Ads

Stadium Bola Tapi Macam Destinasi Pelancongan, Ini Keunikan Stadium Sultan Ibrahim JDT

Bagi peminat bola sepak tempatan, nama Stadium Sultan Ibrahim memang sudah cukup sinonim dengan Johor Darul Ta’zim (JDT). Namun, stadium yang terletak di Iskandar Puteri, Johor ini bukan sekadar gelanggang untuk menyaksikan aksi Harimau Selatan.

Apa yang membuatkannya menarik ialah bagaimana sebuah stadium bola sepak turut dibangunkan sebagai ruang rekreasi, tarikan pelancongan dan lokasi untuk pengunjung menikmati pelbagai kemudahan dalam satu kawasan.

Malah, Stadium Sultan Ibrahim menerima pengunjung bukan sahaja pada hari perlawanan, tetapi turut menjadi lokasi yang boleh dikunjungi pada hari biasa. JDT sendiri pernah memperkenalkan stadium ini sebagai antara tarikan di Iskandar Puteri dengan kemudahan makanan, membeli-belah dan aktiviti untuk seisi keluarga.

Banyak Pilihan Makan Dalam Kawasan Stadium

Antara perkara yang membuatkan Stadium Sultan Ibrahim berbeza ialah kewujudan pelbagai pilihan makanan dan minuman di kawasannya.

Stadium Bola Tapi Macam Destinasi Pelancongan, Ini Keunikan Stadium Sultan Ibrahim JDT
Dining Area Stadium Sultan Ibrahim, JDT Kredit Foto: JDT / Facebook

Pengunjung tidak semestinya perlu datang ketika JDT beraksi untuk menikmati suasana di sini. Antara jenama makanan dan minuman yang pernah disenaraikan oleh pihak JDT di kawasan stadium termasuk Starbucks, KFC, Subway, IKEA Cafe dan WoodFire.

Konsep sebegini menjadikan kawasan stadium lebih hidup walaupun tiada perlawanan berlangsung.

Boleh datang bersama keluarga, makan, berjalan sekitar stadium dan menikmati suasana di salah satu mercu tanda moden Johor.

JDT Direct Megastore Buat Peminat Bola Rambang Mata

Kalau datang sebagai penyokong JDT, memang susah hendak lalu begitu sahaja tanpa singgah ke JDT Direct Megastore.

Stadium Bola Tapi Macam Destinasi Pelancongan, Ini Keunikan Stadium Sultan Ibrahim JDT
JDT Direct Sultan Ibrahim, JDT Kredit Foto: JDT / Facebook

Kedai rasmi ini menjadi lokasi untuk mendapatkan barangan dan merchandise JDT. Ia sekali gus melengkapkan pengalaman berkunjung ke stadium kerana peminat bukan sahaja boleh bergambar di luar stadium, malah boleh mendapatkan barangan rasmi pasukan kegemaran mereka.

Bagi pelancong luar Johor pula, merchandise JDT boleh menjadi souvenir yang berbeza untuk dibawa pulang.

Ads

Ada Stadium Tour

Nak tengok stadium dari sudut yang biasanya tidak dapat dilihat ketika datang menonton perlawanan?

Pengunjung boleh mencuba Stadium Tour, salah satu aktiviti yang ditawarkan di Stadium Sultan Ibrahim. JDT mula membuka lawatan stadium kepada orang ramai sejak 2023, sekali gus memberi peluang kepada peminat melihat fasiliti stadium dengan lebih dekat.

Stadium Bola Tapi Macam Destinasi Pelancongan, Ini Keunikan Stadium Sultan Ibrahim JDT
JDT Stadium, Stadium Sultan Ibrahim, JDT Kredit Foto: JDT / Facebook

Bagi peminat bola sepak, pengalaman sebegini tentunya lebih menarik berbanding sekadar melihat stadium dari luar.

Ia juga menjadikan Stadium Sultan Ibrahim sebagai satu destinasi yang boleh dimasukkan dalam itinerary ketika bercuti di Johor Bahru dan Iskandar Puteri.

Ada JDT Hummer Tour & Aktiviti Keluarga

Satu lagi tarikan unik yang pernah ditawarkan ialah JDT Hummer Tour, yang membawa pengunjung mengelilingi kawasan stadium.

Selain itu, kawasan sekitar stadium turut digunakan untuk aktiviti rekreasi seperti jogging dan berbasikal.

Stadium Bola Tapi Macam Destinasi Pelancongan, Ini Keunikan Stadium Sultan Ibrahim JDT
JDT X Ice Skate Rink Sultan Ibrahim, JDT Kredit Foto: JDT / Facebook

Ini menunjukkan bagaimana kawasan stadium dirancang bukan sahaja untuk hari perlawanan, tetapi turut boleh dinikmati masyarakat sebagai ruang rekreasi.

Ads

JDT turut menyenaraikan JDT X Skate Ice Rink sebagai antara aktiviti yang boleh dinikmati pengunjung di kawasan ini.

Boleh bayangkan datang ke stadium bola, tetapi dalam masa sama ada pilihan untuk makan, membeli-belah dan melakukan aktiviti bersama keluarga.

Corporate Box & Lounge Premium

Pengalaman menonton bola sepak di Stadium Sultan Ibrahim juga semakin eksklusif dengan penambahan fasiliti hospitaliti premium.

Pada 2025, sebanyak 12 corporate box baharu dan dua ruang hospitaliti premium dikenali sebagai Red & Blue Lounge disiapkan untuk musim 2025/26. Setiap corporate box boleh menempatkan kumpulan sehingga 20 tetamu.

Stadium Bola Tapi Macam Destinasi Pelancongan, Ini Keunikan Stadium Sultan Ibrahim JDT
Red and Blue Lounge Stadium Sultan Ibrahim, JDT Kredit Foto: JDT / Facebook

Red & Blue Lounge pula direka untuk memberikan pengalaman menonton yang lebih premium dengan akses pantas, hidangan makanan dan minuman serta pemandangan terus ke arah padang.

Konsep sebegini sudah biasa dilihat di stadium-stadium besar luar negara, tetapi masih belum begitu meluas dalam bola sepak tempatan.

Ads

Tidak hairanlah Stadium Sultan Ibrahim sering dilihat sebagai antara penanda aras baharu dalam pengalaman menonton bola sepak di Malaysia.

Kemudahan Stadium Sentiasa Dinaik Taraf

Apa yang menarik, kemudahan di Stadium Sultan Ibrahim juga tidak dibiarkan kekal tanpa perubahan.

JDT secara berterusan melakukan kerja penambahbaikan dan penyelenggaraan. Antaranya termasuk pemasangan turf baharu serta naik taraf bahagian tempat duduk dan lantai kawasan penonton untuk meningkatkan aspek keselamatan dan ketahanan.

Pendekatan ini penting kerana stadium moden bukan sekadar perlu cantik ketika baru dibuka, tetapi perlu sentiasa dijaga supaya pengalaman pengunjung kekal selesa.

Boleh Jadi Salah Satu Singgahan Bila Ke Johor

Stadium Sultan Ibrahim membuktikan bahawa stadium bola sepak tidak semestinya hanya meriah ketika ada perlawanan.

Gabungan restoran, kedai merchandise, stadium tour, aktiviti rekreasi dan kemudahan premium menjadikannya satu lokasi yang boleh dikunjungi oleh peminat bola mahupun mereka yang sekadar mahu melihat sendiri salah satu stadium moden di Malaysia.

Kalau bercuti ke Johor Bahru atau Iskandar Puteri, boleh masukkan Stadium Sultan Ibrahim dalam itinerary.

Datang untuk bergambar, makan, mencari merchandise JDT atau menyertai lawatan stadium. Kalau kebetulan ada perlawanan JDT pula, dapatlah merasa sendiri suasana matchday di Home of the Southern Tigers.

Bagi kaki travel yang suka meneroka tempat unik, stadium ini membuktikan satu perkara, kadang-kadang destinasi menarik tidak semestinya pantai, gunung atau taman tema. Stadium bola sepak pun boleh jadi satu pengalaman travel yang cukup menarik.

Dapatkan tips percutian, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Jom Kita Travel

Dolomites, Pergunungan Cantik Di Itali. Ini Sebab Ramai Nak Jejakkan Kaki...

Nama Dolomites semakin kerap muncul di media sosial kini apabila Khairul Aming mengumumkan lima pembeli terawal produk terbaharunya akan dibawa ke lokasi tersebut. Dengan...