Kalau nak rasa purrfect refreshment, Lost Paradise Resort di Pahang mempunyai pemandangan yang cantik. Dia punya resort suasana ala-ala bali.
Lost Paradise Resort
Setiap entrance dia akan ada pintu yang cantik cantik design pun menarik. Yang best lagi kat sini ada siap bilik untuk pemancing.
Ads
Sebab itu diaorang prepare bilik seaview. Buka sahaja pintu boleh terus baling umpan. Tempat untuk memancing pun heaven bukan kaleng kaleng.
Ads
Salah satu attraction tempat ini is floating garden which is dorang dah prepare tempat bbq atas laut gaiss. Sambil buat bbq dapat tengok Penang City dengan bunyi ombak laut.
Ads
Ini ruang untuk healing juga, baring sambil layan langit biru, syok!
Lokasi:
Lost Paradise Resort Pahang
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Bila sebut pasal cuti, antara perkara yang ibu ayah fikirkan ialah adanya kolam renang untuk anak-anak mandi manda untuk setiap hotel, resort atau homestay yang dipilih.
Bagi yang tak nak bersesak-sesak mandi di kolam renang terbuka khususnya di hotel, bolehlah buat pilihan bercuti di homestay yang menawarkan banyak kemudahan termasuklah kolam renang.
Antara homestay yang menarik boleh dicuba ialah Zen Retreat Waterfall Villa yang terletak di Taiping, Perak.
Bukan saja tempatnya menarik tapi apa yang bestnya, kolam mandinya terletak dalam rumah yang mana korang semua boleh mandi sepuas-puasnya. Ia juga dilengkapi semua kemudahan termasuk memasak.
Bertemakan konsep minimalis untuk rekaan villa ini, ia menawarkan 4 bilik tidur di mana di satu di bahagian bawah sementara tiga lagi di atas dan kesemuanya dilengkapi penghawa dingin. Kalau datang ramai-ramai, boleh muatkan antara 14-15 orang ya. Jadi memang happeningla malam-malam.
Untuk kolam renang sedalam 3 kaki ini, ia terletak di ruang tamu di mana ibu ayah boleh memantau anak-anak mandi. Jangan risau dengan isu keselamatan kerana di sekeliling kolam renang ini ia dilengkapi panel gelas lutsinar. Bukan saja kolam ini menjadi daya tarikannya tapi bunyian air terjun juga turut mendamaikan (namun bunyi pamnya agak bising kalau dibuka pada tengah malam ya).
Berapa harga Zen Retreat Waterfall Villa ini?
Sewaannya adalah RM550 untuk 2 hari 1 malam dan kalau deal terus dengan owner dapat murah sikit katanya.
Paling best, kalau menginap di sini, ada banyak aktiviti boleh dibuat. Antaranya ia agak dekat dengan Zoo Taiping, Taman Tasik Taiping Trong Leisure Farm (taman itik) dan Kuala Sepetang). Jadi banyak aktiviti korang boleh buat ya selain jalan-jalan di sekitar homestay nie.
Paling menarik, rumah ini asalnya adalah milik penyanyi lagenda Datuk Jamal Abdillah. Hah, bestkan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Menara Condong adalah sebuah menara jam yang menjadi mercu tanda bandar Teluk Intan sejak sekian lama. Binaannya yang condong itu, mirip The Leaning Tower of Pisa di Itali. Menara ini dibina pada tahun 1885 setinggi 25 meter dan mempunyai 110 anak tangga. Walaupun telah berusia lebih 100 tahun struktur menara ini masih berdiri kukuh berdiri walaupun kelihatan senget dan tercondong.
Dari bahagaian luar kelihatan seolah-olah menara ini mempunyai 8 tingkat, namun apabila masuk sahaja ke bahagian dalam, menara ini hanya mempunyai 3 tingkat sahaja. Terdapat sebuah tangki air terletak di aras tiga diperbuat daripada keluli setinggi 16 kaki. Tangki ini boleh memuat sejumlah 680 kaki isi padu air. Namun hari ini, tangki air tersebut tidak lagi berfungsi.
Pengunjung diberi peluang untuk naik sampai ke tingkat atas dan boleh melihat sendiri tinggalan sejarah yang masih dipelihara dengan baik di Teluk Intan ini. Terdapat beberapa info dan keterangan yang disediakan di dalam dan luar menara ini untuk panduan pengunjung.
Sejarah Pembinaan Menara Condong
Menara Condong asalnya tidaklah condong dan senget seperti sekarang. Individu yang bertanggungjawab membina menara ini ialah Leong Choon Cheong atau dikenali sebagai Ah Cheong. Sebagai arkitek beliau mendapat ilham membina dengan reka bentuk Menara Condong berdasarkan struktur binaan pagoda di Negara China. Setelah 10 tahun dibina, pada tahun 1895 telah berlaku banjir besar di Teluk Intan sehingga menyebabkan menara ini tenggelam. Banjir yang berlaku dengan bebanan air yang berat inilah dipercayai punca menara ini mula condong ke arah Barat.
Jepun Takluk
Pada zaman Jepun sekitar tahun 1942 hingga 1945 bangunan Menara Jam ini dijadikan menara kawalan untuk meninjau kedatangan musuh. Struktur bangunan yang diperbuat daripada kayu ini juga ketika itu digunakan sebagai bangunan ketenteraan oleh pihak Jepun hingga menyebabkan kerosakan terutama pada bahagian paling atas.
Fungsi Menara Jam
Mendalami sejarah pembinaannya, struktur yang dibina beratus tahun yang lalu ini dahulunya dikenali sebagai Menara Jam, menjadi petunjuk waktu kepada penduduk di bandar ini. Menara tersebut juga pernah menjadi penunjuk arah kepada laluan kapal ke bandar ini suatu masa dahulu. Selain itu, menara itu berfungsi memberikan perkhidmatan kepada rakyat kerana terdapat tangki air untuk kegunaan pada musim kemarau selain mempunyai kemudahan untuk memadam api.
Pasar Malam Menara Condong
Di sekitar menara ini terdapat dataran berbatu bata yang lapang menjadi pilihan penduduk tempatan untuk bersiar-siar pada waktu pagi, petang hari atau hujung minggu. Pelbagai pilihan premis jualan makanan juga terdapat di sekitar Menara Condong ini jika pengunjung ingin menjamu selera.
Pada setiap malam minggu Sabtu dan Ahad pula, suasana sekitar menara ini begitu meriah dengan kehadiran pengunjung yang datang untuk menyaksikan panorama sorotan warna-warni lampu yang dipasang. Selain itu juga deretan kawasan Pasar Malam telah dibuka berhampiran menara ini sebagai tarikan lebih ramai pengujung melawat Menara Condong Teluk Intan.
Langkawi kala ini sedang diserbu beramai-ramai selepas Perintah Kawalan Pergerakan dilonggarkan. Ia turut memberi nafas kepada industri pelancongan yang agak tenat sepanjang PKP diperketatkan.
Jika tak tahu destinasi mana nak dikunjungi, apa kata buat pilihan ke Pulau Payar yang termasuk di dalam senarai 99 buah pulau yang bertaburan di sekitar Pulau Langkawi. Kedudukan pulau yang diwartakan sebagai Taman Laut Negara ini hanyalah 30 kilometer dari Pulau Langkawi.
Kerana ia telah diwartakan sebagai Taman Laut Negara, maka pulau ini tidak didiami oleh sesiapa kecuali kakitangan Jabatan Laut yang bertugas mengawasi aktiviti-aktiviti yang dilarang dibuat di pulau ini khususnya menangkap ikan. Dikenali sebagai antara pulau tercantik dengan air laut membiru serta dipenuhi ikan-ikan sesuai untuk aktiviti snorkling, ia destinasi pelancongan sangat menarik dan berjaya menarik ribuan pelancong luar sebelum PKP dilaksanakan di negara ini.
Jika sebelum ini ramai yang naik dari Langkawi untuk ke pulau ini tapi kini korang boleh naik dari Jeti Kuala Jerlun yang terletak 15 minit dari Alor Setar. Ia atas insiatif Persatuan Nelayan Kawasan Kuala Kedah yang menawarkan perkhidmatan ini bagi yang ingin snorkling mahu pun hiking serta memancing di kawasan tuas atau uncang yang disediakan khusus untuk pemancing.
Dengan masa tak sampai 30 minit perjalanan, kaki travel akan ada lebih banyak masa untuk lakukan aktiviti dinyatakan di atas. Lebih best dalam perjalanan balik, korang akan dapat melihat dari kejauhan Gunung Kriang, Gunung Jerai dan Menara Alor Setar.Jika kena waktunya, akan nampak feri dari Jeti Kuala Kedah bawa penumpang ke Pulau Langkawi.
Apa pun kalau nak ke sana melalui Persatuan Nelayan Kawasan Kuala Kedah ini, kena buat tempah bot kepada Liza (016-4919498) dan perlu book awai kerana bot mereka Cuma ada lima buah saja selain beberapa buah lagi digunakan untuk bawa pemancing.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Musim panas kali ini hadir dengan satu berita baik buat kaki travel yang sedang memburu destinasi luar negara dengan bajet berpatutan. Syarikat penerbangan tambang...