Menggunakan perkhidmatan keretapi untuk travel dari satu tempat ke satu tempat masih relevan hari ini. Ramai pelancong hari ini memilih untuk menaiki kemudahan pengangkutan keretapi untuk ke pelbagai destinasi.
Jangan kata penumpang kanak-kanak sahaja yang seronok dapat menaiki keretapi, orang dewasa pun ada yang begitu teruja berpeluang menggunakan keretapi sebagai pengangkutan ketika bercuti.
Tetapi cara keluarga kecil ini bercuti menggunakan khidmat kereta api memang sangat unik. Mana tidaknya, mereka hanya memperuntukkan masa hanya seharian sahaja untuk trip dari Johor ke Kelantan. Umum mengetahui, jarak antara negeri di Selatan dan Pantai Timur ini bukannya dekat, namun idea percutian yang dilakukan keluarga ini memang lain daripada lain.
Di sini sy mengambil kesempatan nak berkongsikan pengalaman kecil kami satu family naik KTMB perjalanan JB Sentral – Tumpat – JB Sentral.
Kami naik ERT Ekspress Rakyat Timuran atau sleeper train dan ambil koc tempat tidur. Perjalan yang mengambil masa pergi balik lebih 34 jam. Gerak dari JB Sentral 7.15 malam sampai Tumpat 12.30 tengah hari dan kami pulang pada hari yang sama jugak pukul 7 malam.
Ads
Sementara tunggu tren pukul 7malam tu kami ambil kereta sewa round area Tumpat.
Cume nk kongsi naik tren amek koc tempat tidur, memang seronok dan selesa. Lagi-lagi masa musim pandemik Covid ni tak boleh nak jalan luar negara kan, ape kate kita jalan-jalan dalam negara kita sahaja.
Tempat menarik yg kami lawati di Kelantan antaranya ialah Pantai Sri Tujuh & Pengkalan Kubor. Di area pantai banyak kedai makan celup tepung. Ingat nak makan masakn kelantan tapi turun train anak dah lapar sangat makan jela kt sini.
Train ERT ini hanya ade kt laluan Johor ke Kelantan je. Kalau tak nak ke Tumpat boleh ke Wakaf Baru, Gua Musang atau tempat lain kat Kelantan atau pun tempat popular sekarang kat Kelantan, Dabong.
Tak tahu ERT ni sampai bile sebab dengar-dengar tak lame lagi akan ditamatkan dan akan ditukarkan dengan kereta api laju. Ini salah satu percutian kami sekeluarga dalam negara. Mana tahu dapat memberikan inspirasi atau idea pada kawan-kawan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Switzerland terkenal dengan bentuk muka bumi yang bergunung-ganang dan cantik. Cuaca yang nyaman dan juga sejuk serta negara yang bersih membuatkan ramai traveler berkunjung ke sini untuk melihat sendiri keindahan salah sebuah negara yang terletak di Eropah Barat.
Keinginan untuk menjejakkan kaki ke negara ini direalisasikan dengan mencari tiket penerbangan seawal dari bulan Mac lagi. Berbekalkan maklumat-maklumat yang diperolehi dari grup Facebook Backpackers Buddies Malaysia (BBM), Raja Syazwani akhirnya sampai ke Switzerland pada September yang lalu.
Berkongsi itinerari, kos dan juga tip sepanjang trip ke Switzerland baru-baru ini, banyak maklumat dan info menarik yang korang boleh manfaatkan terutamanya kepada yang ingin berkunjung ke sini.
Ikuti perkongsian wanita ini:
Salam and Hi semua, sharing our itinerary, costing and tips for trip to Switzerland recently. Pergi dari 18/9 – 28/9, Alhamdulilah cuaca baik je kecuali ada sehari dua tu hujan renyai and cloudy sikit.
*maaf sebab guna bahasa rojak
Accomodations:
Valley Hostel, Lauterbrunnen
Hostel yang sangat dekat dengan stesen Lauterbrunnen, around 150m sahaja. depan hostel pun ada kedai kebab halal. Ada shared kitchen with all equipments.
Residence Jungfrau, Interlaken West
Paling recommended. Apartment yang kitorg book tu ada dua bilik untuk 5 orang lengkap dengan dapur untuk memasak, cuma furniture kat sini memang nampak dah rundown. Kalau nak jadikan hub, sila lah pilih area interlaken west, kedai halal banyak, kedai souvenir banyak, dekat dengan train station, dekat dengan Coop etc.
Hotel Simi, Zermatt
Not bad, tapi hotel ni view tak secantik hotel lain. Better pilih hotel lain since hotel-hotel kat sini lebih kurang sama range harga.
Ibis Budget Zurich Airport
Easy convenience untuk travel ke aiport bila nak balik sebab selang 2 tram station je ke airport (free)
Itinerary:
Day 1: Arrived in Zurich, take train from airport to Lauterbrunen. Check in at hotel and rest, pray, makan dulu. Then in evening naik gondola & train ke Murren village (free with STP)
Day 2: Naik ke Jungfraujoch, paid CHF136.60 with STP (STP hanya akan cover sampai Wengen station sahaja) Kalau nak main sledding kat atas ni kena bayar CHF15 utk 30 minit tapi sebab tak ramai orang time, abg tu relax je biar kitorg main sampai sejam aha.
Otw balik, singgah sekejap kat Wengen village, highest village before Top of Europe.
Day 3: Check out, jalan-jalan around Lauterbrunnen valley sekejap then head to Interlaken untuk drop bags kat accomodation. Afterwards we went to Grindelwald. Returned back to Interlaken, then take bus 103 to Iseltwald Dorfplarz (CLOY jetty)
Day 4: Take train from to Montreux station, then naik bus 201 ke Chillon Castle, one of the oldest historical Castle kat Swiss, located by Geneva Lake (free with STP). We then went back to Montreux Station and purchased a first class upgrade to ride on Golden Pass Belle Epoque train, CHF25 with STP. Train headed to Zweisimmen and then kitorang terus return back ke Interlaken.
Day 5: Visited Lake Blausee (entrance fee CHF 5) by taking train to Kandersteg station then take bus 230 to the lake. Petang tu kitorang spend masa around Interlaken west je untuk beli souvenirs. Recommended beli souvenirs kat sini sebab paling murah compared dengan Zurich and Zermatt.
Day 6: We headed to Zermatt, tapi sayang sebab cuaca cloudy so Matterhorn tak visible. We decided to skip pergi Gornergrat and jalan-jalan area sini je.
Day 7: Naik Glacier Express train from Zermatt to Chur (free with STP tapi kena reserve seat 3 bulan awal sebab packedd. Tak ingat berapa CHF tapi dlm RM230 per pax untuk reserve sahaja )
From Chur patutnya nak singgah Landquartz outlet sebab dalam route yang sama ke Zurich, but we decided not to sebab macam leceh pula nak shopping dengan bawa beg-beg berat bagai aha.
Day 8: Pergi ke Rhein Falls, around 45 minit je dari Zurich, then singgah Stein Am Rhein juga, an old medieval town. Petang tu kitorg jalan-jalan area Zurich city untuk last minute shopping.
Day 9: Departure back to KL
Tips:
Beli flight tix awal-awal untuk dapatkan harga murah, kitorang managed to purchase return flight tix SIA RM1963 per pax in March.
Makanan kat swiss memang mahal so sangat advisable untuk bawa sendiri dari malaysia macam rendang, sambal kering, kicap kecil, beras paket kecil, ikan bilis goreng, mee segera etc. Kitorang bawa juga travel cooker kecil tu.
Security kat swiss airport tak strict, time kitorang sampai tu tak perlu scan bag pun.
Sila lah bawa iron portable untuk gosok tudung sebab semua accomodations kitorang book ni takde iron
Sebenarnya view train biasa pun dah cukup cantik sebab route sama je dengan panoramic train tapi sebab kitorang dah purchase STP kan, saja la nak merasa semua jenis train yg ada hehe.
Water fountain banyak sangat kat sana so prepare botol kosong je.
Kitorang guna tandas kat train station je time travel, semua free kecuali kat area Zurich je berbayar.
Tak perlu bawa cash banyak sangat, mungkin CHF 100 je for emergency sbb kat sini penggunaan kad debit memang meluas. Beli tiket dalam train bergerak pun boleh pakai kad. (saya guna Wise)
Kalau nak makan cheese fondue boleh request for them untuk tak letak alcohol!
Sangat-sangat senang nak travel pakai train kat sini sebab ada lift or elevated walkway! tak penat naik tangga macam kat korea
For more details boleh refer gambar-gambar ye as reference. Tq sebab baca and tq juga pada members2 BBM yang pernah post pasal swiss di sini, semua saya jadikan sebagai rujukan time buat research
Siem Reap di Kemboja, sesuai atau tidak kalau bercuti secara solo? Jawapannya ya! Kalau ikutkan banyak tempat best di sini dan bab makan pun mudah nak cari.
Itulah pandangan saudari Syifa Lyanaa, dan kalau nak tahu tip travel secara solo ke sana, jom baca!
Siem Reap kaya dengan kisah sejarah dan budaya diorang, terutamanya Angkor Wat.
1. Sunrise dekat Angkor Wat memang famous. Tapi waktu saya pergi musim hujan. Jadi tak gerak awal sebab tak ada pun sunrise. Baik start awal nak explore Angkor Wat sebelum sesak dengan manusia.
2. Sewa tuk tuk awal senang. Haa… saya deal siap-siap dengan Salis Tuktuk Driver. Senang untuk first timer dan sorang. At least kita tahu selamat. Tapi kalau korang tak book awal pun tak apa. Bersepah tuktuk kat sana. Lepas itu kalau dalam town, ada grab tuk tuk juga. Jadi senang dan murah sahaja nak gerak dalam town situ.
3. Kuil dekat sini banyak. Kena beli Pas Angkor okay. Saya beli sehari je buat ghaso-ghaso. Boleh sewa basikal juga kalau nak adventure explore kuil-kuil dekat sini.
4. Cari hotel atau hostel yang dekat dengan Pub Street atau Old Market. Senang sebab centre nak ke mana-mana. Kalau saya prefer hostel lah. Senang nak buat kawan baru kalau rasa lonely sangat. Selepas itu, kebetulan hostel ada free tour. Saya join randomly.
5. Kalau rasa susah, book tour daripada Klook. Senang dan boleh dipercayai. Lagi satu, diorang boleh datang ambil dekat hotel. Tak payah pening-pening nak cari transport bagai. Kadang tour ikut klook lagi murah sebab solo.
Countryside Tribe Sunset Hangout
lotus farm
National Museum
Night market
Pub Street
Royal Independence Garden
Angkor Wat
Tomb Raider Temple
Bayon Temple
Pottery class (book dekat Klook)
Kampung Phluk tour (book dekat Klook juga)
Kedai halal pun senang dan jangan lupa standby ubat okay. Nasib baik banyak free and easy je. Next day nasib dah balik Malaysia sambung food poisoning ulang alik tandas.
Gerak dari Phnom Phen dengan bas. Tapi sebab solo, ambil bas siang. Malas nak sampai awal pagi lepas itu nak nganga. Bas pun, saya book ikut hotel. Nanti orang pick up kat hotel.
Haa.. selepas ini Siem Reap patut ada dalam senarai tempat bercuti anda, tau! Berbaloi banyak tempat boleh singgah, wala pergi secara solo memang puas hati dapat healing di negara orang.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Cuti sekolah adalah masa terbaik untuk membawa anak-anak bercuti. Jika anda 'duit lebih' tidak salah untuk membawa keluarga bercuti keluar negara. Jauh perjalanan luas pemandangan.
Sungguh pun begitu, membawa anak kecil untuk bercuti bukan sesuatu yang mudah. Sebagai orang dewasa yang agak cukup akal, segala persiapan untuk mereka perlu dilakukan sebak mungkin agar percutian anda sekeluarga menjadi momen yang cukup menyeronokkan dan indah untuk dikenang.
Jika anda bercadang membawa anak-anak bercuti ke Hanoi, Vietnam ini ada perkongsian itinerari dan tip menarik daripada seorang ibu. Semoga boleh dijadikan panduan bersama.
—
Setiap destinasi ada tarikan tersendiri. Terpulang pada kita macam mana untuk menikmatinya. Hanoi, Vietnam destinasi tak semegah Europe, Oz, Korea, Jepun or Middle East. Tapi Hanoi ada tarikannya tersendiri. Yang cintakan Ancient Town, budaya & nature, Hanoi salah satu destinasi dalam bajet yg boleh buat kita sayang utk tinggalkan. Lina hari berkelana di bumi Hanoi bersama anak-anak yang menjadi tanda tanya pada mereka kejutan apa pulak tahun ni. Motif aku,dedahkan anak-anak menjadi traveller sejati yg tidak cerewet dgn apa yg perlu dilalui nanti.
DAY 1 HANOI – SAPA AK 516/HAN atd 0620hrs
DAY 2 SAPA TOWN – FANSIPAN MOUNTAIN
1. Monorail ke Cable Car Station selama 10mins. Valley view yg osem sgt. Tips, start naik bila kabus2 dh mula hilang di lembah2 depan hotel.
2. Naik Cable Car dlm 30mins. Disajikan dgn view paddy fields, valleys & masuk dlm awan (dah mcm dlm cerita dongeng je)
Day 3 Hanoi – Halong Bay
Day 5 Hanoi City – HAN
Checklist Keperluan anak2 10yo, 8yo & 3yo :
– Winter jacket
– Sweat Shirt
– Winter Gloves
– Fleece Socks (tukar setiap hari)
– PCM
– Ubat Batuk / Selsema / VitC
– Termometer Badan
– Nutella
– Mamee
– UV protection Banana Boat SPF50 for family
– Moisturizer Himalaya
– Lip Balm Nivea
– Minyak Yuyi
– Lozenge Swiss
– Etiqa 360 Platinum Family Single Trip
– Hungreat Travel Meals 10packs
Lain2 adalah keperluan normal utk dewasa.
Total hangus :
Flight RM3000 (hot seats, meals, bagasi 30kg)
Hotel +- RM1000
Transports & Tour +- RM1500
Lain2 Expenses +- RM5000
Balance RM2000 bw balik MY.
Suasana di Dataran Merdeka pada Sabtu lalu cukup luar biasa apabila ratusan anggota bomba, badan beruniform dan sukarelawan berganding bahu menyediakan bubur lambuk secara...