Berita

Indonesia Larang Semua Penerbangan Komersial Bawa Penumpang Nak ‘Balik Raya’

Share

Indonesia mengumumkan larangan terhadap semua penerbangan komersial dan persendirian dalam negeri dan antarabangsa, berkuat kuasa sehingga 1 Jun 2020 nanti.

Foto: Bloomberg

Ia selaras dengan perintah Presiden Indonesia Joko Widodo yang melarang semua aktiviti bermudik atau balik kampung bagi menyambut Aidilfitri 1441 Hijrah.

Kebiasaannya sebelum ini (aktiviti bermudik) melibatkan pergerakan berjuta-juta orang terutamanya dari Kota Jakarta dan kota-kota berhampirannya, ke wilayah-wilayah lain ke seluruh Indonesia, sama ada melalui pengangkutan darat, udara dan laut, bagi menyambut Aidilfitri.

Bagaimanapun berlaku pengecualian larangan itu kepada penerbangan yang membawa pemimpin tertinggi negara itu, atau pemimpin negara luar, selain pesawat yang membawa pulang rakyat Indonesia dari negara luar dan operasi penerbangan yang membawa warga negara asing di Indonesia untuk pulang ke negara mereka.

Foto: Pikiran Rakyat

Indonesia menutup kemasukan pelawat luar dan menghalang rakyatnya keluar negara bagi membendung penularan virus COVID-19, berkuat kuasa 20 Mac 2020 lepas sehingga ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Sumber: Bernama

IKLAN