Honeymoon Atas Kapal Cruise, Ada Makanan Halal Ke?

Share

Kalau kita tengok trend honeymoon, ramai bakal pengantin yang lebih memilih untuk berbulan madu di kawasan tanah tinggi, pantai, eco forest, resort dan hotel sama ada domestik atau antarabangsa.

Kenapa tidak sekali sekala kita tukar norma dan selera dengan berbulan madu menaiki kapal persiaran mewah? Berlayar berdua selama beberapa hari di atas laut, singgah ke beberapa pelabuhan terkenal dalam dan luar negara.

At least ia satu pengalaman berbeza berbanding trip honeymoon

yang lain. boleh ‘lompat-lompat’ ke banyak tempat. Betul tak? Contoh macam berlayar dari Pelabuhan Klang hingga ke Phuket, nanti kapal akan singgah di situ dan kita boleh turun untuk membeli-belah dan melawat tempat-tempat bersejarah di sana.

Tapi hasil daripada ‘kajian’ mendapati terdapat stigma masyarakat di Malaysia yang didominasi kaum melayu beragama islam tentang status makanan halal yang disediakan di atas kapal persiaran ini.

Ya, memang benar tanpa Libur nafikan bahawa ada status makanan di sesetengah kapal persiaran mewah sememangnya diragukan. Banyak kapal persiaran mewah menyediakan makanan atau minuman berasaskan alkohol dan sebagainya.

Ada kapal persiaran sedia makanan halal

Tapi…! Libur nak kongsikan kepada pembaca sekalian alam bahawa ada kapal persiaran mewah yang menerima pengiktirafan dan sijil halal daripada Jabatak Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Kapal persiaran yang Libur maksudkan ialah SuperStar Gemini, yang kini berlabuh di Pelabuhan Klang sehingga April 2019. Kapal ini dijangka akan menerima pengiktirafan dan sijil halal pada bulan Disember 2018 selepas melepasi tapisan yang dijalankan oleh JAKIM di Pelabuhan Pulau Pinang.

So lepas ni tak adalah nak rasa was-was pergi melancong naik kapal cruise ini kan? Kebersihan daripada segi makanan dah selamat bila dapat sijil halal. Alhamdulillah. Cuma satu Libur pesankan, standby wet tissue. Libur pernah terkena toilet tak ada paip air, pakai tisu sahaja!

Kepada mereka yang ingin merancang honeymoon terhebat bersama pasangan tersayang, menaiki kapal cruise adalah pilihan terbaik yang pasti akan memenuhi keinginan anda untuk memberi yang terbaik kepada si dia dan merakamkan kenangan manis bersama. Sebab apa? Sebab atas kapal si dia tak boleh lari ke mana-mana!

Di sini Libur kongsikan serba sedikit info berkenaan kapal-kapal persiaran yang available di Malaysia.

Selamat berbulan madu!

IKLAN