Imbas Kod QR Disekitar Dataran Merdeka Untuk Dapatkan Informasi Menarik

Share

Pelancong yang berkunjung ke lokasi menarik di sekitar Dataran Merdeka kini boleh mendapatkan informasi mengenai tempat yang dilawati secara terus ke telefon pintar melalui imbasan kod QR.




Melalui projek rintis ‘Dataran Merdeka KLQR Trail’ yang bermula pada 20 Dis lalu, sebanyak 17 lokasi terlibat dengan pemasangan imbasan kod QR.

Lokasi itu antaranya Tiang Bendera Dataran Merdeka; Victorian Fountain; Jambatan Masjid Jamek; Bangunan Sultan Abdul Samad dan Padang Dataran Merdeka.




Proses ujian dijangka mengambil masa beberapa minggu sehingga pertengahan Januari tahun depan. Semua pengujung dan pelancong yang telah menggunakan kemudahan ini boleh memberi maklum balas kepada DBKL bagi memastikan penambahbaikan dapat dilakukan.


DBKL juga bercadang menambah KLQR Trail di beberapa lokasi tumpuan pelancongan lain di ibu negara seperti Bukit Bintang, Taman Botani Perdana dan Kampung Baru.

Pemandu pelancong digalakkan menggunakan laluan KLQR Trail bagi memudahkan pelancong mendapat penerangan mengenai tempat-tempat menarik di Kuala Lumpur.

IKLAN