
Bagi sesetengah orang, menaiki kapal terbang memang menyeronokkan. Tetapi ada juga yang mula rasa gelisah sebaik sahaja pesawat bergegar atau memasuki kawasan turbulensi.
Walaupun gegaran itu kadangkala terasa kuat, cuba bayangkan satu analogi mudah kapal terbang seperti sebiji kacang pis yang berada di dalam jeli. Apabila jeli digoyangkan, kacang pea mungkin bergerak sedikit, tetapi ia masih berada di dalam jeli tersebut.
Gambaran mudah ini mungkin boleh membantu anda lebih tenang apabila berdepan turbulensi ketika berada di udara.
Bayangkan Pesawat Seperti Kacang Pis Dalam Jeli
Dalam analogi ini, kacang pea mewakili kapal terbang manakala jeli pula mewakili udara di sekelilingnya.
Apabila jeli bergoyang, kacang pis di dalamnya turut bergerak. Namun ia tidak terus terkeluar daripada jeli.

Begitu juga apabila pesawat berdepan perubahan aliran udara. Penumpang mungkin terasa gegaran, tetapi pesawat masih bergerak melalui ruang udara seperti biasa.
Jadi, lain kali apabila pesawat mula bergoncang, ingat sahaja yang anda sedang berada dalam ‘kacang pis’ yang melalui jeli yang sedang bergoyang.
1. Pastikan Tali Pinggang Keledar Sentiasa Dipasang
Walaupun tanda tali pinggang keledar sudah dipadamkan, sebaiknya biarkan tali pinggang terpasang sepanjang anda duduk.

Turbulensi kadangkala boleh berlaku secara tiba-tiba. Memakai tali pinggang membantu memastikan anda kekal berada di tempat duduk jika berlaku gegaran mengejut.
Tidak perlu terlalu ketat, cukup sekadar selesa dan selamat.
2. Jangan Panik Apabila Pesawat Mula Bergegar
Apabila terasa gegaran, cuba elakkan terus beranggapan sesuatu yang buruk sedang berlaku.
Tarik nafas perlahan-lahan dan fokus kepada perkara lain seperti menonton filem, mendengar muzik atau membaca.

Jika anda mudah cemas, cuba gunakan semula analogi kacang pis dalam jeli tadi. Pesawat mungkin bergerak sedikit, tetapi ia masih berada dalam ruang udara yang dilaluinya.
3. Ikut Arahan Kru Kabin
Jika kru kabin meminta anda kembali ke tempat duduk atau memasang tali pinggang keledar, lakukan segera.

Elakkan berjalan ke tandas atau berdiri mengambil barang daripada ruang simpanan atas ketika tanda tali pinggang keledar dinyalakan.
Arahan ini diberikan untuk memastikan keselamatan penumpang ketika keadaan udara kurang stabil.
4. Simpan Barang Dengan Betul
Beg tangan, botol air, komputer riba dan barang lain sebaiknya disimpan dengan kemas sebelum pesawat berlepas atau apabila diminta oleh kru kabin.

Ketika berlaku turbulensi, barang yang tidak disimpan dengan baik boleh bergerak atau terjatuh.
Pastikan juga ruang simpanan atas ditutup dengan sempurna.
5. Pilih Tempat Duduk Yang Membuatkan Anda Lebih Selesa
Jika anda seorang yang mudah takut ketika pesawat bergoncang, pemilihan tempat duduk boleh membantu dari segi keselesaan emosi.

Ada yang lebih selesa duduk berhampiran bahagian tengah pesawat, manakala ada yang memilih tempat duduk di lorong supaya tidak terasa terlalu ‘terkurung’.
Pilih tempat duduk yang membuatkan anda lebih tenang sepanjang perjalanan.
6. Kurangkan Kafein Jika Mudah Cemas
Minuman berkafein seperti kopi boleh membuatkan sesetengah orang berasa lebih berjaga-jaga atau gelisah.

Jika anda memang takut terbang, pertimbangkan untuk memilih air kosong atau minuman lain yang lebih ringan sebelum dan semasa penerbangan.
Pastikan badan juga mendapat air yang mencukupi kerana udara dalam kabin biasanya membuatkan kita mudah terasa kering dan tidak selesa.
Turbulensi Bukan Sebab Untuk Terus Takut Terbang
Rasa takut apabila pesawat bergoncang memang normal, terutama bagi mereka yang jarang menaiki kapal terbang.
Namun memahami apa yang sedang berlaku dan mengetahui langkah keselamatan asas boleh membantu mengurangkan rasa cemas.
Paling penting, sentiasa dengar arahan kru kabin, pakai tali pinggang keledar dan elakkan bergerak ketika pesawat sedang mengalami turbulensi.
Dan jika rasa takut mula datang, ingat sahaja analogi mudah ini, kapal terbang seperti kacang pis di dalam jeli. Jeli mungkin bergoyang, tetapi kacang pis masih berada di dalamnya.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!

