Individu Dari Indonesia, Filipina & India Tak Dibenarkan Masuk Malaysia Buat Sementara Bermula 7 September 2020

Share

Pemegang Pas Jangka Masa Panjang dari India, Indonesia dan Filipina disekat daripada memasuki Malaysia berkuat kuasa 7 September 2020.

Menurut kenyataan daripada Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sekatan itu bersifat sementara merangkumi:

  • Penduduk tetap
  • Pas Program Malaysia My Second Home (MM2H)
  • Ekspatriat semua kategori termasuk Professional Visit Pass (PLIK)
  • Pas residen
  • Pasangan dan anak kepada warga Malaysia
  • Pelajar.



"Mengambil kira peningkatan kes yang mendadak di beberapa negara, maka Mesyuarat Khas Menteri mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), telah membuat keputusan untuk mengenakan sekatan kemasukan pemegang Pas Jangka Masa Panjang terhadap enam kategori. Keputusan ini diambil atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mengekang penularan Covid-19 dalam negara, bagi kes import," katanya.

Mesyuarat Khas Menteri turut membincangkan mengenai kebimbangan KKM sekiranya berlakunya peningkatan mendadak ketika tempoh musim sejuk di beberapa negara. Disebabkan itu, sekatan sama mungkin boleh dikenakan terhadap mereka dari negara musim sejuk lain yang berisiko tinggi.

image via google | Free Malaysia Today | sumber: Bernama

IKLAN