanctuary eksklusif di Alor Gajah, penginapan ini terletak di tengah-tengah ladang getah yang redup dan hijau.
Anda boleh menikmati slow morning walk di bawah pepohonan, berbasikal santai atau berenang di infinity pool sepanjang 45 kaki sambil menikmati keheningan alam malam apabila di sini.
Seperti yang Libur katakan, healing tidak semestinya perlu dilakukan di hotel mewah atau destinasi yang jauh.
Kadangkala, cukup dengan memilih tempat yang tenang, dikelilingi alam semula jadi dan memberi ruang untuk tubuh serta fikiran berehat seketika.
Jadi, kalau masih mencari idea untuk short getaway hujung minggu, lima lokasi ini boleh dimasukkan dalam senarai percutian anda.

sekarang!




