Ads

Dari Ukiran Jade Hingga Seni Maori, MICF 2026 Himpunkan Kraf Dunia Di Kuala Lumpur

Tak perlu terbang jauh untuk melihat keunikan seni kraf dari pelbagai pelosok dunia. Bermula hari ini, Malaysia International Craft Fair (MICF) 2026 menghimpunkan hasil seni, budaya dan kreativiti artisan tempatan serta antarabangsa di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay.

MICF 2026 berlangsung dari 24 September hingga 5 Oktober 2026, setiap hari bermula 10 pagi hingga 10 malam. Edisi antarabangsa pula berlangsung dari 24 hingga 28 September.

Lebih 20 Negara Berkumpul Di Kuala Lumpur

MICF 2026 menyasarkan penyertaan sekitar 400 usahawan kraf, terdiri daripada 300 usahawan tempatan dari seluruh Malaysia dan 100 usahawan antarabangsa dari lebih 20 negara.

Dari Ukiran Jade Hingga Seni Maori, MICF 2026 Himpunkan Kraf Dunia Di Kuala Lumpur
Malaysia International Craft Fair (MICF) Kredit Foto: MICF / websites

Selain menjadi ruang untuk pengunjung mengenali hasil seni dari negara lain, acara ini turut membuka peluang kepada pemain industri untuk membina rangkaian, kerjasama strategik dan meneroka pasaran baharu.

Dari Ukiran Jade Hingga Seni Maori

Antara tarikan yang paling menarik tentunya demonstrasi kraf antarabangsa yang dibawakan oleh artisan dari enam negara.

Pengunjung boleh melihat sendiri seni Ukiran Jade dari China serta Ukiran Maori dari New Zealand.

Ads
Dari Ukiran Jade Hingga Seni Maori, MICF 2026 Himpunkan Kraf Dunia Di Kuala Lumpur
Malaysia International Craft Fair (MICF) Kredit Foto: MICF / websites

Turut dipamerkan ialah Jewellery Art dari Uzbekistan, Beeralu Lace Work dari Sri Lanka, Seni Kulit dari Indonesia dan teknik Tarkashi Brass Inlay dari India.

Bukan sekadar melihat produk yang sudah siap, demonstrasi ini memberi peluang kepada pengunjung memahami teknik, ketelitian dan proses di sebalik sesuatu hasil kraf.

Kraf Malaysia Pun Tak Kurang Menarik

Dalam masa sama, seni kraf tempatan turut diberi ruang besar menerusi penglibatan Adiguru Kraf dan usahawan tempatan.

Dari Ukiran Jade Hingga Seni Maori, MICF 2026 Himpunkan Kraf Dunia Di Kuala Lumpur
Malaysia International Craft Fair (MICF) Kredit Foto: MICF / websites

Ini menjadikan MICF bukan sekadar pesta membeli-belah hasil kraftangan, tetapi lokasi untuk mengenali warisan serta kemahiran tradisional yang masih dipertahankan hingga hari ini.

Ads

Ada Fashion, Persembahan Budaya & Aktiviti Interaktif

Kalau datang bersama keluarga, banyak lagi aktiviti yang boleh diteroka.

Sepanjang penganjuran, MICF 2026 turut menampilkan International Craft Talk, International Fashion Showcase, persembahan kebudayaan, demonstrasi masakan tradisional serta pelbagai aktiviti interaktif.

Dari Ukiran Jade Hingga Seni Maori, MICF 2026 Himpunkan Kraf Dunia Di Kuala Lumpur
Malaysia International Craft Fair (MICF) Kredit Foto: MICF / websites

Antara program lain yang turut disenaraikan ialah pertandingan rekaan Baju Kurung dan Baju Kebaya, seni kompang kreatif, tarian warisan Malaysia seperti Zapin dan Caklempong, pertandingan Dikir Barat, Silat Seni serta Ratu Kebaya.

Ads

Boleh Jadi Aktiviti Hujung Minggu Di KL

Lokasinya di Jalan Conlay juga cukup strategik kerana berada di tengah Kuala Lumpur dan hanya beberapa minit dari kawasan Bukit Bintang.

Dari Ukiran Jade Hingga Seni Maori, MICF 2026 Himpunkan Kraf Dunia Di Kuala Lumpur
Malaysia International Craft Fair (MICF) Kredit Foto: MICF / websites

Jadi kalau belum ada rancangan hujung minggu ini, MICF 2026 boleh dimasukkan dalam itinerary sehari di KL. Selepas melihat hasil kraf dunia, pengunjung boleh sambung berjalan sekitar Bukit Bintang atau meneroka tarikan lain berdekatan.

Penganjuran MICF tahun ini juga menjadi sebahagian usaha memperkenalkan produk kraf Malaysia kepada pasaran antarabangsa serta merancakkan pelancongan domestik.

Info MICF 2026

Tarikh: 24 September – 5 Oktober 2026
Edisi Antarabangsa: 24 – 28 September 2026
Masa: 10.00 pagi – 10.00 malam
Lokasi: Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Seksyen 63, Jalan Conlay, Kuala Lumpur

Kalau anda sukakan seni, budaya atau sekadar mahu mencari aktiviti berbeza ketika berada di Kuala Lumpur, inilah peluang untuk ‘mengembara’ melihat seni kraf dari pelbagai negara tanpa perlu meninggalkan ibu kota.

Dapatkan tips percutian, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Jom Kita Travel

AirAsia & Penerbangan Tambang Rendah, Ini 7 Negara Jauh Yang Makin...

Kalau dulu sebut AirAsia, ramai mungkin terus terbayang trip dekat-dekat sekitar Asia Tenggara. Tapi sekarang rangkaian AirAsia semakin berkembang jauh, termasuk ke Australia dan...