Bila sebut Chow Kit, ramai yang tahu kawasan sekitarnya adalah syurga bagi mendapatkan barangan murah pada harga borong. Baik pada yang mahu membeli pelbagai jenis makanan basah sampai kering hinggalah mendapatkan barangan untuk jualan kerana di Chow Kit ada GM Plaza yang merupakan tempat tumpuan pembeli kecil-kecilan untuk mendapatkan harga borong di lokasi tersebut. Lebih best, di Chow Kit juga ada port makan nasi kandar yang cukup terkenal iaitu Nasi Kandar Kudu selain Nasi Kandar Yassin yang hanya sebaris sahaja.
Manakala kalau sebut soal Bukit Bintang, ia syurga membeli belah dan port terbaik untuk dijelajahi kerana di lokasi ini juga adalah syurga beli belah bagi anak muda. Bagi pengunjung luar yang mungkin pertama kali mahu menuju ke dua lokasi ini menggunakan kenderaan sendiri, ada sesuatu yang korang kena alert terutama perubahan jalan seperti diumumkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bagi melancarkan lagi lalu lintas dua kawasan terbabit yang sememangnya sudah biasa sesak.
Menurut info dari DBKL, bermula 20 Disember 2020 (Ahad), kenderaan yang melalui Jalan Sultan Ismail dari arah Bukit Bintang menuju ke Jalan Raja Laut untuk menghala ke Chow Kit tidak lagi dibenarkan membelok ke kanan di Persimpangan Jalan Sultan Ismail / Jalan Raja Laut.
Ads
Pemandu dikehendaki menyusur kiri menuju ke Jalan Tuanku Abdul Rahman dan seterusnya melalui Jalan Dang Wangi atau Jalan Esfahan dan terus ke Jalan Raja Laut untuk ke Chow Kit.
Ads
Pemandu dikehendaki berhati-hati dan mematuhi arahan papan tanda di lokasi.
Ads
Jadi bagi korang yang mungkin first time nak ke dua-dua lokasi itu, sila alert dengan perubahan jalan ini ya agar tidak tersesat nanti apabila sudah sampai ke sana.
Apa pun, jom kita support pelancongan domestik kita yang mulai hendak naik kembali.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Minggu lepas, saya berpeluang ikut Andrew dari ECO My, penganjur bersama Royal Belum International Hornbill Expedition 2017. Ini kali kedua program ini diadakan. Yang pertama pada 2013. Penganjur utama ialah Perbadanan Taman Negeri Perak.
Saya excited lihat sendiri bagaimana bird watching/photography. PATIENCE & LOVE. Dua faktor saya nampak pada semua peserta. Yang pasti, mata mereka tajam menjejak burung, walau tanpa bonikular. Kagum.
Program jejak 10 spesis burung enggang selama 2 hari bersama lebih 40 peminat burung dari USA, China, Taiwan, Jepun, Filipina, Singapura, Brunei, India, Thailand, dan Malaysia.
Kebanyakan mereka jurugambar burung profesional.
Lebih hebat, Noah Strycker juga turut serta. Beliau pemegang rekod Big Year of Birding dengan rekod 6,042 spesis burung dilihat dari 10,400 spesis burung yang ada di dunia hanya dalam setahun di tujuh kontinen dari 1 Jan-31 Dis 2015.
Royal Belum International Hornbill Expedition 2017 Program dirasmi oleh Puan Noor Asmah bt Mohd Nawawi (Pemangku Pengurus Besar Merangkap Timbalan Pengerusi Perbadanan Taman Negeri Perak) dan ditutup rasmi oleh YB Dato’ Nolee Ashilin bt Dato’ Mohammed Radzi(Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian, Komunikasi & Multimedia Negeri Perak) di Kem Sungai Kenarong, Royal Belum.
Dari program ini pihak Perbadanan Taman Negeri Perak mendapat maklum balas baik dan kritikal dari peserta bagi memantapkan promosi produk hutan Taman Negeri Royal Belum kepada pelancong tempatan dan luar, terutamanya pencinta burung.
Program anjuran Kerajaan Negeri Perak, Perbadanan Taman Negeri Perak dan ECOMY dengan kerjasama Koridor Utara, MOTAC, Tourism Malaysia, Tourism Perak, NEST dan Wild Bird Club Malaysiasaya katakan berjaya dan menjadi titik permulaan kepada penganjuran tahunan. Ini satu usaha yang sangat baik dari semua pihak. Syabas!
Royal Belum Permata Negeri Perak Taman Negeri Royal Belum digazet sebagai kawasan lindungan pada 3 Mei 2007 dibawah Enakmen Perbadanan Taman Negeri Perak 2001.
Ia merupakan kawasan dibawah pentadbiran dan selian Perbadanan Taman Negeri Perak.
Luas keseluruhan 117,500 hektar dengan 90% ialah Hutan Simpan Royal Belum.
Ia bersempadan Thailand di utara, Lebuhraya Timur-Barat di selatan, Kelantan di Timur dan hampir dengan Taman Negara Bang Lang dan Tempat Perlindungan Hidupan Liar Hala Bala.
Taman Negeri Royal Belum pada awal tahun ini juga dimohon senarai Tapak Warisan Dunia Unesco oleh Kementerian Pelancongan.
Ia merupakan hutan hujan tropika tertua di dunia, sekitar 130 juta tahun dan lebih tua dari Hutan Amazon. Dengan hutan tebal, ia jadi habitat tumbuhan seperti raflesia dan haiwan liar termasuk spesis terancam; harimau, gajah, beruang, badak sumbu, tapir, helang,dan burung enggang.
Burung enggang diancam kepupusan kerana diburu bagi mendapatkan paruh dan tanduk serta bulunya yang cantik. Setiap tahun, dilaporkan 6,000 kes buruan enggang.
Royal Belum: Syurga 10 Spesis Enggang Burung Enggang mungkin lebih dikenali di Sarawak. Namun, di sana ada 8 jenis enggang, berbanding 10 jenis di Royal Belum.
Semua enggang bersarang di dalam batang pokok. Burung betina menjaga sarang, sementara burung jantan mencari makanan.
Enggang tidak minum air, sebaliknya bergantung pada air dalam buah-buahan. Diet enggang ialah buah, burung, reptilia dan mamalia kecil.
10 spesis yang ada di Royal Belum ialah:
1 Enggang Bulu/White-crested Hornbill
Hampir sama dengan Tropicranus Albocristatus Afrika, ialah spesis enggang dijumpai di hutan Thai-Malaysia, Sumatra dan Borneo. Ia diancam kehilangan habitat.
Nama: Enggang Bulu/White-crowned Hornbill Nama saintifik:Berenicornis comatus Saiz:Jantan: 90 – 101 cm / Betina: 90 – 101 cm Habitat: Hutan hijau luas sehingga 1000m tinggi
2 Enggang Kawan/Enggang Buluh/Bushy-crested Hornbill
Spesis ini dari famili Bucerotidae. Dijumpai di Brunei, Indonesua, Malaysia, Myanmar dan Thailand.
Nama: Enggang Kawan/Enggang Buluh/Bushy-crested Hornbill Nama saintifik:Anorrhinus galeritus Saiz:Jantan: 90 – 101 cm / Betina: 90 – 101 cm Habitat: Hutan hijau luas sehingga 1500m tinggi
3 Enggang Berkedut/Wrinkled Hornbill
Enggang ini bersaiz sederhana besar dan dijumpai di hutan Thai-Malaysia, Sumatra dan Borneo. Ia bersaiz 70cm panjang, dan bertanduk besar. Ia berbulu hitam pekat, kebiruan di kawasan mata, dan ekor putih yang lebar.
Nama: Enggang Berkedut/Wrinkled Hornbill Nama saintifik:Aceros corrugatus Saiz: Jantan: 81 – 82 cm / Betina: 81 – 82 cm Habitat: Hutan hijau luas, tanah rendah, dan hutan paya air tawar
4 Enggang Gunung/Wreathed Hornbill
Spesis ini dijumpai di hutan sebelah utara-Timur India dan Bhutan, timur dan selatan tanah besar Asia Tenggara dan Sunda, kecuali Sulawesi.
Nama: Enggang Gunung/Wreathed Hornbill Nama saintifik:Aceros undulates Saiz: Jantan: 100.5 – 115 cm / Betina: 84 – 98 cm Habitat: Hutan hijau luas, hutan daun bercampur, dan hutan di pulau sehingga 1830m tinggi.
5 Enggang Hutan/ Plain-pouched Hornbill
Paling banyak dilihat di Royal Belum. Ia dari famili Bucerotidae. Dijumpai di hutan Dawna Range dan hutan Bukit Tenasserim di selatan Burma dan sempadan Thai-Malaysia. Spesis ini terancam kerana kehilangan habitat.
Nama: Enggang Hutan/ Plain-pouched Hornbill Nama saintifik:Aceros subruficollis Saiz: Jantan: 86.5 – 5cm / Betina: 79– 84 cm Habitat: Hutan hijau luas dan hutan daun bercampur sehingga 915m tinggi.
6 Enggang Kelingkung/Lilin/Oriental Pied Hornbill
Juga mudah dilihat di Royal Belum. Ia dari famili Bucerotidae. Dijumpai di sub kontinen India dan Asia Tenggara, meliputi Bangladesh, Bhutan, Brunei, Kemboja, India, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Nepal, Singapura, Thailand, Tibet dan Vietnam. Diet burung termasuk buah-buahan dan serangga serta katak dan cicak.
Nama: Enggang Kelingkung/Lilin/Oriental Pied Hornbill Nama saintifik:Antharacoceros albirostris Saiz: Jantan: 68 – 70 cm / Betina: 68 – 70 cm Habitat: Hutan hijau luas, hutan daun bercampur, hutan baru, kawasan ladang,dan hutan di pulau sehingga 1400m tinggi.
7 Enggang Kekek/Gatal Birah/Black Hornbill
Macam gagak warnanya. Ia dari famili Bucerotidae. Hidup di Asia di Brunei, Indonesia, Malaysia, Singapura, Thailand & India.
Nama: Enggang Kekek/Gatal Birah/Black Hornbill Nama saintifik: Anthracoceros malayanus Saiz: Jantan: 76cm / Betina: 76cm Habitat: Hutan hijau luas sehingga 215m tinggi.
8 Enggang Badak/RhinocerosHornbill
Ia salah satu spesis terbesar enggang. Boleh mencecah berat sehingga 3 kg dan hidup selama 35 tahun. Mudah dijumpai di kawasan rendah, dan hutan hujan tropika pada altitud 1400m di Borneo, Sumatra, Java, Semenanjung Malaysia, Singapura dan selatan Thailand. Ia punya tanduk paling besar dalam semua spesis enggang.
Burung ini merupakan lambang burung negeri Sarawak. Bagi kebanyakan orang Dayak, ia simbol dewa perang; Singalang Burong.
Nama: Enggang Badak/Rhinoceros Hornbill Nama saintifik: Buceros rhinoceros Saiz: Jantan: 91 – 122 cm / Betina: 91 – 122 cm Habitat: Hutan hijau luas sehingga 1220m tinggi.
9 Enggang Papan/Great Hornbill
Juga dikenali Great Indian Hornbill atau Great Pied Hornbill antara yang terbesar dalam famili enggang. Ia dijumpai di Semenanjung Malaysia dan Sumatra, Indonesia. Kerana saiz besar, ia menjadi lambang penting pada banyak budaya dan amalan.
Nama: Enggang Papan/Great Hornbill Nama saintifik:Buceros bicornis Saiz: Jantan: 119– 122 cm / Betina: 119– 122 cm Habitat: Hutan hijau luas, hutan daun bercampur, dan hutan di pulau sehingga 1525m tinggi.
10 Enggang Tebang Mentua/Burung Torak/Helmeted Hornbill Ia spesis enggang terbesar. Dijumpai sekitar semenanjung Malaysia, Sumatra dan Borneo.
Ia diancam kepupusan kerana diburu bagi mendapatkan paruh dan tanduk merahnya. Bunyi burung ini seperti bunyi ketawa mengilai di penghujungnya.
Nama: Enggang Tebang Mentua/Burung Torak Nama saintifik:Rhinoplax vigil Saiz: Jantan: 127cm / Betina: 127cm Habitat: Hutan hijau luas sehingga 1400m tinggi.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Korea Selatan mencatatkan peningkatan kes baharu COVID-19 yang mendadak secara tiba-tiba, dalam tempoh beberapa jam lalu.
Menjadikan keseluruhan orang yang dijangkiti seramai 602 setakat (23 Feb), lapor agensi berita Sputnik memetik Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea Selatan (KCDC).
Korea Selatan melalui Presidennya Moon Jae-in mengumumkan amaran tahap tertinggi atas nasihat pakar. Ia susulan rakyatnya dijangkiti koronavirus baharu (Covid-19) dengan jumlah mendadak.
Korea Selatan mencatatkan peningkatan kes jangkitan wabak itu yang menular selepas dikaitkan dengan pengunjung sebuah gereja di Daegu, minggu lalu. Republik itu merekodkan jumlah kes jangkitan tertinggi selepas China, selain daripada jangkitan di atas kapal Diamond Princess di Jepun.
Kepada anda yang berada di Korea Selatan diharap mengambil langkah berjaga-jaga atau menangguhkan perjalanan ke sana jika perlu.
Seorang juruteknik komputer dan ibu kepada empat orang anak berasal dari Perlis, Alisa Roslan, tidak menyangka resipi ‘ciptaan serba sederhana’ iaitu Serawa Labu Manis Nestum® berjaya menobatkannya sebagai Ratu Empayar Sajian Nestum® yang pertama dalam acara kemuncak cook-off Empayar Sajian Nestum® di sebuah pusat beli-belah baru-baru ini.
Dalam pertandingan anjuran jenama multi-bijirin Malaysia, Nestum® yang turut disertai empat lagi finalis itu, resipi penyertaan Alisa berjaya menambat barisan panel hakim diketuai chef selebriti, Chef Naem. Resipi pemenang akan dimuatkan dalam buku resipi masakan Quick and Easy Recipes with Nestum® terbitan Nestlé Malaysia.
Selain berpeluang menerbitkan resipinya itu, Alisa juga meraih hadiah kelas memasak peribadi dan eksklusif dari The Cooking House, perkakas memasak daripada Le Creuset, baucer eksklusif dan produk daripada Sen Heng, AEON dan Nestum® – kesemuanya bernilai lebih daripada RM28,000.
Sementara Pengurus Eksekutif Perniagaan Milks, Nestlé Malaysia, Ng Su Yen pula berkata, menerusi Empayar Sajian Nestum®, pihaknya ingin menghargai peminat memasak yang bijak mengolah resipi dengan mengguna Nestum®.
Empat lagi finalis ialah food blogger, Wan Rogayah atau lebih dikenali Kak Wan dengan resipi Makmur Semolina Nestum® Cookies; Zul Razak (Nestum® Awesomeness Fruit Crumble), Lauren Tan (Nestum® Prawn Nuggets) dan Muhammad Falihin (Sate Ayam Nestum®). Acara kemuncak cook-off itu dihoskan pengacara TV, Sazzy Falak.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...