Kalau nak merasa Homestay D’Garden Melaka, anda boleh datang dengan keluarga yang besar sebab di sini ada 6 bilik.
Biasanya ramai yang suka stay hotel tetapi jika sesekali datang dengan keluarga besar, elok pilih homestay macam ini. Boleh buat banyak aktiviti bersama.
Homestay D’Garden Melaka
Suasana macam kat rumah sendiri tetapi boleh tenang-tenang dengan suasana yang sedap dipandang. Dekorasi pun teratur elok, siap ada satu laman yang luas untuk anda buat aktiviti bersama.
Ads
Apa yang penting tempat ini selesa dan cantik! Ada swimming pool dan tempat BBQ, ini yang paling gembira pastinya anak-anak lah, ya.
Sangat sesuai kalau anda nak buat gathering ramai-ramai dengan keluarga. Confirm happening!
Ads
Bilik dan ruang tamu juga nampak kemas dan indah disusun dengan perabot yang simple tak berat.
Salah satu tempat sejuk yang patut anda singgah merasa adalah Bilut Hills Resort, di sini memang menggigil dengan pandangan yang cantik untuk anda jamu mata.
Ini pula pemandangan sekitar pada waktu malam, indah sungguh tengok.
Baik pada waktu atau malam, sangat tenang. Sesuai untuk buat family day sebab tempatnya sangat selesa, malah siap boleh makan durian!
Boleh pusing naik ATV juga, yang minat tu memang enjoy lah!
Rate harga di sini biasanya RM150-200, rasanya berbaloi lah dengan biliknya yang luas dan cantik.
Nampak tak view dari atas, boleh pili resort ikut keselesaan anda, ya.
Haaa.. dari jauh pun nampak tempat ini best, jadi anda wajib jadikan salah satu tempat ‘healing’ bersama rakan atau keluarga tersayang.
Lokasi: Bilut Hills Resort, Bentong, Pahang
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Walau di ambang pandemik Covid-19, masih terdapat banyak permintaan untuk makanan yang lazat dan menyelerakan bagi dijadikan santapan di rumah. Tourism Selangor menyerlahkan beberapa lokasi bakeri di sekitar negeri ini yang menawarkan jualan kek pelbagai jenis, roti, serta pastri yang enak!
Bakeri dalam senarai ini juga menawarkan perkhidmatan penghantaran ke lokasi anda untuk anda nikmati produk mereka sambil menjaga keselamatan diri dengan kekal berada di rumah.
Andra by Gula Cakery, Eco Ardence, Setia Alam
Paling digemari oleh pencinta pastri tempatan, Andra by Gula Cakery pastinya salah satu bakeri yang mesti dikunjungi di Negeri Selangor. Bukan sahaja menawarkan pelbagai jenis roti dan pastri yang enak, lokasi ini juga menampilkan dekorasi yang menarik.
Selain menyediakan makanan utama seperti spageti, bolognese, aglio olio dan lasagna. Kafe yang terletak di bandar kontena, Ardence Labs Setia Alam ini juga menyediakan perkhidmatan penghantaran di sekitar Lembah Klang. Kedai ini dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 8 malam untuk pembungkusan (take-away), pengambilan sendiri (pick-up) dan penghantaran. Bakeri ini juga aktif mempromosikan produk mereka seperti menawarkan pakej diskaun dan ganjaran penghantaran percuma di laman media sosial mereka.
Bakeri yang dimulakan dengan perniagaan kecil dim sum, kini memiliki sebanyak 8 cawangan di sekitar Negeri Selangor termasuk di Klang, Seri Kembangan, Puchong dan lain-lain. Diasaskan oleh pemilik yang berasal dari Confucius generasi yang ke-72, produk khas bakeri ini adalah tat telur selain menyediakan pastri barat dan juga pastri oriental.
Ketika popularitinya semakin meningkat, pada waktu yang sama, kedai ini juga aktif dalam memperluas inovasi kuih dan pastri mereka. Semua produk sedia untuk ditempah untuk pengambilan sendiri (pick-up) dan penghantaran tetapi bergantung juga kepada stok yang ada di mana anda boleh menyemak stok tersebut melalui laman sesawang rasmi mereka.
Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://tk2you.com/atau hubungi +603-8959 2923
Dou Dou Bake, Petaling Jaya
Terletak di Damansara Kim, Petaling Jaya, bakeri ini menghasilkan pelbagai jenis roti dan pastri segar setiap hari dengan ragi (leaven) yang berusia 200 tahun. Selain menawarkan roti sourdough, kedai yang menghargai cara asas membakar roti juga menawarkan jenis pastri yang lain termasuk Gluten Free Brownies, Cream Puff, Scones dan juga minuman seperti kopi dan juga Kombucha!
Bakeri ini juga menyediakan perkhidmatan pra-pesanan (pre-order) dan pengambilan sendiri (pick-up). Anda juga boleh memesan dari bakeri ini melalui sebarang servis penghantaran pilihan anda. Pastikan anda membuat pesanan yang baik dengan notis 1 hari dan sebelum jam 4 petang kerana ini adalah jam terakhir sebelum pesanan dibuka untuk hari berikutnya.
Kobo Bakery adalah sebuah bakeri yang menghasilkan roti menggunakan teknik yang khusus dari penasihat tukang roti terbaik dunia dari Taiwan. Bakeri ini juga menggunakan pemeraman yeast buatan sendiri yang semula jadi untuk semua produk roti dan pastri mereka bagi mengeluarkan rasa dan tekstur yang unik.
Kedai ini juga mempunyai cawangan di kawasan Lembah Klang termasuk Shah Alam, Taipan dan Ara Damansara. Bagi membuat tempahan, anda boleh muat turun aplikasi telefon bimbit yang dicipta khas untuk pelanggan mereka untuk membuat pemilihan dan pembelian secara atas talian.
Bonjour! Anda berminat untuk menikmati roti ala-ala di Paris? Bagi peminat pastri Paris, anda boleh cuba kunjungi bakeri yang terletak di Teluk Panglima Garang ini. Marc Et Farid hanya menggunakan bahan berkualiti untuk menghasilkan produk mereka.
Bakeri ini juga memfokuskan kepada penghasilan pastri ala Perancis seperti kek dan tat termasuk tat lemon, tat praline coklat dan banyak lagi. Bagi yang ingin mencuba produk mereka, bolehlah membuat pesanan melalui laman atas talian Beepit yang dibuka setiap hari kecuali Isnin dari jam 11.30pm hingga 6pm. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi +60125758048
Selaseh Dua by Cik Kiah, Gombak
Terletak di Gombak, Selaseh Dua yang diasaskan oleh tukang roti tempatan yang dikenali sebagai Cik Kiah, menyediakan pelbagai jenis roti dan pastri yang boleh dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.
Ianya baru sahaja dibuka pada tahun 2019, dan kini pelbagai jenis roti dihasilkan hampir setiap hari di sini khusus untuk pelanggan mereka. Lebih dikenali sebagai kedai roti berbanding kafe, ianya dibuka untuk pelanggan untuk pengambilan sendiri (pick-up) dan penempahan awal (pre-order) yang perlu dibuat 24 jam sebelum hari pengambilan dan penghantaran. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi +601112129101
Sugar and I, Subang Jaya Petaling
Kalau sebelum ini kita merasa pastri Paris, kali ini kita rasakan pastri dari Itali pula. Salve! Ianya bermula dengan semangat sepasang adik beradik yang mula menghasilkan roti atas dasar hobi dan memberi hadiah kepada kenalan.
Mereka mula membuka bakeri dalam tahun 2018 dan sejak dari itu mereka sibuk memenuhi permintaan dari pelanggan. Bakeri ini terkenal dengan produk bomboloni mereka, roti donat yang berasal dari Itali. Pelbagai perisa bomboloni boleh didapati di sini seperti strawberi, Nutella dan juga perisa Lotus Biscoff. Servis penghantaran juga disediakan untuk memudahkan pembelian anda sementara anda duduk di rumah.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi +601111422597
FASO Patisserie, Setia Alam
Mula beroperasi pada tahun 2020, FASO Patisserie merupakan bakeri yang juga menawarkan roti ala-ala Paris seperti, souffles moussesdan chocolate eclairs. Bakeri yang terletak di Setia Alam ini juga didekorasikan dengan konsep yang unik dan menarik untuk pelanggan nikmati hidangan pastri di kafe mereka.
Bukan sahaja konsep kafe yang unik, tetapi produk roti dan pastri mereka juga mempunya visual yang menarik di samping menggunakan bahan-bahan premium yang halal! Perkhidmatan penghantaran juga disediakan untuk pelanggan mereka yang berada di sekitar kawasan Lembah Klang.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi +60194861231
Der Backmeister
Itali sudah, Paris juga sudah. Kali ini mari rasakan produk roti dan pastri yang berasaskan pastri Jerman pula! Terletak di tingkat bawah Hospital KPJ Ampang, bakeri ini menyediakan roti dan pastri dengan hanya menggunakan bahan-bahan semula jadi sahaja, dengan diperbuat dari resipi tradisional yang khas.
Rangkaian produk roti dan pastri mereka termasuk Bavarian SpeltVanille Hörnchen,Baguette, Kirschtasche (Cherry Danish), Croissant dan macam-macam lagi.
Baru dibuka pada tahun 2020, Dou Dou Bake adalah sebuah bakeri yang terletak di Petaling yang menawarkan pelbagai pastri buatan sendiri. Dou Dou adalah nama yang diberikan berasal daripada perkataan “Dough-Dough” tanpa huruf ‘gh’, yang mana huruf ‘gh’ tersebut telah ‘dimakan’ bagi menggambarkan keenakan pastri mereka.
Dengan formula khas penapaian yang digunakan, bakeri ini menawarkan pastri dan roti termasuk sourdough, croissant, croque, pain au dan banyak lagi. Perkhidmatan penghantaran juga disediakan setiap hari dari jam 10.00 pagi hingga 7.00 malam. Pesanan juga harus dibuat sekurang-kurangnya 24 jam sebelum waktu penghantaran.
Kredit: Travel.Selangor
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Selangor Fruits Valley. Pernah dengar tapi tak pernah pergi?.
Bagi yang mungkin pernah dengar tempat nie tapi belum pernah sampai, Selangor Fruit Valley ini terletak di KM7 Bestari Jaya, Batu Arang, Rawang (dahulu dikenali sebagai Batang Berjuntai). Perjalanan dari Kuala Lumpur mengambil masa sejam suku sahaja.
Penat memandu takkan terasa langsung saat memasuki ladang buah-buahan tropika berkeluasan 946 hektar ini. Malah korang akan merasai satu pengalaman luar biasa hebat kerana ada banyak kesenokan dapat diterokai. Bahkan anak-anak pasti cukup seronok meneroka tempat ini.
Untuk meneroka ladang luas ini, ada tram disediakan. Tiket untuk orang dewasa hanya RM15 sementara kanak-kanak dan warga emas hanya RM10 sahaja.
Disapa angin bukit yang dingin dan pemandangan luar biasa indah kerana dipenuhi pelbagai jenis pokok-pokok buah-buahan seperti durian, cempedak, manggis, dokong, mata kucing, kelapa, jambu batu, anggur dan banyak lagi yang ditanam secara berkelompok pasti membuatkan korang berasa teruja untuk berhenti di setiap stesen.
Sebelum menaiki tram, antara aktiviti boleh diteroka ialah memasuki laman herba. Di sini, korang tanyalah apa jenis pokok herba apa pun, semuanya ada termasuk pokok mentega. Buahnya seakan manggis tapi ia berminyak saat kita menggosoknya.
Habis pusing di taman herba yang menempatkan tanaman hidroponik serta laman budaya untuk pelbagai aktitiviti, korang boleh teruskan dengan menaiki tram.
Antara spot perhentian ialah Taman Rusa. Di sini, kita berpeluang memberi rusa jinak ini makan kacang panjang fresh yang menjadi menu utama binatang ini. Nak lebih rare, kalau selalu guna tangan, korang boleh try guna mulut dan pastinya tak menjerit bila mulut rusa semakin dekat dengan muka korang. So memang best sangat.
Habis di situ, perjalanan diteruskan di Taman Arnab. Korang boleh bergambar di sini dengan haiwan comel ini dan bermanja-manja dengan mereka. Dan ia satu pendedahan yang baik untuk anak-anak untuk kenal haiwan jinak ini. Di Taman Arnab, boleh juga tangkap ikan guna tangguk. Nampak senang tapi bukan mudah.
Selesai lawatan di sini, perjalanan diteruskan ke Laman Itik pula. Bestnya di sini korang boleh belajar buat telur asin di mana campuran tanah liat dan sekam padi bakar digunakan untuk membalut telur itik dan disimpan 10 hari sebelum boleh dimakan. Dan kalau teruja nak kejar itik dan menangkapnya (sekadar suka-suka) juga dibenarkan. Cuma tak boleh bawa baliklah.
Perjalanan tram diteruskan ke Rumah Kampung. Tapi sebelum sampai, ada tasik yang sangat luas dan paling best pemandangannya menghijau. Serius memang best sangat. Di Rumah Kampung, korang boleh try minum air kelapa pandan yang sangat manis selain makan Nangcem (produk hybrid campuran Nangka dan cempedak yang dilakukan SFV sendiri. Serius sedap. Rumah kampung ini juga sangat cantik dan ia bercirikan tradisional. Tidak hanya itu, perjalanan diteruskan untuk melihat tanaman hi tech yang seluas mata memandang. Paling best korang boleh merasai pengalaman memetik buah-buahan dan ada bayaran sedikit dikenakan.
Dalam sidang akhbar ketika meraikan wartawan dan pihak tourism di sini, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Dr Mohamad Khairul memaklumkan, ladang buahan terbesar ini sedang merancang tapak glamping di sini.
“Ia ada dalam perancangan dan tapak sudah dikenal pasti berdekatan tasik,” katanya memaklumkan aktiviti terbaru bole diteroka ialah aktiviti berbasikal di trek kawasan ladang sejauh enam kilometer.
“Dalam masa terdekat, sukan lasak seperti All Terrain Vehicle (ATV), memancing dan aktiviti sukan air akan dibuka kepada orang ramai,” katanya memaklumkan SFV pernah menerima kunjungan pengunjung paling ramai iaitu 1227 orang untuk merasai keseronokan di sini.
Tak perlu risau bab makan atau minuman kerana SFV memberi peluang ekonomi kepada penduduk sekitar ladang berniaga di lokasi ini dan ada banyak pilihan makanan kalau datang ke sini.
Dibuka dari jam 9 pagi hingga 4 petang setiap hari dan ditutup pada hari Jumaat sahaja.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Tidak semua hubungan berakhir dengan bahagia. Ada cinta yang terhenti di tengah jalan, persahabatan yang semakin jauh dan kenangan yang masih tersimpan walaupun pemiliknya...