Kalau anda nak rasa port healing dalam hutan yang menarik, boleh datang ke Belantara Resort di Trong, Perak.
Bukan hanya hutan semata-mata tetapi ada juga tempat mandi-manda berkonsep taman tema, sesuai untuk bawa anak.
Menurut Puan Rubi Hasman, dia cukup berpuas hati datang ke sini. Eh, jom lah baca pengalamannya dulu.
Punca Pilih Belantara Resort
Pemandangan di sini cantik sangat. Banyak betul port menarik yang instagramable. Tapi itu lah, mak bawa anak ni tak sempat nak discover semua.
Jalan masuk agak menyeramkan sebab lalu kawasan kampung, kebun getah, kebun kelapa sawit dan jalan berbatu yang belum ditar. Tapi jangan risau, jalan dia cantik dan kereta biasa pun boleh masuk.
Masa sampai hujan, jadi tak sempat nak ambil gambar persekitaran lebih banyak. Lepas hujan dah reda sikit baru bawa anak anak mandi mini theme park.
Ads
Mini theme park dia best. Sesuai untuk anak-anak sebab tak dalam sangat. Mak-mak boleh menyembang di tepi sambil anak anak bermain.
Makan malam dan breakfast disediakan. Termasuk dalam pakej penginapan. Makanan buffet yang bagi saya agak banyak pilihan. Yang paling best, makanan sedap.
Ads
Makan malam – satay gemok, ayam bakar, spagetti bolognese, nasi, lauk ayam, kuey teow goreng dan banyak lagi.
Breakfast – nasi hujan panas, soto, cereal, teh panas, kopi dan macam-macam lagi.
Selain dari theme park, ada playground, sungai, tempat main bola tampar dan lapangan memanah. Kalau nak kayuh basikal atau naik atv pun boleh tapi yang ni ada caj tambahan.
Ads
Untuk khemah yang kami duduk, tandas di luar. Tapi tak jauh sangat pon. Tandas pon bersih dan selesa. Kalau ambil chalet, ada tandas di dalam.
Yang paling penting ada line ya dekat sini. Internet laju.
Jadi untuk keseluruhannya, bagi saya okay sangat tempat ini. Kena datang sekali bagi rasa suasana dekat amal semula jadi.
Lokasi:
Belantara Resort, Trong, Perak.
Pesanan:
Nak pergi, boleh search Belantara resort. Kena guna google maps, Waze tak detect.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Baru-baru ni Libur ke Kampar, Perak. Saja nak berjalan-jalan ke sana, nak tengok apa pembangunan terbaru yang ada di daerah Kampar. Alang-alang dah sampai sana tu, nak cari la spot makan orang-orang dekat Kampar.
Waktu hari kejadian Libur ke Kampar, Libur ditemani oleh rakan-rakan dari sana. Thank you Abang Sham dan Abang Pijoy sebab sudi melayan Libur ronda-ronda daerah Kampar. Ronda punya ronda punya ronda, Libur tanyalah pada diorang apa kedai makan yang best dekat Kampar ni?
Kedai makan orang lokal
Kalau pembaca nak tahu, ada banyak juga tempat makan yang best di Kampar ni. Tapi kriteria pemilihan kami untuk trip ini hanya satu: kedai makan yang special and famous di kalangan orang-orang lokal sahaja. Libur nak tahu la, spot makan mana yang orang Kampar ni suka makan?
Dah puas pusing, kami sampai ke satu kawasan kampung yang Libur rasa, nama kampung ni rare. Sebab apa rare? Nama kampung ni Kampung Mambang Di Awan! Haha ada nama kampung korang yang letak nama mambang? Tak ada kan? Libur yakin budak-budak muda luar negeri Perak mesti tak tahu nama kampung ni kan?
Kedai Makan Salmah Kari Kepala Ikan
Kedai makan pertama yang kami singgah adalah Kedai Makan Salmah Kari Kepala Ikan. Kedai makan ini kepunyaan Abdul Malik Hassan dan beliau menyediakan menu kari kepala ikan merah yang dimasak dengan menggunakan rempah yang diolah sendiri dan menjadi resipi rahsia sejak daripada zaman bapa beliau lagi.
Kedai makan ni kalau tengok sekali imbas, macam tak ada apa-apa yang special pun. Kalau bawa kereta lalu jalan depan tu memang tak perasan kedai makan kari kepala ikan ni. Tapi jangan terpedaya dengan rupa, nak tahu kena singgah masuk ke dalam dulu.
Kepala ikan dah besar kepala orang
Nak tahu apa yang Libur rasa best pasal kari kepala ikan dia? Kepala ikan merah dia besar la weyhh. Lagi besar daripada kepala Libur! Korang rasa? Puas hati waktu Libur tengok Abang Malik masak kepala ikan tu. Penuh satu periuk. Itu pun Abang Malik masak kepala ikan je, kalau dia masak seekor ikan tu, Libur rasa boleh buat kenduri.
Waktu kari kepala ikan ni menjengah masuk je dalam mulut Libur, terasa kepekatan kari yang Abang Malik masak ni. Maklumlah, resipi turun temurun. Libur ada juga try hijack resipi daripada Abang Malik ni, tak dapat.. Hehehe.
Famous waktu masak kari kepala ikan guna dapur kayu
Ikut kisah daripada orang lokal di sini, kedai makan Abang Malik ni memang selalu orang kampung datang makan lebih-lebih lagi di zaman ayahnya, Pak Cik Hassan yang mengusahakan kedai makan ni. Sebabnya, ayah Abang Malik masak kari kepala ikan ini dengan menggunakan dapur kayu. Itu yang membuatkan aroma kari kepala ikan Pak Cik Hassan lebih menyengat.
Tapi kini Abang Malik yang mengusahakan kedai makan, beliau menggunakan teknik moden iaitu menggunakan dapur biasa sebab asap daripada dapur kayu takut mengganggu penduduk sekitar. Walaupun tidak lagi menggunakan dapur kayu, keenakkan dan keaslian resipi kari kepala ikan merah Abang Malik ini masih lagi asli daripada warisan bapanya.
Sesiapa yang nak singgah ke kedai Abang Malik ni Waze sahaja Kampung Baru Mambang Di Awam. Kedai makan beliau betul-betul terletak berhadapan jalan besar.
Warung Pak Tam Kuew Teow Goreng
Warung yang kedua Libur dan rakan-rakan singgah adalah Warung Pak Tam. Juga terletak di mukim Kampung Mambang Di Awan. Nama kampung mambang, tapi banyak kedai makan sedap dekat sini rupanya, hahaha.
Di warung Pak Tam ni, menu special yang selalu orang lokal pesan adalah kuew teow goreng chinese style, nasi goreng sotong, char kuew teow (kuew teow basah la kalau orang Melayu faham sebab ‘char’ tu dalam bahasa mandarin, goreng), sup fishball dan mee kari. Air minuman specialnya pula adalah teh ais buih.
Daripada tukang kebun ke tukang masak
Pak Tam atau nama sebenarnya Abdul Latiff Iskandar, ni memang dikenali oleh masyarakat lokal di sekitar Kampung Mambang Di Awan dan beliau dah berniaga lebih 8 tahun di sini selepas bersara daripada menjadi tukang kebun di sebuah sekolah.
Menurut orang kampung, warung Pak Tam ni bukan sahaja dikunjungi masyarakat setempat tapi juga orang luar, cuma tidak la terkenal seperti kedai-kedai makan yang lain. Rata-rata yang singgah ke sini nak makan mee kari dan kuew teow goreng chinese style air tangan Pak Tam sendiri.
Kuew toew goreng chinese style terbaik
Secara peribadinya, Libur suka dengan kuew teow goreng chinese style Pak Tam. Libur bertanyakan kepada Pak Tam, apa ramuan yang beliau letak dalam masakannya. Jawab Pak Tam, sos kicap yang digunakan untuk menggoreng kuew teow itu tadi mempunyai ramuannya yang tersendiri berupa sos tiram, kicap dan dua lagi bahan yang beliau rahsiakan sebab bahan rahsia itulah yang menjadikan kuew teow goreng chinese style beliau cukup terkenal dikalangan orang kampung.
Tapi Pak Tam tak kedekut ilmu. Beliau kata kepada Libur, sekiranya ada sesiapa yang nak belajar resipi rahsia tersebut, datang sahaja ke kedai beliau. Insha’Allah beliau akan turunkan semuanya kepada yang sudi belajar, dengan syarat, “jangan buka kedai sebelah kedai beliau sahaja,” ujar Pak Tam berseloroh.
Usaha tangga kejayaan pesan Pak Tam
Berborak pasal resipi rahsia itu tadi, Pak Tam bagitahu beliau sendiri menuntut daripada kawan beliau sejak tahun 1990. Pernah dalam pengalaman Pak Tam, masakan yang beliau masak tu dibuang keluar tingkap sebab tak sedap. Macam itu lah asam garam Pak Tam dalam menuntut ilmu untuk mendapatkan resipi masakan.
Selepas beberapa tahun baru beliau dapat resipi tersebut berserta teknik menggoreng kuew teow yang terbaik untuk menjadikan kuew toew goreng itu tadi lebih sedap berbanding biasa.
Pesan Pak Tam, selain daripada resipi, teknik memasak itu juga kena betul, barulah masakan kita itu tadi menjadi
Kepada sesiapa yang terasa nak singgah ke kedai Pak Tam, boleh sahaja Waze Kedai Koperasi Haji Dahlan, Mambang Di Awan, Perak dan waktu operasinya adalah dari pukul 4 petang sampai 10 malam. Hari Selasa sahaja kedai Pak Tam tutup.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Yahuuu.. AirAsia sudah melancarkan laluan baru yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Belitung di Sumatra, Indonesia menerusi perkhidmatan terus empat kali seminggu mulai 2 Okt 2019 ini. Selain laluan baharu ini, AirAsia juga mengendalikan penerbangan harian ke Belitung dari ibu negara Indonesia, Jakarta, mulai 1 Okt 2019.
Apa yang seronoknya Belitung ini? Tarikan utama Belitung terletak pada keindahan pulau dan laut. Belitung akhir-akhir ini menjadi destinasi pilihan setelah ramai yang berkongsi gambar kenang-kenangan ketika bercuti di destinasi itu yang begitu indah!
Aktiviti menjejak pulau adalah satu daripada acara wajib sekiranya mengunjungi Belitung, yang terletak di Indonesia. Belitung atau Belitong dinamakan sempena sejenis siput laut, terletak di pantai timur Sumatera. Terletak di bawah provinsi Kepulauan Bangka Belitung, pulau ini terkenal dengan penanaman lada hitam dan perlombongan timah.
Penduduk tempatan terdiri daripada suku Melayu, keturunan Tionghua, Hokkien dan Hakka, kebanyakannya menetap di kawasan pesisir pantai dengan menjadikan sumber laut sebagai penjana ekonomi. Apa ada di Belitung?
Pulau Lengkuas
Di sebalik keindahan pantai putih dan laut biru, terletak sebuah rumah api yang mempunyai 18 tingkat dengan ketinggian 65 meter. Jika sampai ke Belitung, rumah api ini adalah mercu tandanya.
Set Pengambaran Laskar Pelangi
Terkenal dengan filem Laskar Pelangi yang mencetuskan fenomena pada 2008 adaptasi tulisan Andrea Hirata, Belitung memanfaatkan lokasi penggambaran menjadi lokasi pelancongan tempatan. Pengunjung berpeluang melihat replika sekolah SD Muhammadiyah, sambil ditemani alunan lagu tema nyanyian Nidji, Laskar Pelangi.
Pulau Kelayang
Dek kerana air yang jernih, perairan Pulau Kepayang menjadi pilihan bagi pengunjung untuk aktiviti snorkeling dan berenang. Terdapat sebuah kawasan kolam tersembunyi yang begitu mempersona iaitu Gua Kelayang. Di sini pengunjung dapat menyaksikan air laut kehijauan yang jernih hingga menampakkan keputihan pasir di dasarnya.
Dermaga Kirana
Dermaga Kirana dikenali sebagai Rumah Rotan atau Rumah Keong yang menjadi tarikan di daerah Belitung Timur ini. Istimewanya, reka bentuk Dermaga Kirana dibina berdekatan tasik mempunyai konsep separa sfera mencetuskan dimensi pemandangan luar biasa.
Sumber Foto: Google Image
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Nak layan lautan kabus tak payah pergi jauh, campsite Sea of Clouds yang terletak di Hulu Langat, Selangor boleh berikan anda pengalaman camping persis di luar negara.
Norsheila Salleh dan keluarga yang baru-baru ini berkesempatan ke campsite ini berkongsi pengalaman camping satu hari dua malam di sana.
Memandangkan musim hujan, Sheila memilih untuk camping di lokasi yang tidak berdekatan sungai dan Sea of Clouds menjadi pilihan.
Waktu malam yang berkabus, memang sejuk dah macam bercuti ke luar negara. Fasiliti yang ada di sini juga baik untuk kemudahan camper yang datang.
Nak dekat dengan alam dan nikmati cuaca yang segar, campsite ini adalah tempatnya. Nak tahu apa lagi yang ada kat sini, ikuti perkongsian Norsheila Salleh ini.
12-13 November 2022
Nahhh kerja gila ni, last minute cari campsite lain sebab nak masuk Serendah hujan je seminggu ni. Terpaksa postponed campsite tepi sungai Nak avoid sungai. Akak dah ketibas tiak, berpeluh jari berwasap sana sini tanya tapak kosong
Lepas tu sambung rama-rama dalam perut sebab risau nak naik campsite atas bukit 1st time nak merasa. Mulanya nak guna Cabin XL je, tapi gigih bawa V13 sebab nakkan Zone B tu untuk kami aje
Ada sesetengah mercu tanda yang cukup dikenali hanya melalui bentuknya. Tak perlu tengok nama negara pun, orang sudah boleh agak lokasi itu berada di...