Bagi anda yang sudah biasa menukar mata wang asing pasti tidak berdepan dengan sebarang masalah. Bagi anda yang pertama kali melancong ke luar negara, pasti berlaku kekeliruan bila hal tukaran wang ini.
Ramai yang bertanyakan lokasi mana yang paling sesuai untuk membuat pertukaran? Mahu tukar wang di dalam negara, pusat bank, di lapangan terbang atau di negara yang dituju? Jawapannya mudah! Tukarlah di lokasi yang lebih menguntungkan, mudah dan paling penting selamat. Bagi anda yang kerap ke luar negara, anda pasti mempunyai pusat tukar mata wang kegemaran dan sudah biasa dengan ‘tauke’ tersebut.
Untuk pengetahuan, tempat pertukaran mata wang asing tidak sama kadarnya dengan tempat yang lain. Biasanya, jika anda menukar di lapangan terbang dan pusat bank, anda akan mendapat kurang daripada tempat lain. Jika anda merasakan menukar di luar negara adalah mudah, fikir sekali lagi. Hal ini kerana, ada negara yang tidak menerima Ringgit Malaysia.
Ads
Oleh itu, lihat terlebih dulu mata wang negara yang dituju sebelum berangkat menerusi Internet. Maklumat nilai tukar mata wang asing adalah penting supaya anda tidak tertipu atau rugi. Tidak salah jika anda bertanyakan kepada agensi pelancongan.
Ads
Carilah tempat menukar mata wang asing yang boleh dipercayai untuk elak ditipu. Untuk mendapatkan lokasi yang boleh dipercayai, minta pendapat rakan yang pernah menukar mata wang asing. Jangan lupa buat pengiraan sebaik mungkin agar tidak rugi.
Ads
Berhati-hati dan pilihan ada di tangan anda.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Hujung tahun merupakan bulan paling ditunggu-tunggu oleh ramai daripada kita kerana bulan ini adalah cuti panjang persekolahan dan waktu terbaik untuk mereka yang bekerja menghabiskan cuti tahunan.
Namun begitu, pada hujung tahunlah selalunya setengah-setengah negeri di Malaysia mengalami musim hujan atau tengkujuh. Nak ke mana pun tidak boleh jika cuaca hujan berterusan dan paling buruk jika kawasan percutiaan kerap berlaku banjir berlaku. Nak bercuti pun rasa tidak seronok, terpaksa batalkan percutian duduk diam-diam dalam rumah sahaja. Anak-anak tarik muka, kawan-kawan terasa hati dan boleh jadi isteri pun merajuk.
Jangan begitu, waktu bercuti anda tidak patut dilupakan walau apa pun cuaca yang melanda kecuali jika betul-betul darurat. Seperti percutian di waktu lain, anda juga perlu bersedia dengan segala yang diperlukan. Jika membuat persediaan lebih awal, pasti anda dapat mengelakkan segala perkara yang tidak seronok berlaku.
Selamat Bercuti!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Seorang wanita yang hampir 7 tahun menetap di Mekah ada berkongsi tip kepada umat Islam yang bercadang ke sana pada waktu tidak sesak.
Waktu tidak sesak dikatakan waktu yang memberi keselesaan lebih kepada keluarga yang mempunyai anak kecil untuk beribadat. Begitu juga untuk warga emas yang uzur, mereka tidak perlu bersesak-sesak dan dapat menjalani ibadat umrah dengan sempurna.
Namun tidak menjadi masalah jika anda memilih membuat umrah di sini ketika waktu sibuk. Dengan panduan dan tip ini mungkin boleh membantu anda merancang waktu umrah dengan baik mengikut pilihan masa senang anda.
Tahukah anda?
Bilakah masa Mekah dan Madinah sangat lapang tanpa sesak sehingga anda boleh berikhtikaf lama-lama di hadapan Kaabah di kawasan tawaf?
Dengan pengalaman saya yg tinggal di sini hampir 7 tahun, waktu terbaik utk bawa anak-anak kecil, ibubapa yang uzur atau sesiapa sahaja ialah pada Awal Muharram.
Pada bulan Muharram, visa umrah baru sahaja di buka oleh kerajaan Arab Saudi. Jemaah yang baru sahaja menunaikan haji pula sudah beransur pulang menjadikan Bandar Mekah dan Madinah sangat lengang. Bagaikan boleh bermain lari-lari di kawasan tawaf.
Di waktu ini karpet hijau akan dibentangkan di kawasan tawaf utk kemudahan jemaah berikhtikaf. Kanak-kanak kecil dari sekolah tadika sehingga sekolah rendah datang dengan rombongan sekolah melakukan tawaf sunat dan pelbagai pengisian rohani. Bayangkan kanak-kanak kecil ini dapat melakukan tawaf bersama-sama sahabat kecil mereka. Sambil tangan dibahu mengelilingi Kaabah. Comel sangat.
ps: Saya kongsikan pic awal Muharram tahun lepas. Adakah anda merindui Tanah Suci ini? Saya doakan anda semua diberikan peluang untuk datang lagi dan lagi, aminnn…
Siapa yang tak nak percutian yang murah kan? Kita orang Malaysia, semua nak murah, murah, murah. Kalau dapat free lagi bagus, jimat duit poket. Ada banyak sebenarnya tips untuk menjimatkan wang bila waktu bercuti ni. Kalau nak diceritakan semuanya, boleh dibuat buku atau majalah.
Tapi kali ini Libur senaraikan 10 di antaranya seperti:
Jangan menginap di kawasan terpencil yang jauh dari bandar
Tinggal di hotel yang terletak di pinggir bandar mungkin lebih mudah dan jimat tapi sistem pengangkutan luar bandar tidak serancak di bandar. Oleh demikian, anda mungkin akan berbelanja lebih untuk kos pengangkutan. Sebaiknya, tinggal di hotel yang berhampiran dengan bandar, supaya anda berpeluang untuk melawat tempat-tempat menarik dengan hanya berjalan kaki tanpa perlu membuang masa untuk pulang semula ke hotel.
Baca review daripada pengunjung-pengunjung yang lain
Setiap kali anda hendak mengunjungi mana-mana tempat makan seperti resotran atau hotel, dapatkan dahulu review daripada pengunjung yang pernah datang sebelum ini berkenaan tempat tersebut. Berbuat demikian mungkin dapat menghindarkan anda daripada pengalaman yang tidak menyeronokkan. Antara laman sesawang dan aplikasi yang boleh anda lihat adalah Trivago, Foursquare atau Yelp.
Jangan lupa bawa ubat peribadi
Jangan lupa untuk bawa ubat-ubatan peribadi anda ketika bercuti seperti ubat demam, selsema, minyak angin dan sebagainya. Senarai lengkap barang keperluan perubatan peribadi ada Libur tulis pada entri yang sebelum ini. Dengan cara anda membawa ubat-ubatan peribadi sendiri, anda tidak perlu membazir wang untuk ke klinik dan sebagainya sekiranya ditimpa sakit yang biasa-biasa.
Pastikan anda bawa sedikit makanan ringan
Perkara ini agak leceh sebenarnya tapi sangat membantu untuk anda yang sukar mendapatkan makanan halal di luar negara. Antara makanan yang boleh anda bawa adalah biskut, buah-buahan, mi segera dan paket minuman segera seperti teh. Dengan cara ini, anda dapat jimatkan wang dan lebihan wang itu tadi boleh beli buah tangan untuk keluarga di Malaysia.
Jangan bawa terlalu banyak barang
Kita selalu rasa tak cukup barang sewaktu mengemas bagasi. Itu yang jadi, satu almari kita bawa nak pergi melancong. Jangan begitu sebab akhirnya beg akan jadi kembung dan berat. Pastikan anda hanya bawa barang yang boleh digunakan untuk pelbagai fungsi. Contoh, bawa selendang yang bukan sahaja boleh dijadikan sebagai tudung malah boleh digunakan sebagai selimut atau kain lapik untuk berkelah.
Lantik seorang rakan sebagai ketua
Ketua yang dimaksudkan adalah individu yang boleh diharapkan untuk mengetuai sesuatu perjalanan. Biasanya, ketua dalam pengembaraan ini adalah seseorang yang terperinci dan peka dengan keadaan sekeliling. Dengan adanya ketua yang boleh mengambil tanggungjawab ini, perjalanan percutian anda akan menjadi lebih selamat dah menyeronokkan terutamanya ketika bercuti di luar negara.
Jangan takut untuk berkomunikasi dengan penduduk tempatan
Semasa mengembara di luar negara, anda harus menjadi ringan mulut dan mesra dengan penduduk tempatan. Berkawanlah dengan mereka dan pelancong yang lain supaya memudahkan anda untuk meminta bantuan seperti cadangan tempat penginapan yang selamat atau lokasi restoran yang menyajikan makanan enak.
Beli tiket secara atas talian
Jika anda mahu pergi ke tempat yang terkenal seperti London, anda harus membuat tempahan tiket dengan lebih awal. Caranya? Gunakan perkhidmatan atas talian. Dengan cara ini, anda tidak perlu tunggu lama dan berbaris panjang untuk membeli tiket.
Membeli cenderamata sebagai kenang-kenangan
Ada individu yang selalu beli cenderamata yang tidak cantik dan ada juga yang tidak beli apa-apa lalu menyesal apabila pulang ke negara asal. Libur cadangkan supaya anda berkunjung ke kedai cenderamata atau pasar-pasar lambak untuk mendapatkan cederamata sebagai kenang-kenangan dengan harga istimewa yang murah. Kebanyakkan barangan yang dijual hasil buatan penduduk tempatan kebiasaanya murah dan ia adalah benda wajib untuk anda bawa pulang.
Jangan takut untuk mencuba makanan tempatan
Setiap individu mempunyai citarasa yang tersendiri dan segelintir kita tidak suka dan takut untuk mencuba sesuatu menu baru. Jika anda seseorang yang sebegini, anda sememangnya manusia yang rugi. Bukankah lebih baik jika anda dapat merasai makanan-makanan unik yang menjadi pilihan penduduk tempatan. Pengalaman ini pastinya dapat memberikan anda kenangan sewaktu pengembaraan anda ke negara orang. Bagi non-musim, kalau rasa was-was dengan status halal sesuatu makanan, elakkan la ya. Libur maksudkan anda patut mencuba makanan yang tidak dirahui status halalnya.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Suasana di Dataran Merdeka pada Sabtu lalu cukup luar biasa apabila ratusan anggota bomba, badan beruniform dan sukarelawan berganding bahu menyediakan bubur lambuk secara...