Kalau berpeluang menyaksikan pertunjukkan sarkas, selalunya persembahan akan diselang-selikan dengan kemunculan pelbagai jenis haiwan untuk menghiburkan hati penonton. Dahulu kemunculan tapak sarkas sentiasa dinantikan oleh penduduk kerana itu salah satu sumber hiburan yang ada ketika itu. 

Hologram Ganti Haiwan Sebenar Dalam Persembahan Sarkas di Puji Pencinta Haiwan

Disebalik keseronokkan melihat haiwan-haiwan tersebut menghiburkan penonton dengan keletah yang comel dan bijak, sebenarnya mereka terseksa. Namun, seiring dengan peredaran masa, penonton sudah menolak untuk menonton persembahan sarkas kerana ramai telah membuka mata dan peka dengan kekejaman yang berlaku terhadap haiwan dalam industri itu. Di United Kingdom, undang-undang telah menetapkan untuk mengharamkan penggunaan haiwan sebenar menjelang tahun 2020.

Terbaharu, Sarkas Roncalli di Jerman menghapuskan tradisi penggunaan haiwan dalam persembahan mereka. Lebih menarik, mereka menggunakan teknologi hologram bagi menjana imej haiwan untuk dipertontonkan kepada orang ramai.

Hologram Ganti Haiwan Sebenar Dalam Persembahan Sarkas di Puji Pencinta Haiwan Hologram Ganti Haiwan Sebenar Dalam Persembahan Sarkas di Puji Pencinta Haiwan Hologram Ganti Haiwan Sebenar Dalam Persembahan Sarkas di Puji Pencinta Haiwan Hologram Ganti Haiwan Sebenar Dalam Persembahan Sarkas di Puji Pencinta Haiwan

IKLAN

Sarkas Roncalli mula beroperasi sejak 1976 namun mereka kini komited dalam melaksanakan perubahan. Malah, mereka juga mahu membanteras kekejaman haiwan dalam industri itu. Tindakan berani Roncalli turut menerima maklum balas positif dan mendapat sokongan daripada ramai selebriti terkenal yang datang menyaksikan persembahan.

Hologram Ganti Haiwan Sebenar Dalam Persembahan Sarkas di Puji Pencinta Haiwan Hologram Ganti Haiwan Sebenar Dalam Persembahan Sarkas di Puji Pencinta Haiwan

Pertunjukan Sarkas Roncalli masih melibatkan haiwan sebenar tetapi tidak banyak, hanya beberapa persembahan ringkas.

IKLAN

Hologram Ganti Haiwan Sebenar Dalam Persembahan Sarkas di Puji Pencinta Haiwan

Lompatan gelung berapi dan akrobat masih dikekalkan seperti kebiasaannya dan buat julung kalinya di dunia sarkis persembahan imej haiwan dipersembahkan dalam imej holografik 3D dari projektor.

IKLAN

Sumber: Boredpanda

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI