Bermula 18 Mei 2022 kemasukan pengembara ke Indonesia tidak lagi memerlukan ujian PCR, dah ramai yang ambil peluang untuk bercuti ke negara ini setelah dua tahun sempadan ditutup kerana pendemik.
Selain menikmati keindahan pemandangan dan kecantikan muka bumi yang ada di sini, Indonesia juga cukup terkenal dengan variasi makanannya yang enak selain kos yang tidak terlalu mahal untuk bercuti di sana.
Berkesempatan melawat ke Jogja yang terkenal dengan julukan Kota Batik Dunia, Abdul Muhaimin Roslan berkongsi itinerari lengkap dengan kos ketika bercuti ke sana baru-baru ini di group Facebook Bacpackers Buddies Malaysia (BBM)
Dah tak perlu PCR untuk yang dah lengkap vaksin, hanya perlu travel insurans sahaja, siapa yang dah ada plan untuk bercuti ke Indonesia dah boleh usha tiket kapal terbang dan jadikan perkongsian ini rujukan untuk yang ingin melawat Jogja nanti.
Pulau Redang adalah antara pulau terkenal di Malaysia yang menjadi pilihan ramai pasangan untuk berbulan madu atau meraikan sambutan ulangtahun perkahwinan.
Bukan sahaja merupakan pulau yang sangat indah untuk diterokai, malah banyak tempat menarik di sekitar Pulau Redang ini boleh dikunjungi seperi Pantai Pasir Panjang, Pantai Teluk Kalong, Pantai Teluk Dalam, dan Taman Marin. Pulau Redang boleh diakses menerusi beberapa jeti yang ada di sana seperti Jeti Shahbandar, Jeti Merang atau Jeti Penarik.
Bercadang ke Pulau Redang untuk percutiaan bulan madu atau sambutan ulangtahun istimewa kalian? Ini tip dan panduan perkongsian daripada Zati Mohd Author
Percutian di MALDIVES MALAYSIA (Pulau Redang)
Sebenarnya trip anniversary kali ni naik cruise. Tapi sebab kapal tak boleh jalan so kitaorang tukar plan ke MALDIVES Malaysia aka Pulau Redang. Ahaks!
Hari 1
Okey jom ikut kami.. Pagi- pagi lagi kami bergerak ke Terengganu dari Penang.
Berhenti makan di grik lepas tu singgah rehat sekejap dekat Titiwangsa.
Sampai saja petang tu terus check in hotel Felda di Kuala Terengganu. Sempat makan tengahari sekejap. Kemudian rehat.
5.30 petang macam kami keluar ke Pulau Sekati untuk shoot atas boat.
6.00 petang – naik boat photoshoot di persisir pantai Terengganu. Sis selit contact no dekat akhir post ni. Balik dari boat trip tu Sapik jamu ICT (ikan celup tepung) fresh. Sedap gila manisss..
9.00 mlm- mkn malam di Taman Tamadun Islam.. masa ni jumpa dengan novelis Rafina Abdullah & Ruby Nur Airis sembang-sembang. Makan-makan. Lepas tu balik hotel tidur
Hari 2
8.30 pg – Makan pagi di pasar payang makan nasi minyak. Lepas makan dalam pukul 10 lebih camtu bergerak ke jeti Merang untuk ke Pulau Redang.
12.30 – bergerak ke Redang dengan menaiki speed boat kami ambik package siap-siap dah dengan hotel. Untuk pengangkutan pergi balik. So tak payah risau. Cuma bayar duit masuk ke Pulau Redang saja Rm 10 seorang. Sebab kami sampai awal bilik tak ready lagi so kami lunch dulu dekat hotel. Harga pun mesti harga hotel.
3.00 – Check in bilik.Bilik kitaorg. Cliff bay suite.
Kami ambik HALFBOARD package 3H2M dengan hotel.
Pakej termasuk :
Pengangkutan pergi balik dari jeti merang – Pulau Redang.
Pengangkutan dari jeti Pulau Redang ke Taaras.
Breakfast & dinner (lunch bayar sendiri ye)
Snorkeling with turtle. Hotel add on for free lagi satu snorkeling coral spot.
Aktiviti bebas suka hati nak buat apa pun. Kali ni percutian santai-santai lepak mandi laut sampai kulit burn teruk. Hahaha.
8.30 mlm – dinner. Lepastu duduk bilik lepak-lepak.tengok tv. fikirkan masa depan ewahh..
Hari 3
8.00 pg – breakfast. Lepak-lepak tepi laut. Mandi laut.
2.00 petang – Snorkeling dengan turtle dan main kayak. Nak main atv tapi kitaorg dah terlepas slot untuk atv so patah balik mandi laut. Entah kitaorg kalau pergi mana-mana asyik terlepas slot je.
Sebenarnya hotel dengan tempat turtle tu sebelah je. Kitaorg naik kayak pergi tempat turtle tu balik. saja nak lepak-lepak dengan turtle pulak.
9.00 malam Dinner sampai cafe tu tutup.
Hari 4
8.00 pg – breakfast
11.30 pg – check out bye bye hotel.
2.00 ptg – Makan kerepok lekor / tepung celop
3.30 ptg – Pergi lepak rumah to sedara. Tidur semalam.
Kalau korang berminat dengan hotel THE TAARAS BEACH & SPA RESORT boleh email untuk reservation. Kalau dengan booking.com korang nanti kena bayar harga boat lain pulak. Booking dengan hotel senang. Sekali bayar je reservation@thetaaras.com
Inilah percutian paling santai sepanjang kami bercuti haha. Sebelum ni asyik backpackers saja. Kali ni bercutilah ala orang kaya sikit
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Kebiasaannya ibu bapa yang mempunyai anak masih kecil gemar tinggal di rumah atau mengelak untuk melancong bersama.
Ini kerana kebanyakan si kecil atau kanak-kanak masih memerlukan perhatian dan penjagaan sepenuhnya. Selain itu, anak-anak ini juga mempunyai emosi tidak boleh dijangka dan berubah-ubah jika di bawa ‘berjalan’.
Namun, tidak salah jika kalian mahu bercuti dan membawa mereka bersama. Ia sebenarnya satu bentuk pembelajaran yang baik. Nah! percutian keluarga ini boleh dijadikan sebagai contoh dan panduan buat anda yang bercadang membawa anak-anak bercuti ke luar negara pada akan datang.
Baru-baru ini, kami sekeluarga enam beranak (4 kanak-kanak umur 3, 6, 10, 10) buat trip Indochina Family Overland Backpacking selama hampir dua minggu. Trip santai sambil enjoy the journey.
Route: Ho Chi Minh- Phnom Penh- Bangkok- Hua Hin- Padang Besar, sebelum balik rumah di seremban naik komuter KTM dan bas.
Alhamdulillah, route ini kami boleh katakan selamat, mudah dan menyeronokkan termasuk kanak-kanak (kalau jenis suka naik bas dan train) Insya-Allah. Berikut adalah catatan ringkas mengenai tiket dan harga pengangkutan kami sepanjang trip.
Tiket/ pengangkutan:
Tiket AA Klia2-Ho Chi Minh: RM159/ person
Tiket bas Ho Chi Minh-Phnom Penh: USD13/ person (kanak-kanak sama)
Note: Kami gunakan bas syarikat Mekong Express, mereka sediakan kakitangan yang akan bantu urusan di sempadan. Masa perjalanan antara enam hingga sembilan jam, bergantung kepada keadaan trafik terutama di Kemboja.
Tiket dibeli online di www.baolau.com
Tiket sleeper bus Phnom Penh-Poipet (sempadan Kemboja-Thailand): USD13/ person.
Note: Kami gunakan bas syarikat Virak Buntham. Masa perjalanan kira-kira 9 jam. Dinasihatkan beli 2 tiket walaupun anda travel solo jika tak mahu tidur di sebelah stranger. Ruang agak sempit, kalau baring 2 dewasa berlaga lengan.
Bagaimanapun, perjalanan agak lancar dan tepat masa. Bas tidak dipandu secara berbahaya.
Tiket dibeli daripada ejen di hostel RSIII di Phnom Penh. (Ada ejen lain jual tiket sama pada harga USD16). Tiket ada juga dijual secara online di 12go.asia.
Note: Trip dua kali sehari sahaja, jam 6.58 pagi dan 1.53 tengah hari.
Masa perjalanan enam jam.
Tiket dijual di stesen sahaja dan kaunter dibuka kira-kira sejam sebelum train berlepas.
Kanak-kanak (652Bath)(Lower dan Upper).
Note: Untuk kanak-kanak bawah 3 tahun tak perlukan tiket. Anak kami berusia 6 tahun pun kami tak beli tiket sebab share berth dengan parent.
Tiket dibeli di www.thairailwayticket.com
Penginapan:
Note: Average harga hotel dan hostel (family room+bathroom) untuk keluarga kami di semua destinasi adalah lebih kurang RM150-170/ night sahaja, namun lokasinya amat strategik.
Makanan:
Selain bawa travel pack food, makanan halal amat mudah ditemui di semua lokasi persinggahan kami.
Jika bertandang ke Melbourne, jangan lepaskan peluang untuk menikmati Fine Dining gaya Melbourne. Antara yang boleh dicuba ialah Attica yang tersenarai di tangga ke 21 ‘San Pellegrino’s World’s Top 50 Restaurants’ untuk merasai hidangan yang disediakan oleh Chef Ben Shewry. Shannon Bennett’s Vue de monde juga merupakan pilihan yang baik untuk menikmati masakan Perancis sambil menikmati panorama indah bandar Melbourne.
Melbourne juga terkenal dengan budaya ‘Laneway Eating’. Nikmatinya di MoVida, Chin Chin Cumulus Inc. Brooks of Melbourne dan Izakaya Den untuk merasai budaya kafe di sini. Tidak tahu hendak bermula di mana? Apa kata anda ikuti Hidden Secrets Tours, Melbourne Food Experiences atau Melbourne Walk untuk merungkai rahsia dan budaya kulinari hebat Australia.
Semenanjung Mornington turut menjanjikan pengalaman di mana pengunjung boleh memetik sendiri sayuran dan buah-buahan segar. Kemudian, buat sendiri hidangan yang didambakan seperti pizza dan coklat dengan mengikuti kelas masakan yang ada disediakan di Green Olive yang bertempat di Red Hill.
Tarikan kopi
Melbourne sememangnya terkenal sebagai wilayah kopi dimana kebanyakan kopi terbaik dunia dihasilkan di sini. Sejak mesin espresso dicipta di tanah Victoria pada tahun 50-an, keaslian kopi terus dikekalkan hingga ke hari ini.
Pastinya, anda boleh mencari kopi yang serasi dengan cita rasa anda di Traveller, Cup of Truth, Seven Seeds, Five Senses, The Sensory Lab, atau di Dead Man Espresso. Rasai sendiri pengalaman di sini atau melihat sendiri bagaimana kopi dipanggang di Market Lane Coffee.
Melangkah seiring dengan obsesi kopi di Melbourne, makan di luar untuk sarapan pagi atau sarapan lewat pagi adalah sebahagian besar daripada kehidupan penduduk di Melbourne yang boleh dirasai di St Ali, Pope Joan, Proud Mary, Top Paddock, Silo byJoost dan Cumulus Inc.
Perjalanan gastronomi tidak terhenti di sini di mana restoran terbaharu di Adelaide yakni Orana yang dimiliki oleh Jock Zonfrillo yang kini menonjolkan keunggulan hidangan dengan identiti dan budaya Australia diselitkan pada setiap hidangan di atas pinggan.
Dengan menggunakan bahan-bahan segar yang hanya boleh didapati di Australia, tentunya ia menjadi suatu pengalaman makan malam yang tidak dapat dilupakan.
Kangaroo Island
Jika anda menginginkan sedikit kelainan, kami mencadangkan anda untuk pergi berkelah di Kangaroo Island sambil mencuba hidangan gourmet sambil bertemankan pemandangan alam dan hidupan liar yang menakjubkan.
Merasai keju tempatan, madu, marron, sayur-sayuran yang dipetik segar sambil ditemani koala, kanggaru dan penghuni lain di pulau ini pasti menjadi memori terindah untuk dikenang sampai bila-bila.
Akhir sekali, jangan lepaskan peluang untuk menikmati kemewahan hidangan gaya Barossa hasil tangan dari ‘kitchen garden’ milik Chef Ryan Edwards di The Louise yang terletak di Barossa Valley yang dikelilingi ladang-ladang anggur dan 15 suite mewah.
Tentunya ia akan melengkapkan perjalanan anda untuk merasai pengalaman menikmati hidangan di Australia sepanjang percutian anda di sini suatu hari nanti.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...