Kesempatan ke Switzerland atas urusan pengambaran 13 buah episod program pelancongan yang bertajuk ‘Helo Switzerland’ secara langsung membawa saya ke banyak tempat yang indah yang sebelumnya kurang terkenal di kalangan orang-orang kita. Perjalanan dari satu daerah ke daerah amat mengasyikkan. Semua tempat yang dilawati itu indah, masyaAllah. Nak melelapkan mata barang seminit dua di dalam keretapi yang membawa kami ke sana sini pun terasa rugi.
Geneva, Zurich, Lucerne, Interlaken dan Bern adalah antara bandar-bandar besar yang selalunya menjadi tumpuan pelancong. Tetapi apa yang saya mahu paparkan kali ini ialah sebuah daerah yang bernama Gstaad. Nama yang jarang-jarang didengar bukan. Jom ikuti kembara saya.
GOLDEN PASS
Sebelum itu mari saya ceritakan tentang kereta api popular ini. Ia bukan sebarang kereta api. Ini adalah Golden Pass Train. Memang betul, tidak sah ke Switzerland kalau tidak merasai pengalaman menaiki Golden Pass Train.
Menaiki gerabak klasik kereta api Golden Pass membuat kita rasa seperti golongan bangsawan zaman dahulu. Rekaan dalamannya masih mengekalkan ciri-ciri hiasan kereta api semasa zaman Victoria. Gerabak klasik ini adalah satu daripada jenis kereta api berpanorama yang disediakan oleh sistem kereta api Golden Pass.
Kami menaiki kereta api klasik ini dari Montreux untuk ke destinasi seterusnya iaitu di Gstaad atau sebutannya Stad sahaja. Dalam perjalanan tadi, kami melihat keindahan ladang anggur dan ketenangan Tasik Geneva.
Perjalanan yang mengambil masa sejam dua puluh satu minit itu akhirnya tiba d Saanen. Amboi,seminit pun nak berkira. Sudah semestinya kerana Switzerland amat menitik beratkan soal ketepatan waktu. Setibanya di sana sudah sedia menunggu dua buah van untuk membawa kami ke hotel HUUS Gstaad.
Semasa menerima itinerari perjalanan sebelum berlepas ke Switzerland, saya sudah membuat tinjauan mengenai hotel ini. Hotel yang terletak di lereng bukit ini boleh tahan Alhamdulillah cantiknya. Memang teruja benar rasanya.
Lembah Gstaad terdiri daripada lima buah perkampungan iaitu Saanen, Gstaad, Schonried, Gsteig yang disebut Steig dan Lauenen. Keseluruhan penduduk di sini juga tidak ramai, sekitar 7,500 orang sahaja, sama banyak dengan jumlah ternakan lembu yang ada di lembah ini. Boleh bayangkan tak? Kedengaran macam kelakar tetapi itulah kenyataannya.
Meskipun ia agak kecil namun lembah Gstaad mempunyai reputasi yang besar dalam industri pelancongan Swtizerland. Ia dikenali sebagai pusat peranginan yang menjadi tumpuan golongan ternama dari seluruh dunia. Saya dapat tahu Madonna juga memiliki kediaman peribadi di Gstaad ini. Tak sempat pula nak ziarah dia. Lain kali ye kak Donna.
Pada musim sejuk, Gstaad menjadi tumpuan mereka yang gemar bermain luncur salji. Semasa musim panas pula, kawasan ini dikunjungi oleh para pendaki gunung serta mereka yang suka berbasikal. Seronok dan rileks betul kehidupan mereka kan.
Ads
MOUNT WISPILE & ALPHORN
Selepas mendaftar masuk hotel, kami dibawa ke Mount Wispile. Di kaki gunung itu rupa-rupanya sedang berlangsung sebuah pertandingan ratu cantik. Haaa…jangan tak tahu. Bukan orang sahaja yang ada pertandingan ratu cantik, rupa-rupanya kambing pun ada pertandingan Kambing Tercantik. Pertandingan ini diadakan setahun sekali di Gstaad.
Penduduk Gstaad masih mengamalkan kehidupan tradisional dengan mengendalikan ladang serta ternakan sendiri walaupun tempat ini sudah menjadi lokasi pelancongan bertaraf dunia.
Sebagai menghargai hasil ternakan mereka, beberapa acara rakyat diadakan seperti pertandingan Kambing Tercantik. Para penternak akan membawa kambing mereka ke sini untuk dihakimi oleh para juri berpengalaman dalam bidang penternakan.
Dari kaki gunung ini, kami perlu menaiki kereta kabel untuk sampai ke puncak Mount Wispile. Dan dari atas gunung ini, kami dapat melihat bandar Gstaad yang berada di dalam Kanton Bern. Dan di sini juga kami bertemu dengan pemain Alphorn.
Alphorn merupakan alat muzik tradisional Switzerland yang diperbuat daripada kayu lembut seperti spruce atau pine. Pada zaman dahulu, pembuat alphorn akan mencari kayu yang bengkok di perdunya bagi memudahkan mereka membentuk alphorn.
Namun, pada zaman moden ini, para pembuat alphorn cuma mencantumkan dua kayu yang telah dibentuk. Untuk melengkapkan bentuk alphorn, sebungkah kayu keras diukir mengikut bentuk mulut cawan, sebagai muncungnya. Bentuk dan saiz alphorn berbeza di antara satu dengan lain,
Ads
Saya ada juga cuba meniup alphorn ini dengan bantuan dan tunjuk ajar daripada pasangan adik-beradik, Kurt dan Martin yang mempunyai pengalaman 40 tahun bermain alphorn. Lucunya tiupan saya tidak keluarkan bunyi apa pun hatta bunyi angin. Bukan sebarang orang pandai meniup alphorn ini rupa-rupanya.
BOLLYWOOD TRAIL
Saya peminat filem Bollywood terutamanya lakonan Shah Rukh Khan. Kalau ke Gstaad jangan lupa menyelusuri Bollywood Trail. Pemandangan alam semulajadi Gstaad serta suasana persekitarannya yang tenang, menarik minat para penggiat filem dunia untuk membuat penggambaran di sini.
Terdapat 150 buah filem menjalani penggambaran di Gstaad dan Saanen. Antaranya, filem blockbuster Bollywood tahun 1995 iaitu Dilwale Dulhania Le Jayange, lakonan Shah Rukh Khan dan Kajol.
Latar belakang menarik Gstaad yang dipaparkan dalam filem itu secara tidak langsung menarik minat ramai penggemar filem Bollywood untuk datang ke Gstaad. Justeru, pihak berwajib di sini menamakan kawasan-kawasan yang pernah menjadi lokasi penggambaran filem Bollywood sebagai Bollywood Trail. Antaranya ialah di tengah bandar Gstaad, stesen kereta api Saanen dan jambatan Saanen.
GLACIER 3000
Kalau tadi Mount Wispile, sekarang kita beralih ke Glacier 3000 dengan ketinggian 2,965 dari aras laut. Di sinilah satu-satunya kawasan di Bernese Oberland yang dijadikan kawasan untuk meluncur salji sepanjang tahun. Dengan 24 puncak gunung yang terdapat di sini, menjadikan tempat ini sentiasa dilitupi oleh salji.
Ads
Dengan menaiki kereta kabel selama 15 minit, kami dibawa ke ke puncak Glacier 3000. Pada ketinggian ini, saya melihat hamparan salji yang meliputi permukaan kawasan pergunungan Alpine ini. Ia memberi peluang kepada para pengunjung untuk menikmati suasana bersalji meskipun datang di luar musim sejuk.
Di sini, saya melihat keindahan pemandangan puncak 24 buah gunung termasuk Mont Blanc, Jungfrau, Eiger dan Matterhorn.
Glacier 3000 juga terdapat Alpine Coaster iaitu toboggan run tertinggi di dunia yang menuruni kawasan tinggi dengan kelajuan 40 kilometer sejam sambil berpusing dalam pusingan 520 darjah, 10 curam yang berlekok dan 6 kawasan bergelombang. Saya tak naik pun. Serammm…
Kembara ini memang mengujakan. Di sini juga terdapat Peak Walk, iaitu jambatan gantung yang diperbuat daripada kabel besi waja, yang pertama di dunia. Dari sini, pemandangan seluruh banjaran Alps boleh dilihat, walaupun anda gayat pada ketinggian.
Peak Walk by Tissot merupakan jambatan gantung untuk pejalan kaki yang pertama di dunia yang menghubungkan dua buah puncak gunung. Jambatan sepanjang 107 meter dan lebar 80 sentimeter ini merupakan tempat terbaik untuk menikmati pemandangan puncak Matterhorn, Mont Blanc, Eiger, Mönch and Jungfrau.
Ia di buka sepanjang tahun, bergantung kepada keadaan cuaca dan ia percuma untuk sesiapa yang melawat Glacier 3000.
GASSLIHOF FARM
Kalau nak merasa bagaimana kehidupan di lading, datanglah ke Gasslihof Farm. Ladang ini dimiliki oleh Mr. Walter dan isterinya, Daniela Sumi.
Penternakan lembu, pengeluaran daging dan produk tenusu merupakan tiga hasil pengeluaran terpenting di Gstaad. Malahan, para penternak lembu di sini begitu bangga sekiranya orang luar atau pengunjung tahu mereka ini mengembala lembu. Malahan, perkerjaan mereka telah menjadi salah satu tarikan utama sebagai aktiviti pelancongan. Di Gstaad sahaja terdapat 7,000 ekor lembu, 200 ladang ternakan, yang mana 80 buah ladang masih menggunakan proses pempasturan Alp.
Antaranya ialah Ladang Gasslihof yang turut menyediakan kemudahan tempat penginapan ala Bed and Breakfast. Pengunjung yang bermalam di sini, boleh terus menikmati gaya hidup peladang pada awal pagi esoknya dengan sama-sama memberi makan kepada lembu dan cuba memerah susu lembu.
Dan siapa tahu, jika bernasib baik, anda mungkin berpeluang untuk bersama-sama dengan peladang ini ketika membantu proses lembu melahirkan anak.
Jadi kepada sesiapa yang ingin merasai suasana yang aman dan menenangkan sila berkunjung ke Gstaad. Kehidupan ala kampung yang jauh dari hiruk pikuk bandar ini akan membuatkan anda rasa rileks dan bagi saya, kalau diizinkan Allah swt melawat Switzerland lagi, sudah tentu saya ingin berkunjung ke sini lagi kerana Switzerland di mataku, Gstaad di hatiku.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Bermula 18 Mei 2022 kemasukan pengembara ke Indonesia tidak lagi memerlukan ujian PCR, dah ramai yang ambil peluang untuk bercuti ke negara ini setelah dua tahun sempadan ditutup kerana pendemik.
Selain menikmati keindahan pemandangan dan kecantikan muka bumi yang ada di sini, Indonesia juga cukup terkenal dengan variasi makanannya yang enak selain kos yang tidak terlalu mahal untuk bercuti di sana.
Berkesempatan melawat ke Jogja yang terkenal dengan julukan Kota Batik Dunia, Abdul Muhaimin Roslan berkongsi itinerari lengkap dengan kos ketika bercuti ke sana baru-baru ini di group Facebook Bacpackers Buddies Malaysia (BBM)
Dah tak perlu PCR untuk yang dah lengkap vaksin, hanya perlu travel insurans sahaja, siapa yang dah ada plan untuk bercuti ke Indonesia dah boleh usha tiket kapal terbang dan jadikan perkongsian ini rujukan untuk yang ingin melawat Jogja nanti.
Mempunyai banyak tempat menarik dengan pemandangan yang indah menjadikan Bali antara tempat favorite orang Malaysia ke sana.
Seorang pengguna Facebook berkongsi trip ke Bali baru-baru ini setelah kerajaan Indonesia tidak lagi mewajibkan lagi ujian PCR ke atas setiap pelancong yang masuk ke negara mereka.
Paling seronok setiap malam wanita ini dan pasangannya bertukar tempat tinggal atau hotel untuk satu pengalaman yang lebih menarik memandangkan Bali yang mempunyai banyak hotel dengan pemandangan yang cukup indah selain harganya yang lebih murah.
Menurut wanita ini, trip selama 5 hari itu dirasakan tidak cukup kerana ingin meneroka lebih banyak lagi tempat di Bali. Tambahnya juga meskipun sudah beberapa kali berkunjung ke Pulau Dewata itu, dia dan pasangan tidak puas berada di sana.
Ikuti perkongsiannya seperti yang dihantar di Facebook Group Backpackers Buddies Malaysia (BBM):
Trip Rileks & Hotel Hoping
Hi semua. Nak share pasal recent trip ke Bali (29/5-2/6). Time ni Indonesia baru je buang requirement untuk pre departure PCR test. Jadi cuma kena ambil covid insurance je and print digital cert vaccination.
Trip sangat leisure sebab banyak spend time atas jalan & hotel hopping, makan pun duduk lama-lama, shopping, and lepak hotel. Dekat sana kan banyak hotel best and murah compared to harga dekat sini
Just to highlight yang kitorang memang tak visit banyak tourist spot kali ni sebab pergi Bali this time lebih kepada nak enjoy the scenery and vibe dekat sana plus nak relax je. Trip ni kitorang pergi Uluwatu -Bedugul -Ubud -Canggu naik dengan supir. Details ada dekat bawah.
(Dalam itinerary mula-mula ada plan nak ke Tirtagangga dan Lempuyang, tapi cancel sebab nak spend more time dekat area Ubud. Ubud best! )
Trip 5D4N hari-hari tukar hotel :-
Day 1 – Dreamsea Surf Camp, Uluwatu
Day 2- Pondanu Cabins By The Lake, Bedugul
Day 3 – Alam Wayang Resort, Ubud
Day 4 – Shore Amora Canggu
Tourist spot visited:-
Ulan Danu Bratan Lake
OKA Agriculture Coffee Plantation
Alas Harum Rice Terrace
Tempat makan:-
Malioboro Tulang Lunak (wajib try)
Kedai Nasi Padang (ada banyak and halal semuanya)
Pennylane Cafe Canggu
Breakfast kami ambil package dengan hotel
Kedai Ayam Teliwang (opposite Bratan Lake)
Tempat shopping:-
Kedai barang rotan betul2 opposite Alas Harum Bali
Ubud Traditional Market
Kedai-kedai keliling Ubud Market (jalan kaki)
Bedugul Market area Candikuning
Krisna Ole-ole utk souvenirs
Kitorang tak ambil package. Just hire service driver je from Bali Shandi ToursBali Muslim Tours . Special thanks to Kak Dewi & Syaiful banyak tlg coordinate trip kami, dua-dua sangat sporting and helpful Jumpa contact number diorang pun memang dari group ni sebab ramai recommend
Kalau ada yang nak ke Bali tu, pergi la at least seminggu sebab 5 hari tu tak puas. Bali ni dah pergi berapa kali pun takkan puas punya
Buat anda yang plan nak ke Surabaya Indonesia, boleh gerak dengan mudah apabila baca perkongsian wanita ini. Banyak sangat tempat menarik untuk tenangkan mata dan ‘manjakan tekak’ dengan menu baru.
Tempat Best di Surabaya Indonesia
Menurut saudari Cik Han, dia pergi ke Surabaya sebab nak pergi East Java Trip iaitu Bromo Tengger Semeru National Park & Lumajang.
1.Surabaya-Bromo
Ambil flight turun di Juanda International Airport Surabaya. Travel agent bawa naik van untuk ke Bromo. Perjalanan ambil masa 3 jam. Sangat lama sebab sempat tidur dan rest dalam van sebelum ke jar sunrise Bromo pukul 2 pagi.
2.Tunjungan Street
Last day untuk trip 5H4M, kami bermalam di Kota Surabaya. I ingatkan Tunjungan Street & Plaza ni bersebelahan je. Rupanya kena naik jejantas untuk lintas. Dekat Tunjungan Street banyak cafe aesthetic & tempat shopping.
3.Sate Madura Surabaya
Kalau ke Surabaya korang wajib makan sate Madur sebab sedap sangat. Makan pula dengan lontong. Terangkat rasa dia.
4.ITC Surabaya
Kami tanya grab kedai souvenirs and supir bawa kami ke sini. Mostly dekat sini banyak jual pakaian seperti batik dan baju kurung yang cantik-cantik. Anda kena pandai nego harga untuk dapat murah. I ada jumpa kedai ayam bakar sedap dekat sini.
5.Tunjungan Plaza
Mall ini sangat besar dan panjang. Mall ni ada banyak gate dan pastikan anda di gate yang betul kalau tak boleh sesat.
6.Indomaret Surabaya
Selepas spent 4 Hari di Kota Malang, baru sedar yang barang di Indomaret Surabaya lagi mahal daripada Malang. Ada certain barang yang ada dan tiada. Maksudnya tak semua Indomaret di Surabaya sama harga dan barang.
7.Cafe Aesthetic
Dekat Surabaya banyak cafe aesthetic dan anda boleh explore minuman kopi di Indonesia. Sesuai untuk anda yang suka ootd dekat cafe.
8.Penjaga Lif Mall
Waktu pergi ITC, ada penjaga yang jaga lif. Penjaga itu akan tanya kita nak pergi lif dan dia tolong tekan and kontrol orang masuk keluar lif.
9.Universal charger adapter
Untuk tourist korang boleh bawa universal adapter sebab Indonesia pakai plug 2 point. Jadi, untuk safety, sila beli adapter siap-siap.
Haaa.. best kan? Banyak tempat menarik di Surabaya, Indonesia. Kalau ada plan nak healing tengok tempat orang, boleh lah simpan siap-siap senarai ini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...