Rakyat Perancis bimbang dengan perancangan kerajaan untuk melonggarkan sekatan pergerakan bermula 11 Mei 2020.
Perancangan itu susulan situasi wabak COVID-19 menunjukkan perkembangan baik selepas lima minggu sekatan pergerakan dilaksanakan. Kerajaan Perancis sedang dalam proses untuk melonggarkan sekatan pergerakan secara beransur-ansur untuk mengembalikan semula rutin kehidupan seperti biasa. Di bawah perancangan kerajaan, kafe, restoran, kedai, pawagam dan teater masih ditutup sementara festival ditunda sehingga pertengahan Julai.
Ads
Sementara itu, sekolah akan dibuka semula dalam beberapa fasa dengan jumlah kelas yang jauh lebih kecil. Namun, persoalan mengenai peralatan perlindungan dan protokol kebersihan yang akan dilaksanakan masih tidak terjawab, mencetuskan kebimbangan dan kritikan banyak pihak.
Ads
Ads
Foto: chinadaily.com.cn
Tinjauan yang dibuat oleh Elabe, mendapati 66 peratus daripada 1,000 responden bimbang dengan hasrat kerajaan itu.
Mengenai rancangan membuka semula sekolah, 63 peratus responden berpendapat kerajaan belum bersiap sedia sepenuhnya dengan langkah-langkah pencegahan.
Dalam satu lagi tinjauan lain oleh Harris Interactive, sejumlah besar responden mahu bekerja dari rumah terus dilaksanakan walaupun selepas sekatan pergerakan berakhir.
Sementara 60 peratus yang disoal selidik mengatakan langkah membuka semula sekolah bukan satu keputusan yang baik.
Orang Perak mesti sudah biasa dengan tempat ini, tetapi kalau anda yang datang dari luar Perak, ini spot air panas yang perlu anda kunjungi sekiranya ingin merasai kelainan kolam air panas berbanding tempat-tempat lain.
Kunjungan ke Kolam Air Panas Lubuk Timah, Simpang Pulai atau lebih dikenali sebagai Lubuk Timah Hotspring pasti meninggalkan memori terindah buat sesiapa sahaja yang datang ke lokasi tersebut.
Tidak sepopular kawasan kolam air panas semula jadi yang menjadi tumpuan lain di Malaysia, Kolam Air Panas Lubuk Timah sebenarnya agak terkenal dalam kalangan penduduk setempat serta negeri jiran, Selangor, Pulau Pinang dan Pahang yang sering datang untuk beriadah bersama keluarga dan sahabat selain menikmati air panas semula jadi yang dipercayai penuh khasiat di kawasan itu. Lokasi ini adalah strategik kerana ia melalui jalan menuju Cameron Highlands. Sekiranya pengunjung mahu ke Cameron Higlands, mereka boleh singgah ke Lubuk Timah Hotspring.
Khasiat mandi air panas semula jadi didapati berkesan dalam mengurangkan tekanan, melancarkan aliran darah dan menghilangkan lenguh badan. Ada kajian sains juga membuktikan kandungan sulfur dan mineral semula jadinya sangat bagus untuk meredakan kesakitan saraf dan penyakit berkaitan kulit. Ada juga peakit lumpuh separuh badan datang mandi air panas dikatakan bagus untuk membantu mempercepatkan lagi proses pemulihan mereka.
Kolam Air Panas Lubuk Timah turut tersedia beberapa kemudahan khusus untuk pengunjung seperti tandas, pondok rehat dan surau. Pusatat rekreasi ini cukup baik untuk bermalam setakat ini pusat rekreasi ini mempunyai tujuh chalet. Pengunjung boleh berkunjung ke sini pada bila-bila masa sahaja tetapi dicadangan kepada anda adalah diluar musim hujan. Keadaan hujan boleh membuatkan persekitaran di sini menjadi licin dan membawa risiko kecederaan kepada pengunjung terutamanya kepada kanak-kanak.
Lagi Khasiat Air Panas!
image via google
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Sesekali seronok juga bercuti tepi pantai melepaskan lelah yang terkumpul setelah penat mencari rezeki. Apatah lagi kalau kawasan yang ada harganya agak murah dan mampu untuk keluarga bawa anak-anak bermain air sekejap.
Biasanya kebanyakan pilihan lokasi terbaik terletak di pantai timur atau utara. Di Port Dickson, Negeri Sembilan dan Pengkalan Balak, Melaka tidak kurang hebatnya.
Kalau tak nak keluar bajet yang besar, ramai yang mengambil pendekatan dengan pacak khemah dan bermalam jer di lokasi strategik.
Namun, jika terdapat pilihan inap desa atau chalet murah terletak tepi pantai, memang menariklah.
Menerusi laman TikTok, ramai pengguna berkongsi tentang pilihan homestay, chalet atau rumah tumpangan yang ditawarkan pada harga bawah RM100 untuk semalam.
Jarak penginapan dengan pantai hanya jalan kaki sahaja, bilik pun luas dan selesalah untuk anak-anak.
Walau murah, kebanyakan fasiliti seperti kolam renang dan beberapa aktiviti riadah seperti berbasikal turut disediakan.
Untuk ciri-ciri seperti dinyatakan, berikut lima lokasi menarik dengan bajet bawah RM100:
Alamat: Tanjung Balau, Desaru, Kota Tinggi, Johor
Harga: Serendah RM80
Facebook: BAYU BALAU BEACH RESOR
Alamat: Lot 8036, Jalan Pantai Kampung Sura Hujung, Dungun, Terengganu
Harga: Serendah RM80
Facebook: Rumah Tamu Tepi Pantai
Instagram: @rumah_tamu_tepi_pantai
Alamat: KM 34 Padang kemunting, Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka
Harga: Bermula RM100
Facebook: Dceria Chalet
Instagram: @dceria_chalet
Alamat: Kampung Tanjung Gelam Mengabang Telipot, Kuala Terengganu, Terengganu
Harga: Bermula RM100
Facebook: Chalet Anees
Alamat: No. 53-54 B, Jalan Bayu Senja, Kampung Batu Feringgi, Batu Ferringhi, Pulau Pinang
Harga: Bermula RM100
Facebook: Ali’s Feringgi Guest House & Restaurant”
Nampak gaya semua macam menarik dan sesuai untuk anda bercuti bajet dengan anak-anak tersayang.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Sibu, bandar ketiga terbesar di Sarawak subur menghijau di pinggiran Sungai Rajang dan Sungai Igan serta pekan Mukah terletak di persisiran Laut China Selatan.
Pada awal sebelum tahun 1873 bandar Sibu dikenali sebagai ‘Maling’ disebabkan kedudukan geografi Sibu terletak di Tanjong Maling. Ketika itu, Sibu merupakan bandar utama di sepanjang Sungai Rejang dan memiliki sebuah perkampungan Melayu kecil dan pusat perniagaan masyarakat Cina. Nama Maling kemudian diubah kepada Sibu dan digunakan sehingga hari ini berdasarkan sejenis buah rambutan dikenali buah sibau dalam bahasa Iban.
Kunjungan ke daerah di Bumi Kenyalang ini pasti sangat menarik kerana ia bukan sahaja memiliki sejarah yang unik malah kaya dengan alam semula jadi, budaya dan berbilang bangsa termasuk kaum peribumi. Antara lokasi menarik yang wajib singgah jika berkunjung ke Sibu ialah:
Muzium Budaya Warisan Sibu di Jalan Central yang mempamerkan banyak artifak serta warisan masyarakat etnik tempatan selain susur galur sejarah Sibu.
Ambil angin dengan bersantai di persisiran Rajang Esplanade berhampiran Terminal Bot Ekspres. Di situ, tersergam patung angsa gergasi, sesuai dengan nama Sibu yang turut digelar sebagai Swan City.
Peluang untuk hirup udara nyaman di Taman Bukit Aup Jubilee sambil menikmati landskap hebat termasuk menara setinggi 59 meter, pondok berkelah, titi gantung dan laluan berjoging.
Satu-satunya muzium hospital di Malaysia dan ia didirikan di atas permukaan air.
Bagi pelancong beragama Islam, wajib singgah ke Masjid An-Nur yang tersergam indah di Jalan Kampung Nyabor untuk menunaikan solat
Tidak jauh dari Masjid An-Nur, terdapat sebuah bangunan Kompleks Islam Sarawak Sibu yang tersergam megah juga menarik untuk dikunjungi.
Singgah sebentar mengambil gambar kenang-kenangan di Wisma Sanyan yang menjadi bangunan tertinggi di Sarawak, sekali gus menjadi lambang kemodenan Sibu.
Kuil ini terkenal dengan keistimewaaan pagodanya. Di hadapan kuil ini, terdapat sebatang pokok besar unik yang usianya mencecah 100 tahun.
Rakam swafoto di Wong Nai Siong Memorial Garden dan Sungai Merah Heritage Walk sebagai tanda ingatan.
Pasar ini punya sejarah tersendiri sebagai pasar basah dan kering terbesar di Malaysia. Pasar berbumbung ini menawarkan 1001 jenis barang makanan segar, produk hutan hingga cenderahati. Pasar ini juga terkenal dengan jualan ayam hidup yang dibalut kemas dengan suratkhabar.
Jika gemar akan pasu dari negeri ini, jangan lupa untuk singga di Pusat Perusahaan Pasu Sarawak. Di sini juga pengunjung berpeluang untuk melihat sendiri cara menghasilkan seni pasu yang turut membentuk identiti Sibu.
Terletak 40 minit dari Sibu, pengunjung boleh melawat Rumah Panjang Bawang Assan yang dibina sejak kurun ke 18 dan melihat pelbagai aktiviti penduduk seperti menanam padi serta menangkap ikan.
Jangan lepaskan peluang untuk mencuba juadah wajib melambangkan daerah itu iaitu Mi Kampua, Mi Sua dan kompia berinti daging yang boleh dibeli di pelbagai restoran, kafe serta medan selera di sekitar bandar Sibu.